بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan sihat sejahtera. Tahun 2015 sudah pun bermula... Namun entri ini adalah yang terakhir bagi mengenang kembali 2014 yang sudah pun berlalu.
Sebuah blog merupakan media sosial yang membuka ruang untuk komunikasi dua hala. Tetamu dan sahabat boleh mengutarakan sebarang pandangan, pendapat, kritikan serta ucapan terhadap setiap artikel atau post yang diterbitkan.
Melalui komunikasi inilah biasanya bermula sebuah jalinan ikatan persahabatan terutama antara sesama blogger.
Setiap artikel yang mempunyai komen dilihat sebagai berjaya kerana mampu mengundang ulasan terhadap apa yang dikongsikan. Namun ianya bukanlah satu penilaian yang mutlak.
Sebagai seorang blogger yang pentingkan komunikasi, sudah pastinya sebarang komen yang hadir amat-amat dinanti dan dihargai. Salah satu cara untuk mendapatkan komen adalah melalui aktiviti blogwalking kerana selalunya seorang blogger yang mesra dan prihatin, pasti akan membalas kunjungan serta komen yang diterima.
Sudah menjadi satu budaya dalam kehidupan kita, begitulah juga di dunia blogging. Namun tidak semua melakukannya...sebab itu adalah hak masing-masing dan bukan satu peraturan yang wajib serta perlu diikut.
Berikut adalah senarai Top 20 Sahabat Blogger Paling Mesra bagi bulan Disember 2014. Nama-nama blogger yang biasa kita lihat dan kenali menghiasai ruangan komen dikebanyakan blog-blog. Anda semua amat dikagumi... Komitmen dan kemesraan yang ditunjukkan wajar dijadikan contoh buat semua blogger-blogger baru!
![]() |
Sahabat Paling Mesra |
Melalui komunikasi inilah biasanya bermula sebuah jalinan ikatan persahabatan terutama antara sesama blogger.
Setiap artikel yang mempunyai komen dilihat sebagai berjaya kerana mampu mengundang ulasan terhadap apa yang dikongsikan. Namun ianya bukanlah satu penilaian yang mutlak.
Sebagai seorang blogger yang pentingkan komunikasi, sudah pastinya sebarang komen yang hadir amat-amat dinanti dan dihargai. Salah satu cara untuk mendapatkan komen adalah melalui aktiviti blogwalking kerana selalunya seorang blogger yang mesra dan prihatin, pasti akan membalas kunjungan serta komen yang diterima.
Sudah menjadi satu budaya dalam kehidupan kita, begitulah juga di dunia blogging. Namun tidak semua melakukannya...sebab itu adalah hak masing-masing dan bukan satu peraturan yang wajib serta perlu diikut.
Sahabat Paling Mesra
Panjang pula melalutnya...hehe. Sebenarnya, entri ini adalah satu penghargaan buat teman-teman yang sudi meninggalkan komen di blog ini. Walaupun hanya sekali...anda tetap dihargai! Apatah lagi buat mereka yang rajin meninggalkan komen, berganda-gandalah anda semua dihormati dan dihargai.Berikut adalah senarai Top 20 Sahabat Blogger Paling Mesra bagi bulan Disember 2014. Nama-nama blogger yang biasa kita lihat dan kenali menghiasai ruangan komen dikebanyakan blog-blog. Anda semua amat dikagumi... Komitmen dan kemesraan yang ditunjukkan wajar dijadikan contoh buat semua blogger-blogger baru!
Top 20 Komentar Disember 2014
Dibawah ini pula adala Senarai Top 20 Sahabat Blogger Paling Mesra sepanjang tahun 2014. Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang sudi meluangkan masa untuk membaca dan meninggalkan komen. Semoga di tahun 2015 ini anda semua akan semakin rajin ya... :)
Top 20 Komentar Sepanjang Tahun 2014
![]() |
No 5 dan No 17 adalah orang sama dan begitu juga No 18 dan No 20. |
Sebagai hadiah di tahun baru ini, kesemua Top 20 Disember 2014 dan Top 20 Sepanjang Tahun 2014 akan berada disenarai Bloglist Sahabat di sidebar blog sepanjang bulan Januari 2015 ini.
