بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


buah belimbing buluhAssalamualaikum dan salam sejahtera. Anda kenal akan buah belimbing buluh? Ia merupakan sejenis buah belimbing sayur yang masam tetapi sangat enak jika dicampur dalam masakan.

Kebetulan pula semasa pulang ke kampung pada hujung bulan lepas, pokok belimbing buluh sedang lebat berbuah. Dapatlah merasa makan buah belimbing buluh ni.

Buah belimbing buluh ini juga punya banyak khasiat. Anda boleh carilah sendiri ya... sebab kali ini nak cerita tentang asal usul belimbing buluh dan kenapa rasanya masam. Ada yang menyatakan buah belimbing ini berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia. Di sana mereka memanggilnya dengan nama belimbing wuluh.

Terdapat sebuah kisah dongeng tentang asal usul belimbing buluh/wuluh ini. Jom kita baca sambil menikmati gambar pokok dan buah belimbing buluh di kampungku ini yang sedang lebat berbuah... Biar sampai meleleh air liur... hehe 

Kisah Asal Usul Belimbing Buluh (Wuluh)

Pada zaman dahulu ada sebuah desa yang bernama Si Manis dan sangat terkenal dengan pokok-pokok buah-buahan yang tumbuh di desa itu semuanya berbuah manis. Desa tersebut merupakan salah sebuah desa yang sangat subur dan sangat makmur. Semua buah-buahan yang ditanam di desa tersebut sangatlah manis. Jadi masyarakat sekitar memanggil nama desa tersebut dengan nama Si Manis.

Desa Si Manis begitu indah dan setiap halaman rumah penduduknya mesti ada ditanam dengan pokok buah-buahan kerana ianya telah menjadi satu adat tradisi. Setiap penduduk yang telah menganjak dewasa harus menanam salah satu jenis pokok buah-buahan yang menjadi simbolik bahawa mereka telah dewasa dan mampu untuk berdikari. Oleh sebab itu jugalah di desa Si Manis terdapat begitu banyak pokok buah-buahan.

pokok belimbing buluhpokok belimbing buluh

Di pinggir sungai desa Si Manis terdapat sebuah pondok buruk kecil yang sudah uzur namun halamannya sungguh cantik dihiasi dengan pokok-pokok bunga berwarna warni yang sedang mekar berkembang. Pelbagai pepohon buah-buahan yang begitu banyak sekali tumbuh subur dan hijau merimbun. Semuanya tersusun indah dan dijaga begitu rapi sekali.

Di pondok buruk itulah tinggalnya seorang gadis yang cantik jelita bersama neneknya. Wuluh adalah nama gadis tersebut. Sejak Wuluh menjadi anak dara sunti, maka mulai saat itu dia amat gemar menanam pokok buah-buahan di halaman rumahnya. Kini terdapat begitu banyak sekali pokok buah-buahan di sekitar pondok kediamannya. Lebih istimewa lagi, kesemua pokok buah-buahan tersebut menghasilkan buah-buah yang besar dan mempunyai rasa yang begitu manis sekali!

Sejak ketiadaan kedua-dua orang tuanya, Wuluhlah yang menjaga dan merawat neneknya yang semakin tua dan uzur. Wuluh amat menyayangi neneknya dan setiap pokok yang ditanam. Walaupun ada pelbagai jenis buah-buahan, Wuluh amat menyukai buah belimbing. Oleh itu pokok belimbing mendapat perhatian yang lebih dan amat disayanginya.

buah belimbing buluh
Pada suatu hari, ketika Wuluh sedang menyiram tanaman kesayangannya di halaman rumah, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh dari dalam pondok.

Wuluh segera bergegas masuk ke dalam dan terlihat neneknya yang sudah rebah tidak bernyawa kerana terjatuh dari katil. Wuluh terasa amat sedih kerana neneknya adalah satu-satu orang yang paling dia sayangi tetapi kini telah pergi meninggalkannya.

Maka tinggallah Wuluh sebatang kara di pondok buruk tersebut. Kini hanya tanaman disekeling pondok itulah yang menjadi teman setianya.

Wuluh amat menyukai dan menyayangi buah belimbing sehingga hampir setiap hari dia menikmati buah tersebut. Buah belimbing itu terlalu enak dan manis. Buah-buahan yang lain dijualnya ke pasar namun tidak untuk buah belimbing.

Suatu hari, Desa Si Manis telah diserang oleh serangga perosak. Kesemua pokok buah-buahan Wuluh juga telah diserang dan menyebabkan pokok-pokok tersebut rosak dan lama-kelamaan mati. Namun begitu, hanya satu pokok sahaja yang terselamat iaitu pokok belimbing. Ini berikutan penjagaan dan rawatan rapi yang diberikan oleh Wuluh terhadap pokok kesayangannya telah menyelamatkan pokok tersebut daripada turut mati.

Wuluh begitu menyayangi pokok dan buah belimbing tersebut sehinggakan dia tidak memberikannya kepada siapapun. Tidak ada seorang pun dibenarkan mendekati pokok belimbing tersebut karana dia takut ada yang mengambil atau mencurinya sehinggalah pada suatu hari ada seorang pengemis iaitu seorang nenek tua singgah di pondoknya.

buah belimbing buluhbuah belimbing buluh

“Cu bolehkah nenek singgah sebentar untuk istirahat di bawah pokok buah ini” tanya nenek tersebut kepada Wuluh.

“Tidak ! Pokok ini milik ku dan tidak ada seorang pun yang boleh mendekatinya termasuklah kamu wahai nenek tua!” bentak Wuluh

“Hanya sebentar saja cu, nenek cuma mau berehat” pinta nenek tersebut kerana sangat keletihan.

“Itu cuma alasan nenek... sebenarnya nenek nak mengambil buah itu kan? Nak mencurilah tu!” tuduh Wuluh

“Tidak cu, nenek hanya…..” Belum sempat nenek itu melanjutkan bicaranya, Wuluh menolak nenek tersebut hingga terperosok ke lubang yang ada berhampiran pohon tersebut.

Wuluh begitu geram dan marah melihat nenek tersebut yang masih tidak mahu berganjak, lalu Wuluh melemparkannya dengan buah belimbing yang telah jatuh busuk.

buah belimbing buluh“Hanya buah busuk inilah yang sesuai untuk mu wahai nenek tua jijik!” ucap Wuluh sambil tertawa.

“Begitu jahat sekali sifat mu cu.. tak sebanding dengan rupa parasmu yang sangat cantik dan lembut. Tidakkah kamu menyedarinya cu?” ucap nenek tersebut sambil berusaha untuk bangun.

Wuluh semakin marah apabila mendengar ucapan nenek tersebut lalu terus terusan dia menyumpah seranah dan menghalau nenek tua itu.

“Ya Tuhan, berikanlah petunjuk kepada gadis ini bahawa perbuatannya sangat tidak baik dan berikanlah hukuman kepadanya agar dia menyesali akan semua perbuatannya.”  doa nenek tersebut sebelum dia berlalu pergi.

Maka senanglah hati Wuluh apabila nenek itu telah jauh beredar dan dirasakannya terselamatlah buah belimbingnya dari dicuri.

Keesokan harinya setelah Wuluh bangun, seperti biasa dia akan memetik buah-buah belimbing untuk dijadikan sarapan paginya. Namun ada sesuatu yang aneh dirasakannya. Buah belimbing yang enak dan manis itu telah berubah menjadi masam. Menangislah Wuluh kesedihan. Pada ketika itu barulah dia terkenangkan kejadian semalam. Doa nenek tua itu telah dimakbulkan.

Maka menyesallah Wuluh atas perbuatannya menuduh, menghina dan berlaku kejam ke atas nenek tua itu, namun semua telah terlambat. Kini buah belimbing yang dulunya enak dan manis telah berubah menjadi masam selama-lamanya.

Buah belimbing tersebut kemudiannya diberi nama 'belimbing wuluh' sebagai memperingati kisah Wuluh agar menjadi teladan buat kita semua. Maka, begitulah kisah asal usul belimbing wuluh yang asalnya manis telah menjadi masam dan apabila sampai ke Malaysia, sebutan 'wuluh' akhirnya menjadi 'buluh'.

buah belimbing buluh
buah belimbing buluh


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Artikel : Kisah Asal Usul Belimbing Buluh -  kisah di edit dari : Ika Blog's

21 comments - "Kisah Asal Usul Belimbing Buluh"

sitirohaida delete icon 11:17 PG

oo..begitulah ceritanya tentang belimbing buluh...
tp ia tetap sedap untuk ditambah dalam masakkan..

buat masak lemak cili api sedap nii..hehehe..

btw terima kasih atas perkongsian ini..info yg bagus.

mselim3 delete icon 12:42 PTG

Assalammualaikum.. BM,

belimbing buluh nie masak dengan asam pedas .. sedap sesangat. Terima kasih info pasal belimbing buluh nie...

mselim3

Unknown delete icon 2:40 PTG

Yalah buah ini masam kemain...tak menahan tekak cik akak nak makan..huhu...rupanya manis buah.belimbing nie dulu..tapi sekarang masam..

Suburnya pokok belimbing buluh ni...kat kg saya pun banyak pokok ni..

paridah delete icon 3:16 PTG

lebatnya buah belimbing buluh ni...kat rumah kak pun sdg berbuah lbt juga..

sodap ni masak gulai lemak ikan kering taruk belimbing buluh..pergghhh

BinMuhammad delete icon 3:26 PTG

Nasib baik belimbing buluh masam, kalau manis tentu tak sedap ditambah dlm masakan... hehe

BinMuhammad delete icon 3:27 PTG

Itu memang masakan feberet! sodap wey! :d

BinMuhammad delete icon 3:29 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Masam,masin, manis, pedas...lengkap perisanya! :)

BinMuhammad delete icon 3:31 PTG

Taklah masam sangat... Kalau cik akak makan, tetap muka manis.... :>)

BinMuhammad delete icon 3:32 PTG

Kali ni terlebih subur mungkin dapat baja dari baja sawit tu kot....

BinMuhammad delete icon 3:34 PTG

Memang tengah musim ia berbuahlah ni agaknya... Pokok tu dah tua, berpuluh2 tahun dah, kali ni lebat pula.

BinMuhammad delete icon 3:36 PTG

Adehh... terus terliur dibuatnya bro!! =p~

Unknown delete icon 5:55 PTG

bst gak baca mitos ni ... heeee . saya suka buat jeruk dgn cara taburkan gula dan garam, simpan semlman , pastu mkn buat kudapan je ...

natura delete icon 6:22 PTG

Menarik.
Apa-apa cerita dongeng boleh dijadikan tauladan untuk kita kan.
Poko pun sebenarnya berinteraksi dengan manusia.
Memahami apa yang manusia katakan.

Khir Khalid delete icon 8:58 PTG

Kat rumah arwah datuk saya ada pokok belimbing buluh ni. Pasti saya akan ttp ingat entri ni klu saya ke sana bila2 masa nanti.. menarik kisah teladan ni.. :)

kat Indonesia namanya belimbing wuluh memang teman masak ikan yang sedap

Tanpa Nama delete icon 8:46 PTG

makcik kathy suka masak tumis belimbing buluh ni. suka betul makan yg masam2...

Yana Yani delete icon 5:43 PTG

baru ni saya tahu kisah sebalik belimbing buluh
terjawab persoalan saya selama ni
kat kampung banyak tanam, dok pelik kenapa ada perkataan buluh
nak kata pokok cam buluh idak juga
nice sharing BM. buat sambal hitam sedap ni
kecur ayer liur dibuatnya =)

Fiza Rahman delete icon 11:25 PG

Owh...gittew. Ada kisah disebaliknya yerp. Tapi sedap baut gulai belimbing buluh nih.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap