بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru sahaja bulan Januari 2015 berakhir, Blogger-blogger di Malaysia ini sungguh bermurah hati telah menganjurkan pelbagai Contest yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan!
Jika anda salah seorang blogger yang aktif buat duit online, selain dari melalui pengiklanan, affiliate, advertorial dan bisness. Menyertai sebarang contest juga kini boleh dijadikan salah satu cara untuk menambahkan pendapatan dan mendapat hadiah.
Tidak memerlukan sebarang modal, hanya perlu terbitkan entri penyertaan dan mungkin rezeki anda untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan berupa wang tunai, pakej pelancongan atau penginapan, barangan dan sebagainya.
![]() |
Blogger Malaysia - Contest Lumayan 2015 |
Tidak memerlukan sebarang modal, hanya perlu terbitkan entri penyertaan dan mungkin rezeki anda untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan berupa wang tunai, pakej pelancongan atau penginapan, barangan dan sebagainya.
Contest Lumayan Awal Tahun 2015
Antara contest hebat yang sedang hangat berlangsung awal tahun 2015 adalah :Contest SEO - Jom Aktifkan Mykad
Penganjur : CoretanAnuar.com
Hadiah :
- Tempat Pertama : Wang Tunai RM500
- Tempat Kedua : Wang Tunai RM300
- Tempat Ke Tiga : Wang Tunai RM200
- Hadiah Saguhati (Tempat Ke 4-10) : Wang Tunai RM50 bagi setiap pemenang
![]() |
Contest SEO - Jom Aktifkan Mykad |
Contest Bonus Awal Tahun 2015 JBT
Penganjur : Ayaharif.blogspot.com
Hadiah Utama :
- 1 Package ke Jepun bersama JBT
- Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
- Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
- Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
- Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
- Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
![]() |
Contest Bonus Awal Tahun 2015 JBT |
Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015
Penganjur : OhDuit.com
Hadiah :
- Tempat Pertama: RM1500
- Tempat Kedua hingga ke Sepuluh : RM50
![]() |
Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015 |
Tarikh akhir hantar penyertaan : 18 Februari 2015
Kontest Teroka Perspektif
Penganjur : blog.blogr.my
Hadiah Utama :
![]() |
Kontest Teroka Perspektif |
- Wang tunai RM1,000
- Baucer fotografi dan videografi perkahwinan berjumlah RM1,000 tajaan Momenthis Still & Motion
- Penginapan percuma selama satu (1) malam Suite Room dan sarapan untuk dua (2) orang di Bustani Hotel, Jitra, Kedah
- Goodies tajaan GreenFriends by Dohdeydot
- Goodies Eksklusif Blogr
- Wang tunai RM500
- Baucer fotografi dan videografi perkahwinan berjumlah RM500 tajaan Momenthis Still & Motion
- Penginapan percuma selama satu (1) malam Deluxe Queen dan sarapan untuk dua (2) orang di Bustani Hotel, Jitra, Kedah
- Goodies Eksklusif Blogr
Hadiah Saguhati : 10 x Goodies Eksklusif Blogr
Tarikh tutup : 1 Februari 2015
Contest Memberi Manfaat Bersama
Lihat! Betapa lumayannya hadiah-hadiah yang ditawarkan. (klik blog penganjur untuk ke link contest) Ini hanya sebahagian sahaja dan masih ada lagi contest lain yang menarik dan hebat sedang berlangsung.Tidak kurang juga dunia blog Malaysia ini dimeriahkan dengan pelbagai Segmen dan Giveaway (GA) yang begitu banyak sekali dianjurkan, hanya menunggu anda untuk sertainya. Hadiah-hadiah yang disediakan juga tidak kurang hebatnya!
Bukan hanya penyertaan untuk menang tetapi melaluinya kita akan dapat mengenali lebih ramai lagi blogger-blogger hebat di Malaysia ini. Kita akan terdedah kepada komuniti blogger yang sangat besar dan mencakupi pelbagai peringkat, bidang dan perkara yang sebelum ini kita tidak pernah ketahuinya.
Selain dari menjalinkan persahabatan, melalui contest-contest ini juga kita akan dapat menambah ilmu serta mempelajari teknik blogging disamping meningkatkan mutu dan kualiti dalam penulisan. Ianya lebih bernilai dan berharga dari memenangi contest tersebut.
![]() |
Contest Baby Comel - Relaks Minda |
Semoga lebih ramai lagi blogger-blogger Malaysia menganjurkan contest-contest hebat pada tahun 2015 ini. Ini membuktikan bahawa blog punya pengaruh dan potensi yang bagus dalam membina jenama, reputasi dan peluang untuk berjaya. Ianya memberi kebaikan dan keuntungan bersama kepada penganjur, penaja dan semua ahli komuniti blogger di Malaysia!
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
28 comments - "Blogger Malaysia Anjur Contest Lumayan 2015"
Begitu banyak sekali kontes 2015 ni kan. Tapi SP belum join satu pun..:(
Assalammulaikum... BM,
banyak nyer contest yang menawarkan hadiah yang lumayan...
mselim3
Lama dah cik akak tak aktif dengan giveaway nie uncle...hadiah memang lumayan
ada satu lg contest anjuran kak nora kat blog kongsibersamanora.blogspot.com ..hadiah lumayan jgk tu.... cepat masukkkan dlm senarai... :)
alaa 2 lagi contest, dah xsempat nk join hmmm
rezeki awal thun ni..xsangka lumayan gk hadiahnya..
Lumayan hadiah2 yg ditawarkan.
wahh..
banyaknya contest..
Tak sempat...semoga terus berjaya..
permulaan tahun 2015 yang meriah dalam dunia blogging
Memang lumayan gila dowh..
Lumayan beyul...
Aiks.. relaks minda pun ada anjur kontest juga?
seronoknya bercontest nih... nak kena buat satu contest untuk marathon lah nampaknya... sapa dapat habiskan jer dapat hadiah... tentu ramai yg suka nak join nanti...
errr saya belum lagi join mana2 contest lah... lumayan2 juga semua tu
Tue la saya rasa meriah betul.
Banyak contest dan ramai otai blogger pun join.
Kadang2 hadiah jatuh no.2 tetapi yang penting hubungan sesama blogger semakin erat dan meriah.
Wah menarik ni
Banyak contest yg menarik dan lumayan.. namun masih belum bersedia menyertainya. Belum cukup ilmu huhu.. Tapi perlu sertai juga satu masa nanti ni..:)
Bila semakin ramai blogger yg kreatif dan bijak kakak pula terasa bagaikan mahu berundur diri pulak BM. Rasa alahai ceteknya ilmu kakak ni.
Kalau tak salah kongsibersamanora ada anjurkan contest herba.
Lumayan jugak hadiahnya.
dari kontest dapat berkenalan ..namun rata-rata blogger sudah berpunya maka perkenalan hanya untuk komuniti blogger semata-mata
meriah betul bulan januari dan februari ni kan..
wah..banyak ni..
Ya... Memang lumayan contest tu! Agak menarik dan bagus untuk tambah ilmu tentang herba.
Mesti tunggu dipenghujung tarikh tutup nih! :)
Waalaikumsalam...
Hanya menanti penyertaan sahabat saje... Cubalah! :)
Haha! Nak sertai ke...
Oik.. ada 4 contest rupanya. Kawe tahu 2 aje... Melepas ler..
Banyaknya kontes dan lumayan hadiah2nya...
Tu dia...hadiah sumanya lumayan.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”