Jumlah Komen Terbanyak 2014
Berikut pula senarai antara artikel atau post yang diterbitkan dalam tahun 2014 yang mendapat jumlah komen tertinggi. Walaupun jumlahnya tidak sehebat jumlah komen di blog denaihati.com namun ianya tetap menceriakan hati ini dan bersyukur... Terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen...- Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku! - 157 Komen
- Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan - 118 Komen
- Menjadi Blogger Perlu Ada Sebab Dan Matlamat - 81 Komen
- Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi? - 78 Komen
- Sila Tinggalkan URL Entri Terbaik Anda - 75 Komen
- Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO - 71 Komen
- Buffet Ramadhan Casa Ombak - Pilihan Terbaik - 70 Komen
- Panduan Harga Barang Kitar Semula - 65 Komen
Terima Kasih Komentar
Sejujurnya... Setiap komen yang ditinggalkan di mana-mana entri sekalipun, jutaan terima kasih diucapkan. Anda semua amat-amat dihormati dan dihargai! Banyak diantaranya tidak mampu untuk dibalas. Malah ada juga yang tertinggal untuk dibalas kunjungannya. Terlebih dahulu, ampun dan maaf sekiranya ada yang berkecil hati.InsyaAllah... cuba memberi komitmen yang termampu tetapi... kita hanya mampu merancang. Akhirnya... Allah jua yang menentukan. Salam manis di tahun 2015!
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Sahabat Blogger Paling Mesra
31 comments - "Sahabat Blogger Paling Mesra"
Semua sahabat blogger yang paling terbaik :)
Ewah... nampak sangat kakak suka ke RM kan.. bukan top 20 aje tau kakak dah jadi top 10 tau:)
Apa-apa pun RM sebenarnya menjadi salah satu blog pilihan kakak:)
Tahniah juga buat teman-teman yg lain.
alhamdulillah..semoga ukhwah di alam maya berterusan sampai bila-bila :)
Alhamdulillah tersenarai... utk komen tahunan tu hanya 5 mata di belakang Kathy hehee.. T kasih BM & t kasih juga diatas silaturrahim yg terjalin. In shaa Allah selagi diizinkan akan sentiasa ke sini jua... salam dan doa kejayaan buat BM & relakssminda utk tahun 2015 serta tahun2 seterusnya... aamiin.. :)
alhamduillah....semoga berjaya
Selamat tahun baru BM.. moga semakin sukses! tahniah buat yang tersenarai juga tuan blog.. anda memang hebat! :D
Assalammualaikum.. BM,
wahh... mselim3 ada gak tersenarai... alhamdulillah, Terima kasih bebanyak BM. Moga sukses selalu dalam dunia blog nie k.
mselim3
terimakasih BM...semoga ukhuwah yg terjalin berpanjangan..
SALAM TAHUN BARU 2015...WAH TERSENARAI JUGA DI SIDEBAR BLOGLIST RELAKSMINDA...BEST TU...TQ DIK BM.
salam jumaat bro :)
semoga kelender relekssminda makin mantap pada tahun ini, inshaAllah :)
Salam jumaat pertama 2015 dari saya blogger kedaidinamik.blogspot.com , saya nk menjadi sahabat relaksminda
Semoga kita terus bersama menjalinkan ukhuwah di alam maya. :D
Selamat tahun baru 2015 BM :-) Semoga tahun yang mendatang lebih sukses.
2014 tak akan kembali lagi.. lembaran baru ingin selalu membaca disini.. banyak pengisian menarik dari RM
Welcome back Cik Akak... Kehadiranmu dinanti selalu..
Ya... semua sahabat blogger adalah terbaik! :)
Terima kasih akak... Semoga terus bersama Relaks Minda ya! :)
InsyaAllah... semoga ukhwah berkekalan hendaknya
Tahniah ;D Semoga terus maju jaya ye ;D
Tahniah! Semoga ukhwah alam maya kita berkekalan hingga akhir hayat.. ameen
tahniah alls..
antara blog yang digemari ramai sepanjang 2014 ..tahniah bro BM
http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul
terbaik cara penghargaan ..ni otai blog ni..hebat ya BM..apapun nampaknya tak ada nama Etuza..siput kot komen kat sini..teruskan usaha ya
ooo yes!!! alamak silap tengok..ada pula nama klik kedua kali baru keluar sahabat mesra top disember ..alhamdulillah nak lagi datang sini ya...terima kasih sangat2
sedap membaca dan sedap mata memandang cara menghargai nak tiru apa yang baik ya
hu3..ada tersenarai juga..kalau xde kerja yang mendesak..saya selalunya akn meluang masa blogwalking...hu3
Tak rasa rugi nak komen dan blogwalking di blog BM ni. Sarat dengan info yang berkualiti dan seorang blogger yang mesra alam..:)
terima kasih tuk BM juga kerana sering menyokong saya
betullah tu, bila buat blogwalking ni
kita hargai mereka yang meninggalkan jejak =)
Sama² BM. Tahniah buat yang tersenarai.
Semoga ukhuwwah yang terjalin di alam maya ni memberikan rahmat kepada kita semua..gembira berkongsi ;-)
Untuk bulan Disember tak tersenarai huhuhu..Tapi untuk TAHUN 2015 Alhamdulillah tersenarai di tempat ke - 8..Tq BM atas penghargaan ini ..Tahniah juga untuk sahabat2 blogger yang lain ..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”