بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bulan Januari 2015 : Bermulanya Sebuah PerjalananAssalamualaikum dan salam sejahtera. Sebulan telah pun berlalu, kini telah pun berada di bulan Februari 2015. Sungguh tidak terasa bulan Januari telah pun meninggalkan kita.

Pelbagai ramalan dan telahan telah dicanangkan bahawa pada tahun 2015 ini kita semua akan menghadapi kehidupan yang sangat mencabar. Satu bulan telah berlalu, sekarang ini masih ada lagi 11 bulan. Masih terlalu jauh dan panjang lagi perjalanannya.

Setelah menempuh Bulan Januari, ianya dapat dijadikan panduan awal untuk kita melihat bagaimana seterusnya hari-hari yang akan dilalui. Namun kita harus sentiasa bersiap bersedia untuk menghadapi apa jua yang mendatang secara tidak terjangka.


Blog Relaks Minda : Januari 2015

Bulan Januari 2015, satu permulaan yang agak baik buat Blog Relaks Minda. Bukan sahaja perkhabaran gembira kerana penurunan harga minyak tetapi juga buat julung-julung kalinya memenangi contest SEO hasil dari contest anjuran AkmaOmar.com. Terima kasih kepada pihak penganjur, saudari Akma Omar dan semua pihak penaja. Tahniah di atas penganjuran contest yang sangat berjaya dan mencabar ini.

Sepanjang bulan Januari 2015 ini juga, prestasi Blog Relaks Minda telah meningkat sedikit berbanding bulan sebelumnya, December 2014. Dari 370K PV, ianya melonjak sedikit kepada 478K PV. Ini merupakan satu peningkatan yang telah dijangka kerana ianya adalah situasi biasa yang berlaku pada setiap awal tahun.

Blog Relaks Minda : Januari 2015
Data dari Google Analytic : relakssminda.blogspot.com Bulan Januari

Catatan tertinggi harian Bulan Januari 2015 adalah pada 15 Januari dengan sebanyak 22,843 PV. Ini adalah berikutan dari pelancaran model Perodua Myvi Baru yang menyaksikan ianya menjadi carian tertinggi pada hari tersebut sehinggalah ke hari ini. Pada bulan Januari juga ada tiga entri target trafik yang diterbitkan iaitu :
  1. Model Baru Myvi (facelift) 2015
  2. Bonus Dan Gaji Kakitangan Awam 15 Januari 2015
  3. Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan

Dua daripadanya berjaya berada di Top 10 entri paling popular pada Bulan Januari 2015. Selain dari itu, entri-entri lama masih menguasai kebanyakan tempat dalam carta. Seperti biasa, entri topik kreativiti tetap menjadi carian tertinggi di blog ini.

Blog Relaks Minda : Top 10 Popular Januari 2015
Blog Relaks Minda : Top 10 Popular Entri Januari 2015

Dalam bulan Januari yang lepas, BM agak kurang melakukan aktiviti blogwalking berikutan agak sibuk dengan tugas, namun tetap cuba untuk mencapai misi menerbitkan satu entri satu hari. Sebanyak 31 entri berjaya diterbitkan sepanjang bulan Januari 2015. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada semua sahabat dan tetamu yang terus menyokong dengan berkunjung dan meninggalkan komen-komen yang sangat berharga pada setiap entri yang diterbitkan.

Buat 20 sahabat yang paling mesra bulan Januari 2015 ini... seperti biasa, blog anda akan terpahat rapi diruangan "Bloglist Sahabat" di sidebar Blog ini.

Blog Relaks Minda : 20 sahabat yang paling mesra bulan Januari 2015
Blog Relaks Minda : 20 sahabat yang paling mesra bulan Januari 2015

Maaf kepada para sahabat yang masih belum dapat saya kunjungi... InsyaAllah, jika izinkan Allah, akan tetap akan sampai walaupun tidak dapat menerjah keseluruhan entri anda semua.

Buat semua blogger, semoga anda semua terus berblogging dengan entri yang terbaik dan berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Jutaan terima kasih buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Anda semua amat dihargai dan disayangi... :)

Jutaan terima kasih buat sahabat dan tetamu Relaks Minda


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

23 comments - "Bulan Januari 2015 : Bermulanya Sebuah Perjalanan"

Unknown delete icon 5:41 PG

Adakah anda mempunyai apa-apa masalah kewangan, adakah anda memerlukan serius pinjaman segera, yang anda merancang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mendapatkan keinginan anda, percaya kepada kami untuk merawat semua jenis pinjaman, lihat di bawah. Kami berdaftar dan Syarikat diberi kuasa untuk mengeluarkan pinjaman pada kadar faedah 2%, dengan tempoh minimum 6 bulan dan tempoh maksimum 30 tahun. Kami menyediakan pinjaman antara 1000-50 juta.
Lihat perkhidmatan kami BAWAH;

* Pinjaman Peribadi (selamat dan tidak bercagar)
* Pinjaman Perniagaan (selamat dan tidak bercagar)
* Pembaikan Rumah
* Pencipta Pinjaman
* Pinjaman Auto
* Mortgage Perkahwinan
* Pinjaman Kesihatan, dan lain-lain

Jadi, jika anda berminat atau memerlukan maklumat lanjut, sila kembali kepada kami melalui e-mel kami georgeloanfirm10@gmail.com
Dengan Allah tidak ada yang mustahil

Terima kasih dan Salam

terimakasih juga BM kerana selalu mengunjungi blog akak...

baca tajuk tadi..ingatkan sambungan perjalanan gila tu hehe

HAMIDIsP delete icon 8:27 PG

Begitu pantas masa berlalu kini bulan februari pula menjelang tiba.. Semoga terus sukses berblog ye BM..:)

Terima kasih sb saya pun tersenarai sama.. :)

Unknown delete icon 11:10 PG

untung..teringin nak dapat pageview macam nie..haha
entah bila lah angan cik akak tercapai..hihi..
tahniah untuk semua

Terkejut kakak baca komen pertama tu dik hihi... macam-macam!

Melihat jumlah pageview yg tak tercapai kakak rasanya BM dah setaraf pun dgn mereka yg dipanggil blogger otai. Kakak ni tak pandai nak promokan kalau pandai lama dah kakak bro promo blog Relaks Minda ni.

Apa-apa pun tahniah dari kakak atas pencapaian yg memberangsangkan ini.

adarain delete icon 3:17 PTG

Pencapaian yang sangat membanggakan. Tahniah!. :D

ZaridaIshak delete icon 10:04 PTG

Hmm... nampaknya saya belum cukup mesra. Sebab jarang tinggalkan komen di sini...

Khir Khalid delete icon 11:58 PG

Alhamdulillah tahniah BM. Tersenarai juga walaupun terdapat sedikit ketidakmampuan berblogging akhir2 ini. T kasih juga atas ucapan semangat & doa BM buat saya ye. Semoga Allah jua yg membalas segalanya dgn keberkatan & kebaikan buat BM sekeluarga... aamiin.

Tanpa Nama delete icon 11:42 PTG

tahniah alls..

Unknown delete icon 7:50 PG

Banyaknya PV untuk satu artikel tu, i is jeles la macam ni..:)

BinMuhammad delete icon 4:09 PTG

Kehadiran akak amat dinanti dan dihargai...
Kisah tu... tunggulah, kena ada mood nak karang le :)

BinMuhammad delete icon 4:10 PTG

Semoga SP juga bertambah sukses :)

BinMuhammad delete icon 4:11 PTG

Terima kasih krn sudi bertandang ke RM :)

BinMuhammad delete icon 4:12 PTG

Bukankah PV drama2 cik akak lagi hebat dari ini... Sajelah tu :)

BinMuhammad delete icon 4:15 PTG

Kalau akak buat topik2 tu, pasti lagi hebat pv nya! :)
Kesudian akak singgah dan komen pun dah cukup bahagia dan amat2 menghargainya.

BinMuhammad delete icon 4:16 PTG

Terima kasih... semoga anda juga mencapai lebih dari ini :)

BinMuhammad delete icon 4:17 PTG

Anda pun mesra juga.... Sentiasa yang terbaik!

BinMuhammad delete icon 4:19 PTG

Kalau nama saudara KK tiada dalam senarai...amat pelik rasanya. Terima kasih.
Semoga KK sentiasa tabah dalam menempuh apa jua ujian yg mendatang.

BinMuhammad delete icon 4:20 PTG

Terima kasih Kathy... Tahniah!

BinMuhammad delete icon 4:21 PTG

Tuah tak sengaja jer tu... Anda pun boleh! :)

Bunda_nora delete icon 2:19 PTG

Tahniah atas pencapaian yang terus menerus memberangsangkan blog BM...semoga terus maju jaya...

Fiza Rahman delete icon 10:39 PG

Tahniah BM. Blog Relaks minda memang best. Bilalah blog saya nak dapat PV tinggi macam tu.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap