بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Apa Aktiviti Anda Waktu Cuti SekolahAssalamualaikum dan salam sejahtera. Melihat kanak-kanak pulang dari sekolah hari ini semuanya dalam keadaan riang gumbira. Almaklumlah... esok akan bermula cuti sekolah selama seminggu. Satu perasaan yang kita semua ingin sekali rasainya kembali...

Apa perancangan anda untuk anak-anak ketika cuti sekolah ini. Pasti ada yang merancang untuk pulang ke kampung dan mungkin juga pergi ke lokasi-lokasi percutian yang menarik sama ada di dalam mahupun luar negara.

Blogger Dan Cuti Sekolah 

Bagaimana dengan dunia blogging ini pabila musim cuti sekolah? Selalunya ramai blogger akan kurang aktif mengemaskini blog untuk memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Trafik juga akan berlaku sedikit penurunan. Namun ada juga yang sebaliknya kerana dapat meluangkan lebih masa apabila tibanya cuti sekolah ini terutama blogger berstatus guru dan pelajar.

Bagi mereka yang mahu mengekalkan momentum blog seperti selalu atau mungkin mengambil kesempatan kelebihan musim cuti sekolah ini untuk meningkatkan trafik blog maka bolehlah menumpukan kepada topik-topik atau kata kunci carian terhangat sepanjang musim cuti sekolah ini.

Antaranya adalah berkaitan lokasi, kos, tip, panduan serta gambar tempat percutian mahupun riadah di dalam dan luar negara. Maklumlah...maklumat bercuti dan melancong memang hangat masa cuti sekolah ni. Selain itu, topik seperti resepi, aktiviti masa lapang, menjahit, kem dan perkhemahan juga mungkin akan meningkat cariannya.

Namun begitu, sebenarnya blog masih boleh kelihatan aktif walaupun tuannya sedang sibuk bergumbira bersama anak-anak. Siapkanlah draf entri banyak-banyak dan setting post mengikut schedule (tarikh dan masa untuk ia diterbitkan). Maka, blog anda tetap akan kelihatan sentiasa dikemaskini.

Apa Aktiviti Anda Waktu Cuti Sekolah
Bercuti untuk ketenangan minda

Gunakan Masa Cuti Sekolah Sebaiknya

Apabila tibanya cuti sekolah ini, bukan sahaja anak-anak yang gembira tetapi kadangkala ibu bapa yang terlebih suka. Selain dari tak perlu bersusah payah menyediakan persiapan awal pagi untuk urusan anak-anak sekolah, jalanraya juga akan kurang sibuk serta agak lancar di waktu puncak.

Cuti tahunan pun bolehlah diambil untuk digunakan bagi meluangkan lebih masa bersama anak-anak bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selamat bercuti buat semua pelajar dan guru-guru sekolah. Gunakan waktu cuti anda sebaiknya. Kepada ibu bapa pula, janganlah dibiarkan anak-anak terlalu bebas dan terbiar di masa cuti sekolah ini. Rancanglah sesuatu yang bermanfaat buat mereka dan kita juga. Gunakan peluang dan masa yang ada ini untuk mencurahkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan.

Apa Aktiviti Anda Waktu Cuti Sekolah
Nyaman dan segar... Jauh dari kesibukan kota

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


11 comments - "Apa Aktiviti Menarik Waktu Cuti Sekolah?"

Suruh anak2 ulangkaji pelajaran.. Hi3

jie susanos delete icon 11:34 PG

cuti2 skolah ni ramai yg kuar bercuti bersama kluarga.. sronok2..

HAMIDIsP delete icon 3:02 PTG

SP guna auto publish je kalau ada cuti panjang..:)

BinMuhammad delete icon 3:23 PTG

Haha! Nasiblah anak2 MKL... :((

BinMuhammad delete icon 3:25 PTG

Betul tu... Jie pula, ke mana cuti sekolah ni?

BinMuhammad delete icon 3:26 PTG

Ya! Itulah cara terbaik utk blog kelihatan 'Sentiasa Panas' :)

Tanpa Nama delete icon 10:30 PTG

Tak kemana² cuti ni BM..

kalau ada cuti sekolah dirumah menemani anak dan ya blogwalking seharian

Khir Khalid delete icon 9:07 PTG

Cuti kali ni agak penat sikit.. mcm2 urusan dtg sekali.. layan jelah mana yg terlarat...

Yana Yani delete icon 5:26 PTG

dulu rajin juga buat auto published
sekarang tak ada masa BM
nak buat live entry pun tak sempat
tak mengapalah, nak buat camne lagi dak

Fiza Rahman delete icon 11:37 PG

Memang seronok bila time cuti skolah ni. Jalan pon tak sesak. Pepagi pon tak der kelam kabut...hehehe...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap