بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Pagerank (PR) Dihapuskan? Apa Pula Penggantinya?
Pagerank (PR) Dihapuskan? Apa Pula Penggantinya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu penanda aras yang digunakan untuk melihat tahap SEO, prestasi serta kualiti blog adalah melalui Pagerank (PR). Seperti yang kita ketahui semakin tinggi Pagerank sesebuah Domain Blog atau Page ianya semakin bagus dan berkualiti di mata enjin carian Google.

Sesebuah blog yang mempunyai Pagerank yang tinggi selalunya mempunyai kandungan yang original dan berkualiti. Ianya amat mudah berada di kedudukan terbaik di SERP (halaman enjin carian). Ianya juga dipandang tinggi dimata pengiklan dan para blogger.

Cara Google menilai Pagerank sesebuah blog juga berubah-ubah. Pelbagai faktor dan olgaritma diambil kira bagi menentukan nilai Pagerank untuk sesebuah Blog atau Page. Penilaiannya juga tiada jadual yang tetap... ada 3 bulan, 6 bulan dan mungkin juga setahun.


Penilaian SEO Melalui Pagerank Dihapuskan?

Kali terakhir Google membuat penilai Pagerank Blog dan Page adalah pada bulan Disember 2013. Sehingga kini, tiada lagi penilaian semula dilakukan oleh Google. Berikutan dengan itu, maka timbullah pelbagai tanda tanya dan spekulasi. Ditambah pula dengan kenyataan dari salah seorang orang kuat Google iaitu John Mueller yang menyatakan Pagerank ini akan dihapuskan.

Benarkah Google tidak menggunakan lagi dan ingin menghapuskan Pagerank? Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi dari Google. Andai benar, apakah pula algoritma SEO (search engine optimization) pengganti Pagerank ini yang menjadi penilaian SEO utama enjin carian Google dalam menentukan tahap kualiti dan kedudukan entri di SERP (search engine result page)?

Google Pagerank (PR)


Algoritma  Pengganti Pagerank

Melalui informasi dan sumber-sumber blogger yang mengkaji serta pakar-pakar SEO dunia, mereka tidak lagi terlalu bergantung dengan nilai Pagerank ini. Mereka percaya bahawa kemungkinan besar Pagerank ini akan dihapuskan oleh Google secara beransur-ansur. Mereka juga telah mengorak langkah baru dengan menumpukan kepada dua algaritma SEO lain yang sangat penting bagi menggantikan kebergantungan kepada penilaian Pagerank ini.

Dua algoritma SEO tersebut adalah dari sumber penilaian penting bagi menentukan nilai Pagerank sebelum ini. Jelas sekali Google inginkan penilaian yang lebih mendalam dan khusus agar tahap kualiti dan kedudukan di SERP benar-benar adalah dari entri dan blog yang tepat!

Dua algoritma SEO tersebut adalah :

1. Backlink
  • Jumlah bukanlah penentu utama tetapi Backlink dari sumber yang berkualiti, original serta relaven sama ada internal mahu pun external semakin menjadi penilaian SEO yang amat penting. Google juga menilai backlink tersebut dengan cukup terperinci maka jangan sampai terlalu taksub meningkatkan backlink sehingga memungkinkan ianya dinilai sebagai 'spam backlink' pula oleh Google.

2. Domain Dan Page Authority
  • Ini adalah penanda aras yang dilakukan oleh Moz.com untuk menilai kekuatan sesebuah Domain atau Page untuk berada di SERP. Ianya dinilai dari 1- 100 dan semakin tinggi nilainya maka semakin bagus. Anda boleh menilai sendiri authority Domain Blog serta Page Url anda melalui link berikut : https://moz.com/researchtools/ose/ 

Nampaknya Google semakin menggunakan kepercayaan pihak ketiga dalam penilaian SEO mereka, sama seperti yang dilakukannya kepada Alexa.com.

Pagerank (PR) Dihapuskan? Domain - Page Authority Penggantinya?
Pagerank (PR) Dihapuskan? Domain - Page Authority Penggantinya?


Benar Atau Tidak Pagerank Dihapuskan

Percaya atau tidak sama ada status Pagerank ini benar-benar akan dihapuskan, ianya masih samar-samar kerana belum ada pengumuman rasmi dari pihak Google lagi atau sememangnya akan dihapuskan secara senyap.

Melihat kepada perkembangan beberapa bulan sebelum ini, ianya seperti terbukti benar kerana blog yang menggunakan domain blogspot yang kembali menguasai carta SERP di Google berikutan tahap Domain Authority yang tinggi iaitu 92 berbanding domain lain yang kebanyakkannya dibawah 50.

Namun ianya bukan penilaian mutlak Google... Semua teknik dan taktik SEO yang lain perlulah dipraktikkan dan dilakukan secara berterusan tetap dinilai penting oleh Google.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

23 comments - "Pagerank (PR) Dihapuskan? Apa Pula Penggantinya?"

sama jugak saya... tak berapa paham apa yg dibicara kan tapi sikit2 tu masuklah dalam kepala nih... berkenaan dengan ranking dan SEO tu...

cik.einaaa delete icon 1:07 PTG

saya tak reti sangat seo ni..cuma tahu sikit sikit..

memang dah lama sangat update PR tak pernah berubah

paridah delete icon 3:19 PTG

pr ni tentu penting buat penilaian kedudukan sesebuah blog...heh..heh..xreti juga..

HAMIDIsP delete icon 6:47 PTG

Blog tanpa pr umpama lagu tanpa irama. Alexa pula terlalu lemah dan kekurangan sumber untuk menilai pengunjung. Bnyk kerja lg la nmpknya..

Khir Khalid delete icon 9:43 PTG

Saya faham dan akui kepentingannya semua tu... cuma tak tau apa langkah yg perlu dilakukan sbg persediaan atau penambahbaikan sbb bnyk lagi yg perlu dipelajari ni.. apa pun.. terus je lah menulis selagi mampu.. tulis & terus tulis dgn penulisan yg sebaiknya kan.. :) :)

akulah antara blog yang tak sempat merasa dapat pangkat PR

mselim3 delete icon 11:36 PTG

Assalammualaikum.. BM,

Terima kasih.........pemberitahuan nie,..

mselim3

Bunda_nora delete icon 12:01 PG

Terima kasih atas pendedahan ini BM...

natura delete icon 2:19 PTG

Sedang memahami dan mengaplikasikan.

BinMuhammad delete icon 12:16 PG

Buat-buat faham ajelah kalau gitu ye... cik akak :)

BinMuhammad delete icon 12:18 PG

Kena faham dulu apa itu pagerank. Mudah jer...banyak informasi hanya dihujung jari... google sahaja! :)

BinMuhammad delete icon 12:22 PG

Ilmu SEO ini perlu bagi blogger yang memerlukan dan punya matlamat... Anda perlu tak?

BinMuhammad delete icon 12:23 PG

Dah lebih setahun PR tidak update...atau mungkin dah tak update terus...

BinMuhammad delete icon 12:25 PG

Ya! Nilai PR ini menjadi salah satu ukuran terpenting dalam menilai sesebuah blog.

BinMuhammad delete icon 12:26 PG

Tu dia... perbandingan yg menarik sekali... :)

BinMuhammad delete icon 12:29 PG

Ya... Kalau kita mampu menulis dgn baik, tersendiri dan original...Teruskan...
Content is King! Tingkatkan kualiti pasti populariti akan datang sendiri...

BinMuhammad delete icon 12:31 PG

Anggap jer PR sebagai Pakatan Rakyat... hehe.. Kan dah dapat tu...
Tak ada PR dan PR rendah ni, sebenarnya banyak kelebihan! Cuba cari...

BinMuhammad delete icon 12:32 PG

Waalaikumsalam mselim,
Semoga berguna dan bermanfaat buat yg memerlukan...

Mekasih atas perkongsian BM. Cuba nak fahamkan nih ☺

AWIDZ delete icon 4:11 PG

Info yang terbaik

Yalah dah lama Google tak nilai PR (page rank). Jika dinilai pada blog saya ia masih PR1. Ini tempoh yang cukup lama. Apa pun penilaian Google terhadap sesuatu blog berautoriti atau sebaliknya, diharap ia memberi kebaikan kepada semua.

informasinya sangat berguna walaupun pagerank tidak ada lagi

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap