بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia diwujudkan dengan objektif untuk kesedaran dan penglibatan pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara betul dan berhemah.
Dengan adanya kesedaran ini, semoga ianya dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan sebuah masyarakat pengguna yang bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini seterusnya akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di Malaysia ini adalah untuk lebih mempromosikan tanggungjawab kerajaan serta kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat diantara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
Untuk maklumat bersama, Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini pertama kali disambut pada 15 Mac 1983. Tarikh 15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari sambutan bagi memperingati tarikh hak-hak pengguna yang diperkenalkan dan diumumkan oleh Presiden John F. Kennady pada tahun 1962.
Dengan adanya kesedaran ini, semoga ianya dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan sebuah masyarakat pengguna yang bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini seterusnya akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di Malaysia ini adalah untuk lebih mempromosikan tanggungjawab kerajaan serta kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat diantara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
Untuk maklumat bersama, Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini pertama kali disambut pada 15 Mac 1983. Tarikh 15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari sambutan bagi memperingati tarikh hak-hak pengguna yang diperkenalkan dan diumumkan oleh Presiden John F. Kennady pada tahun 1962.
Hak-Hak Anda Sebagai Pengguna
Ketika ini terdapat 8 hak asasi pengguna yang telah diterima pakai diseluruh dunia dan diambil kira dalam undang-undang berkaitan pengguna sama ada untuk digubal, dipinda atau dikaji semula. Ketahuilah akan hak-hak anda sebagai pengguna.Berikut adalah 8 hak anda sebagai pengguna yang wajar kita semua ketahui:
1) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
- Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
- Pengguna dilindungi daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
- Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
4) Hak untuk membuat pilihan
- Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
5) Hak untuk bersuara
- Perkara ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
6) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
- Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
- Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
7) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
- Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Perkara ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
8) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
- Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
- Talian bebas tol: 1 - 800 - 886 - 800
- Portal Aduan: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
Hak Pengguna Untuk Pemakanan Sejagat
Di Malaysia, Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini dikelola di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2015 ialah “HAK PENGGUNA UNTUK PEMAKANAN SIHAT”.Selamat menyambut Hari Hah-Hak Pengguna Sedunia 2015... Kita semua adalah pengguna, maka ketahui hak, fahami peraturan dan bertindaklah sebagai seorang pengguna yang bijak!
Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan
- Tempat: Lobi KPDNKK, Presint 2, Putrajaya
- Masa: 9.00 Pagi - 2.00 Petang
- Tarikh: 15 Mac 2015 (Ahad)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
11 comments - "Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia"
Ya..setiap orang perlu tahu akan haknya sebagai pengguna agar tidak ditindas. Peniaga memang nak untung jer tapi kita perlu gunakan kuasa kita sebagai pengguna. Customers always ringht
selamat hari pengguna :)
selamat hari pengguna n ketahui hak2 sbg pengguna.
kita sbagai pengguna harus ambik tahu hak2 kita dan slamat hari pengguna utk kita semua...
Ramai sebenarnya yang tak tahu nak mengadu kepada siapa bila mendapat masalah terutama berkaitan pengguna. Kalau dah buat aduan pula macam-macam karenah birokrasi...
Di Malaysia mungkin para pengguna belum cukup bersatu utk menggunakan kuasa pengguna... "customer's always right'
Tidak dinafikan kepincangan ini. Pihak berwajib bagaikan kurang kuasa dan secara berterusan utk menangani masalah pengguna.
Kita ada hak sebagai pengguna. Jgn sia²kan hak itu.
Msykt kita mmg patut lebih tahu ttg hak2 kita semua sbg pengguna.. paling penting kat mana nak mengadu bila berlaku sesuatu hal. Hak bukan ttg masalah hal2 kedai runcit shj tapi perkara yg serius spt pembelian rumah dsb.. bnyk pemaju dah pandai tipu skrng. kena berhati2..
ada ye hari pengguna? ngapa daku tidak tahu ni
memang kiat sebagai pengguna perlu tahu hak kita
tak adalah kita mudah dibuat masak lemak gulai oleh peniaga =)
Ada juga hari hak pengguna sedunia yer. Baru tau ☺
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”