بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan sihat sejahtera serta bahagia. Maklum sahajalah... masing-masing baru memulakan rutin harian setelah bercuti agak lama jugalah sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Pasti ramai yang mengambil peluang cuti panjang ini untuk pulang kekampung halaman atau pergi melacong serta beriadah. Namun yang pasti... semalam, ramai yang telah terperangkap teruk dalam kesesakan jalan raya. Ada yang sambung cuti lagi hari ni?

Kesan Cuti Panjang Tahun Baru Cina

Dunia blogging juga agak suram apabila ramai yang bercuti. Inilah masanya untuk melupakan seketika dunia maya ini. Blog ini juga tidak terkecuali. Kali terakhir update... 17 Februari 2015.

Apakah kesannya apabila blog tidak dikemaskini? Sudah pasti paling utama adalah kesan kemasukan trafik yang akan mendadak turun...tetapi ianya perkara biasa apabila tibanya musim cuti. Lebih daripada 40% penurunan trafik dicatatkan. Semoga mulai hari ini, trafik blog akan kembali seperti biasa...

Kesan Cuti Panjang Tahun Baru Cina
Sempat juga tukar header blog masa cuti tadi... 

Penurunan Alexa Rank

Selain dari itu, Alexa rank juga akan terjejas. Sejak akhir-akhir ini ramai yang merungut tentang Alexa rank yang semakin tidak memuaskan. Boleh dikatakan semua blog-blog terkenal juga terjejas teruk! Blog seperti Hasrulhassan. Denaihati, Mialiana dan banyak lagi telah mencatatkan penurunan ranking yang ketara.

Ada juga yang menyatakan ini adalah kerana Alexa merajuk! Kalau begitu kenalah pujuk ye BL... hehe!  Namun semuanya ini adalah disebabkan pembaharuan dalam site audit oleh Alexa telah memberi kesan yang besar kepada ranking blog. Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan Alexa ini pasti sudah sedia maklum. Bagi kita yang guna secara percuma ni... Ternganga aje lah!

Bagi blog ini pula, tetap juga terkesan... namun penurunannya tidaklah terlalu mendadak. Sebelum bercuti, minggu lepas... sempat juga screenshot Alexa rank Relaks Minda. Sebenarnya adalah untuk melihat adakah penurunan mendadak berlaku apabila blog tidak dikemaskini selama empat hari. Ya! penurunan tetap berlaku tetapi masih tidak terlalu teruk... namun pada penghujung hari ini dan beberapa hari lagi pasti ianya akan terus menurun! huhu...

Kesan Cuti Panjang Tahun Baru Cina

Kesan Cuti Panjang Tahun Baru Cina

Walaupun tidak ambil berat sangat pasal Alexa rank ini. namun tidak dinafikan bahawa ianya tetap salah satu ukuran utama yang dipandang tinggi di dunia blogging.


OK... cukuplah celoteh di hari ini. Pasti ramai yang punya mood yang kureng dan suram hari ini. Dah sedia maklum... Oleh itu, Selamat kembali bertugas dan senyum-senyum selalu walaupun terpaksa... :).


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

15 comments - "Kesan Cuti Panjang Tahun Baru Cina "

Selamat bertugas kembali BM :)

Unknown delete icon 10:48 PG

Alexa memang misteri sekarang nie..
Ranking alexa cik akak dah pecah rekod dah..hahaha..3K
Dah boleh buat hantaran kawen lah macam nie..hahaha

paridah delete icon 11:30 PG

kak balik kampung juga nmpak walau 4 hari xupdate biasa jer trafficnya slowly like siput heh..heh..

ALexa saya sejak rajin blogwalking agak turun juga sikit saat ini tapi masih jauh ke tarap seperti blog ini

Tanpa Nama delete icon 12:33 PTG

salam singgah. lepas ni trafik naik kembali. :)

kalau cuti semua jadi cuti sekali ;)

selamat kembali dari bercuti BM.

selamat bertugas kembali...

mrhanafi delete icon 6:24 PG

ha..ha..master SEO blogger dah kembali menceriakan dunia blogger..

saya juga mengalami kenaikan ranking Alexa sejak akhir-akhir ini..

Cuti panjang terbawa pulang sekali cik alexa.. Selepas ini perlu tanya betul-betul cik alexa nak pulang cuti sama-sama ke tak.. ^_^

HAMIDIsP delete icon 3:08 PTG

SP pun baru online hari ni selepas bercuti hampir seminggu. Cuma bernasib baik rank alexa tak berubah banyak..:(

Khir Khalid delete icon 12:05 PTG

Mood cuti yg seronok, cuma pada petang ahad je agak stress bila terperangkap dalam jem yg agak teruk.. habis masa dan minyak.. tol tetap harga sama huhu..
Apa pun, tahniah ttg alexa tu, pasti mudah je utk RM nak turunkan balik tu nanti BM.. :) :)

Tanpa Nama delete icon 12:49 PTG

heheheheheh...cuti dan cuti...

Pha Is delete icon 7:13 PG

alexa pun cuti beraya kot.. hehe...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap