بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah itu Domain Authority (DA) dan Page Authority (PA)? Bagi yang mengamalkan teknik SEO, ianya bukanlah satu istilah yang asing kerana ia merupakan salah satu data atau penanda aras yang sangat penting.

Seperti Alexa Rank, ukuran bagi DA dan PA ini tidak dikendalikan oleh Google tetapi oleh pihak ketiga yang diiktiraf oleh Google iaitu Moz.com.

Ukuran bagi DA dan PA ini bermula dari 1 hingga 100 point. Semakin tinggi point semakin bagus dan berpengaruh blog dan page anda di mata enjin carian.

Kenali Domain Authority (DA) And Page Authority (PA)


Maksud Domain Dan Page Authority

Domain Authority (DA) bermaksud : "Ukuran ranking kekuatan anggaran keseluruahan domain dan subdomain blog anda."

Page Authority (PA) bermaksud : "Ukuran ranking kekuatan anggaran setiap satu page post (entri) blog anda."

Kenapa ukuran dan data dari DA dan PA ini penting bagi pengamal SEO? Ini adalah kerana melaluinya kita dapat menilai kekuatan blog/page kita dan membandingkannya dengan blog yang berada dikedudukan terbaik di enjin carian.

It's best to use Page Authority (PA) and Domain Authority (DA) as comparative metrics when doing research in the search results and determining which sites/pages may have more powerful/important link profiles than others. While specific metrics like MozRank can answer questions of raw link popularity—and link counts can show the raw quantities of pages/sites linking—the authority numbers are high-level metrics that attempt to answer the question, "How strong are this page's links in terms of helping them rank for queries in Google.com?" - Technical Definition DA and PA by Moz.com

Hasil daripada informasi tersebut, maka kita akan mendapat arah dan panduan yang jelas apa yang perlu dilakukan untuk mempertingkatkan DA dan PA agar lebih mesra SEO.


Point Domain dan Page Authority

Seperti juga Alexa.com... data yang dikeluarkan oleh Moz.com adalah terhad kecuali anda melanggan perkhidmatan ini. Namun tidak dinafikan... Domain dan Page Authority ini menjadi semakin penting untuk menguasai SEO kerana kemungkinan besar Pagerank tidak akan digunakan lagi dan DA serta PA ini akan menjadi kayu pengukur baru dan penting dalam menilai kekuatan serta kualiti sesebuah blog/page oleh enjin carian.

Sekarang anda lihat pula data dan ukuran yang dikeluarkan oleh Moz.com terhadap top 5 blog ranking di Google.my (pada 14 Feb 2015) dengan kata kunci Malaysia Best Blog 2015. Perhatikan dan bandingkan data tersebut dengan blog anda melalui link berikut : https://moz.com/researchtools/ose/

Kenali Domain Authority (DA) And Page Authority (PA)
Kenali Domain Authority (DA) And Page Authority (PA)

Anda juga boleh semak point setiap page post (entri) anda. Kekuatan PA itulah yang mempengaruhi sebahagian besar dari kedudukan entri di SERP.

Bagaimana hendak meningkatkan point Domain dan Page Authority anda? Anda boleh belajar dan kaji semuanya di Moz.com. Jika anda berlanggan... pelbagai lagi data dan informasi yang lebih terperinci tentang blog serta page boleh anda perolehi. Berbaloi jika ianya penting dan berguna buat anda untuk meningkatkan ilmu dan amalan SEO yang lebih mendalam.

The best way to influence this metric is to improve your overall SEO. In particular, you should focus on your link profile—which influences MozRank and MozTrust—by getting more links from other well-linked-to pages.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

24 comments - "Kenali Domain Authority (DA) And Page Authority (PA)"

nampaknya blog aku masih rendah lagi bro..ada tips tak untuk naikkan DA dan PA tue

dah lama juga mendengar mengenai hal ini tapi untuk mengeceknya baru tahu dari blog ini terimasih telah berbagi pengetahuan ini

selepas ini nak terjah moz pulak..

pengetahuan baru yang berguna....Tq BM.

paridah delete icon 9:14 PG

assalam...singgah cari ilmu disini selalu...tapi msh xreti2 heh..heh..tqBM rajin berkongsi info.

Nao Mei delete icon 9:33 PG

Eh apa benda pula nie....huhuhu

Khir Khalid delete icon 11:18 PG

Pernah terbaca ttg moz ni tapi kurang jelas dan tak berapa ambil tahu. Kena ambil taulah lepas ni.. Hebat tu 92/100.. tahniah! Thanks sharing info bermanfaat ni BM.. :)

Alamak...kalau macam ni wan kena kerja kuat ni.
Wan check wan punya macam rendah sangat kot. Adoi...

ANIM delete icon 4:41 PTG

nampak sangat ilmu blog kak tahap budak sekolah rendah...

Hehehe bila sebut jer Seo mmg blog BM terbaik ..Tapi kalau tanya Lya mmg takleh lagi nak memahamI teknik2 yang diajar...

Tak tau pon pasal benda ni ☺

Thanks atas perkongsian BM. Banyak nak kena explore lagi nih.

DA tu, kalau guna domain sendiri memang susah nak lawan blogspot. Kalau PA tu memang perlukan usaha terutama backlink berkualiti serta relavan dan sosial media sharing.

Sejak Pagerank dah menyepi ni... terpaksalah cari alternatif lain.

Dapakan informasi dan hadamkan ye... Good luck!

Sama2 cikgu... Masih bercuti lagi ke?

Waalaikumsalam... Takpe, ianya hanya buat mereka yg memerlukan. Tapi kalau dapat sikit2 pun Alhamdulillah...

Sejenis makanan yang perlu berfikir utk memakannya...hehe! Thanks cik akak!

Domain dari blogspot memang tinggi berbanding domain sendiri. Maklum sajalah kan...
Jgn ketinggalan, ilmu blogging ni cepat sahaja berubah

Tahun 2015 ni adalah perubahan dalam penilaian blog/page oleh Google. Memberi kesan besar keatas SERP, ranking dan prestasi.

Ilmu yang hanya penting buat mereka yang memerlukan... Kalau tidak, kita sama jer lah... :)

Saya bukan yang terbaik... Setiap orang ada kelebihannya... Lya hebat dan terbaik dalam bidang/ilmu yg lain pula...

Kathy R'bain delete icon 12:28 PTG

maklumat yang berguna ni..tq BM..

berbayar tu yg kena fikir byk kali ... blogspot mendahului .com ... hebat tu .

terima kasih atas sharing ini...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap