Rahsia Khusyuk Dalam Solat: Assalamualaikum...Syukur, Alhamdulillah...bertemu lagi kita di hari yang mulia ini di hari Jumaat, penghulu segala hari. Seminggu sekali munculnya ia membawa bersama ganjaran-ganjaran berganda bagi mereka yang sentiasa beringat dan beramal. 

Bersama-samalah kita saling mengingati dan merebut peluang yang di berikan ini. Ganjaran di Hari Jumaat 

Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Peningkatan Dan Hikmah Dalam Solat?

Hari demi hari berlalu...Setiap hari kita menunaikan kewajipan rukun Islam kedua iaitu menunaikan solat lima waktu. Cuba kita renungkan sejenak.... Adakah perlaksanaan solat kita semakin baik, sempurna atau sebaliknya? Adakah kita melakukan peningkatan dari segi rohani dan jasmani dalam melakukan ibadat ini? Adakah kita semakin khusyuk dalam solat dan mendapat hikmah serta nikmat darinya atau sekadar menunaikannya kerana ianya adalah satu kewajipan? Kita pasti tidak mahu terus kerugian dan ketinggalan. 

Allah berfirman dalam ayat 72, Surah Al-An’aam yang bermaksud: Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). Ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat nanti.

Rahsia Kusyuk Dalam SolatRahsia Kusyuk Dalam Solat

Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Kusyuk Dalam Solat

Saya mengajak diri saya dan anda untuk berusaha dan cuba memperbaiki dan mendapatkan kenikmatan dan kesempurnaan dalam bersolat. Salah satu darinya adalah untuk mendapatkan khusyuk di dalam bersolat. Bagaimanakah caranya? Kita ikuti kisah ini...
Ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan ...bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

    Rahsia Kusyuk Dalam Solat
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riak)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." 

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Marilah Mengerjakan Solat

Semoga kita mendapat panduan dan pengetahuan dalam mempertingkatkan ilmu dan kesempurnaan dalam mengerjakan solat. Khusyuk dalam solat bukan sesuatu yang mudah tapi tidaklah pula mustahil. Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa kerana Allah SWT Maha Pengasih lagi Penyayang pasti akan mempermudahkan setiap perbuatan yang ikhlas dan yakin hanya keranaNya. 


Terima kasih bersama Relaks Minda....“Solat itu adalah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama.” (Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu ‘Anhu)

Rahsia Solat

Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, adalah merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat".

Buku tersebut kini turut diterbitkan di dalam bentuk ebook dengan judul "Rahsia Solat".

Di dalam ebook tersebut, pembaca akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan solat. Dari topik pengenalan tentang keistimewaan solat, kunci-kunci untuk khusyuk dalam solat, penerangan secara terperinci tentang maksud bacaan-bacaan dalam solat serta apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila seseorang itu dapat mengerjakan solat dengan sempurna dan terbaik.


Dapatkan pakej ebook ini bersama video rakaman di sini : "Rahsia Solat"

Admin...

55 comments - "Rahsia Khusyuk Dalam Solat"

K.A. delete icon 7:40 PG

Allohurobbii... lalainya saya dalam solat dan kerdil sungguh rasa;'(

OKje delete icon 8:50 PG

Alahai malu rasanya BM.... macamana agaknya KPI solat OKje didepan
Allahu Rabbi
Macam macam teringat bila solat ni...huhu

Unknown delete icon 9:12 PG

Terima kasih BM atas perkongsian ni. Semoga kita semua akan sentiasa memperbaiki solat kita. Mmg benar, solat itu dpt menenangkan diri kita. Terbaik BM.

Fais-SKA delete icon 9:16 PG

Salam jumaat bro BM =) Alhamdulillah perkongsian yg berguna..tnpa kusyuk, pasti solat kita 2 sia2 je..mmg susah, tp kena cuba dan istiqamah..pnh dgr seorang ustaz ni bgthu..kunci nk solat kusyuk..kena faham apa yg dibaca..

mselim3 delete icon 10:55 PG

Assalammualikum...BM,

Terima kasih atas perkongsian... mselim3 baca sampai habis... ok. Peringatan yang baik untuk kita sesama manusia , dan menginsafi diri bagaimana solat yg hari2 kita lakukan adakah sempurana atau tidak... dalam mencari keredhaanNya.
Terima kasih sahabat.. suka mselim3 membaca, teruskan perjuangan dalam artikel penghasilan artikel macam nie.. sekurang2 mselim3 x sendirian... janji istiqamah k..

mselim3

pls: Moga usaha murni ini ada keberkatanNya..

Terima kasih perkongsian yang baik ini. Sering ditakhluk oleh pemikiran setiap kali bersolat...susah nak kawal otak dari berfikir rupanya.

Alhmadulillah. Perkongsian yang baik.

Abam Kie delete icon 11:20 PG

thanks for sharing bro..kdg2 teringat benda yg hilang semasa solat...oh! jahilnya diriku ini,,

Kakak terasa ada sedikit yg tak mampu kakak elak. Kejar dunia ni entah bilalah kakak boleh didik hati. Kadang sedar tapi bila depan mata lupa. Sebab itulah agaknya nak capai khusyuk solat kakak ni payah. Masa bersolat sedar dari terlalai patah balik... baca-baca-baca lalai lagi... patah balik lagi gitulah selalu..

allahurabbi , rasa kerdil sangat diri ini, insyaAllah BM sedang baiki diri,,, sentiasa muhasabah diri ..syukran peringatannya

Shaiful Zaidi delete icon 12:30 PTG

Assalamualaikum BM...Alhamdulillah..perkongsian yg amat menarik pd hari jumaat yg mulia.

Tanpa Nama delete icon 12:55 PTG

very gd sharing ni, tq

Tanpa Nama delete icon 12:55 PTG

done sedekah nuffng di jumaat mulia ni juga

Tanpa Nama delete icon 1:22 PTG

terasa lalainya kathy selama ini..tqvm BM..

Mizz Aiza delete icon 1:30 PTG

terima kasih kerana mengingatkan aiza.. sejujurnya aiza kadang kala kurang kusyuk ketika bersolat..

Blog Santai delete icon 1:44 PTG

Salam Jumaat BM..Jom sama-sama kita perbaiki solat. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

BinMuhammad delete icon 3:34 PTG

Terima kasih kerana sudi berkunjung kesini, sama2lah kita memperbaiki kekurangan...

BinMuhammad delete icon 3:36 PTG

Malu sesama manusia tidak memberi kesan, malulah kita dengan Allah...kerana kita masih belum mampu beribadat dengan sempurna...

BinMuhammad delete icon 3:37 PTG

Semoga kita sentiasa beusaha memperbaiki amal ibadat kerana kita sering lalai dan terleka dan mudah berpuas hati...

BinMuhammad delete icon 3:39 PTG

Waalaikumsalam, betul tu Fais...mulut melafazkan tapi jika tidak faham apa yg di lafazkan...apalah gunanya. Sama2lah kita belajar dan memperbaiki kekurangan...

BinMuhammad delete icon 3:56 PTG

Waalaikumsalam mselim3...
Terima kasih juga kerana sudi membaca, anda tidak sendirian...cuma saya tidak sepanjang masa mampu membuat artikel sebegini.

BinMuhammad delete icon 3:57 PTG

Ya...amat sukar buat kita, tapi jangan tidak berusaha kearah itu...sama2lah kita berusaha ya...

BinMuhammad delete icon 3:58 PTG

Terima kasih MKL...kehadiran anda amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 3:59 PTG

Kita sama saja Abe Kie...bersama2lah kita berusaha mendapatkan kesempurnaan didlm solat

BinMuhammad delete icon 4:02 PTG

Bukan mudah...kadang kala rakaat keberapa pun boleh lupa, inikan nak khusyuk...ada saja yg bermain diminda. Semoga kita sama2 berusaha dan berpesan agar dpt pedoman dan panduan dalam mencari kesempurnaan dlm ibadat solat

BinMuhammad delete icon 4:04 PTG

Muhasabah dan lakukannya...semoga kita sama2 saling mengingati dan berpesan dalam mencari kesempurnaan didlm ibadat solat

BinMuhammad delete icon 4:05 PTG

Waalaikumsalam cikgu, terima kasih krn sudi bersama saya...

BinMuhammad delete icon 4:05 PTG

Sama2 KA...semoga sama2 kita beroleh peringatan dan panduan

BinMuhammad delete icon 4:06 PTG

Terima kasih KA, semoga murah rezeki kita bersama

BinMuhammad delete icon 4:06 PTG

Kita sama sahaja Kathy...sama2 kita memperbaiki diri

BinMuhammad delete icon 4:08 PTG

Tahap khusyuk bukan mudah diperoleh tapi tidak mustahil, sama2lah kita cuba mendapatkannya...

BinMuhammad delete icon 4:09 PTG

Insyaallah...semoga di mendapat petunjuk, hidayah dan keberkatan...

ANIM delete icon 4:46 PTG

saya pernah terdengar nasihat dari seorang ustaz, kalau kita terlalai, cepat2 beristighfar dalam hati dan teruskan solat dengan khusyuk. syaitan guna macam2 cara untuk lalaikan kita...wallahua'lam

Assalamualaikum. terima kasih berkongsi ilmu dengan semua.jemput join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html

Unknown delete icon 6:53 PTG

alhamdulillah
perkongsian ilmu yang bermakna di hari jumaat yg mulia ni

done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)

lilis delete icon 9:07 PTG

aku ajdi takut meninggalklan solat ..

diana delete icon 9:19 PTG

aduh aku suka lali nih apalagi kalau subuh

serini delete icon 9:20 PTG

menakutkan ya kalau ninggalin solat

diana delete icon 9:21 PTG

klau ninggalinya daam sehari 1 x solat terus besok-besoknya slat masih tetapkan dapat siksaanya ?

ayah delete icon 9:25 PTG

untungnya aku suka solat

ayah delete icon 9:26 PTG

solatlah solat sebelum disolatkan

dian delete icon 9:28 PTG

ilmu yg sangat bermakna bagi kami

alhmdulillah..:) terima kasih BM. sy suka dan sokong entri seperti ini..:) teruskn mngjk kpd kebaikn dn mnjauhi laranganNya..

diana delete icon 9:28 PTG

ini harus segera di share

ayah delete icon 9:28 PTG

hukum bagi wanita yg haid gimana ??

kurnia delete icon 9:29 PTG

pengganti pahala solatnya dengan cara apa kalau lagi dapet

ayu delete icon 9:31 PTG

alhamdulilah telah membuka blog ini

sangat bermakna, terima kasih atas perkongsian ini...

Unknown delete icon 6:08 PG

Sentiasa memperbaiki kerana seringkali lalai dan terleka..

kakiblog delete icon 5:32 PTG

terima kasih atas pesanan ini..solat adalah tiang agama.

Nina Mads delete icon 10:04 PTG

manusia kadang2 tak sempurna.. harap dpt memperbaiki kelemahan. terima kasih diatas peringatan ini :)

Terima kasih BM perkongsian ini. Memang susah saya hendak cari kekusyukan dalam solat terutama ketika minda tidak tenang hati tidak tenteram. Moga saya perlu bermuhasabah diri balik.

Pha Is delete icon 3:10 PTG

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
(Al-Mu'minuun 23:1-2)

Assalamualaikum.... artikel yang sangat bagus untuk lebih memahami cara khusyuk dalam solat. Amat berguna untuk semua pembaca agar solat mereka lebih baik dan diterima oleh Allah Taala.

Solatlah di awal waktu dan peliharalah solat kita. Mudah-mudahan kita berjaya untuk khusyuk dalam solat. Insyaalah, sama-sama kita berusaha untuk khusyuk dalam solat

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap