Jalan-jalan Cari Makan di SirapLimau.com: Walaupun aku lebih gemar jalan-jalan cari makan di Cendol Bakar, Kuala Selangor, sesekali aku singgah juga untuk pekena Cendol Banting.
Persinggahan aku pada hari itu sedikit luarbiasa. Ramai pelanggan sedang hangat bercerita. Macam manalah aku tak perasan banner besor tu...rupanya Cendol Banting tengah promosi 'restoran' baru, tapi apa yang peliknya, ianya tak de kaitan langsung dengan cendol...iaitu Sirap Limau!
Persinggahan aku pada hari itu sedikit luarbiasa. Ramai pelanggan sedang hangat bercerita. Macam manalah aku tak perasan banner besor tu...rupanya Cendol Banting tengah promosi 'restoran' baru, tapi apa yang peliknya, ianya tak de kaitan langsung dengan cendol...iaitu Sirap Limau!
Mesti ada sesuatu yang sangat menarik dan istimewa tentang 'restoran' Sirap Limau ni! Jika tidak masakan Cendol Banting pun sanggup buat promosi. Kemushkilan dan kepelikkan semakin menarik perhatian ku. Nampaknya strategi beliau berjaya memikat aku.
SirapLimau.com.... 'restoran' yang perlu aku singgah! "Segar lagi menyegarkan!" bak menghirup air sirap limau ais yang sejuk... masam-masam manis, tagline yang pasti menambat keinginan sesiapa sahaja, kecur air liur dibuatnya...
SirapLimau.com.... 'restoran' yang perlu aku singgah! "Segar lagi menyegarkan!" bak menghirup air sirap limau ais yang sejuk... masam-masam manis, tagline yang pasti menambat keinginan sesiapa sahaja, kecur air liur dibuatnya...
SirapLimau.com |
Keinginan akhirnya membawa kepada persinggahan jalan-jalan cari makan pertama ku di SirapLimau.com. Cukup pantas untuk akses kesini, satu kelebihan! Warna rona biru tua dan muda serta putih menghiasi segenap ruang 'restoran' ini menyapa kedatanganku dengan kelembutan. Tidak terlalu menyerlah namun menyegarkan. Dekorasi yang simple sedap mata memandang tetapi terasa juga sedikit kekosongan...hmmm, setiap orang berbeza citarasanya.
Duduk seketika sambil melihat sekeliling. Pertama sekali tentulah mataku tertumpu terus pada menu. Berkali-kali juga aku membelek, cuba mencari dan ingin sekali mengenali taukeh SirapLimau.com ini serta tarikh kewujudannya. Tapi malangnya tidak ditemui. Berahsia sungguh tuan 'restoran' ini. Disini tidak banyak pilihan, hanya dua menu utama menjadi hidangan istimewa disini iaitu kisah rumah tangga dan kehamilan.
Hidangan di SirapLimau.com
kisah rumah tangga - SirapLimau.com |
Order dipesan, menu kisah rumahtangga menjadi pilihan pertamaku. Pelbagai hidangan yang segar, pelbagai citarasa serta ekslusif, tidak dapat dinikmati dimana-mana. Mungkin hidangan agak klise tetapi itulah realiti kehidupan. Ianya dapat memberi pengalaman, iktibar, inspirasi serta panduan tentang asam garam serta pahit manis kehidupan berumah tangga dan berkeluarga.
Hidangannya enak tapi terlalu segar dari ladang. Mungkin ianya akan kelihatan lebih menarik dan enak lagi jika diolah dan diedit dengan tambahan sedikit perisa dan teknik hiasan agar menjadi sebuah hidangan yang bertaraf profesional dan berkualiti. Selesai menjamah beberapa hidangan ini, aku tersandar seketika. Kering tekak mula terasa, hatiku mula berkata, "Alangkah leganya andai dapat menikmati air sirap limau ais sebagai penyegar selepas setiap hidangan."
Bukankah itu yang sewajarnya?...bertepatan dengan nama dan tagline 'restoran' ini. Jika setiap hidangan disertakan dengan sedikit pandangan, menjawap persoalan atau mutiara kata sebagai kesimpulan dari tuan punya SirapLimau.com pasti dapat melengkapkan setiap hidangan dengan sempurna. Ianya juga akan menjadi trademark/singnature dish yang tersendiri disetiap hidangan yang dihidangkan di SirapLimau.com.
Kisah Kehamilan dan Bersalin |
Jika perlu jemputlah Master-master Chef yang terkenal untuk menyediakan hidangan istimewa disamping ulasan-ulasan mereka terhadap hidangan yang disediakan. Ianya bukan sahaja dapat meningkatkan lagi kenikmatan dan kualiti hidangan tetapi juga satu promosi berkesan agar mudah dan cepat 'restoran' SirapLimau.com ini dikenali ramai.
Air sirap limau disukai oleh semua orang tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, tidak kira juga bangsa dan darjat ...oleh itu aku syorkan agar jangan dihadkan, perbanyakkan menu agar dapat menarik lebih minat dan selera yang menjadi pilihan untuk setiap golongan ini.
Utamakan Layanan dan Kehendak Pelanggan
Air Sirap Limau |
Aku teringin juga menjadi pelanggan setia, namun tiada keahlian (google follower) ditawarkan. Mujur jugalah boleh mengetahui hidangan terbaru yang ditawarkan melalui SirapLimau Facebook. atau langgan melalui e-mail.
Tidak banyak komen disetiap hidangan. Mungkin masih belum ramai yang singgah. Namun sebaiknya setiap komen dibalas agar ada interaksi dua hala. Barulah boleh terasa layanan mesra dengan pelanggan dan menarik minat mereka untuk menjadi pelanggan setia.
Tidak banyak komen disetiap hidangan. Mungkin masih belum ramai yang singgah. Namun sebaiknya setiap komen dibalas agar ada interaksi dua hala. Barulah boleh terasa layanan mesra dengan pelanggan dan menarik minat mereka untuk menjadi pelanggan setia.
Jom! ke SirapLimau.com
Jika anda chef berbakat dan berpengalaman, mempunyai hidangan istimewa berkaitan perkongsian pengalaman, masalah rumahtangga atau mengenai kehamilan dan mahukan ianya dijadikan hidangan di 'restoran' SirapLimau.com agar dapat dinikmati oleh ramai orang, anda boleh sahaja berbuat demikian. Hubungi SirapLimau.com di SINI.
Apa yang aku maksudkan 'restoran' disini adalah sebuah Blog...Ya! Blog SirapLimau.com. Sekarang ini, SirapLimau.com masih dalam rangka promosi, ada contest dengan hadiah utama RM600.00 menanti. Lakukannya sebelum 31 Jan. 2014. Sila jalan-jalan cari makan di Cendol Banting untuk keterangan lebih lanjut.
p/s: Semoga review ini dapat sampai maksudnya. Kalau tidak pun pandai-pandailah mentafsir apa yang tersirat...
Author by Bin Muhammad
61 comments - "Jalan-jalan Cari Makan di SirapLimau.com"
menarik sungguh promosi BM ni...
mmg berhak memang ni BM.
gud luck..
shark sokong entry ni untuk ke Universal Studio.
Terima kasih Shark... Sekadar meluangkan masa dihujung minggu.
Jom lah join!
sirap limau memang sedap
tengahari ini nak cari sirap limaulah.. all the best BM.. :D
kreatifnya entri ni, sampai puteri pun tertarik nak ke menikmati menu di sirap limau. Good luck BM :)
Saya ingatkan restoran betul-betul. Tapi, bila sampai dekat menu yang ditawarkan timbul kepelikkan pula pada saya. Baca sampai habis, memang muka berkerut masam setelah pekena sirap limau BM. Hebat sungguh penangan entri ni. Semoga berjaya BM.
sama-sama berkongsi keriangan di sini ya....
sedapnye sirap limau..telan air liur bila terbaca nama tu
all d bez BM. USS tuuu..beznye klo dpt pg
haha..
terima kasih kerana sertai contest review sirap limau. nanti aku update senarai peserta ye.
Assalam
Jika saya singgah di Restoren tersebut mungkin saya akan pesan Sirap Limau Ais.
Terima kasih Tuan BM kerana infokan alamat FB SirapLimau.
Semoga berjaya.
Assalamualaikum...Review drp anda amat tepat sekali. Moga menjadi pilihan sbg pemenang. Ada masa jom terjah entri saya juga.
Contest Review Siraplimau.com
terbaiklah review BM,... gud luck ye BM...
Kreatif! Tapi betulkah 'restoren' di eja macam tu, bukan ke ejaannya macam ni 'restoran'? Maaf atas kekhilafan.
Terima kasih diatas teguran...saya pun tak perasan kesilapan ini. Akan diperbetulkan. Terima kasih :)
Ni contest ke..nway good luck ya BM...
mmg sedap air sirap limau kalau pekene tengah hari yang membahang..huhuhu all the best bro :)
suspen betullah entri ni hahhaha...
nampaknya nak kena singah juga kat situ..cam menarikkkk je
salam. dah lama x minum sirap limau..........
Entri yg sgt menarik.. tak tahu kenapa bila baca jadi lapar pulak.. terbayangkan hidangan2 yg panas2 & pedas dibilas dgn sirap limau ais.. pehhh... menyengat!!
Semoga BM terus sukses.. :)
saya mati-mati ingat restoran betul
dah start rasa pelik dok baca part menu
hehe...dahsyatlah BM ni
saya doakan kemenangan itu milik BM
all the best =)
agak kreatif dengan teknik penulisan ini..tahniah
Masam-masam manis...tentulah sedap :)
Terima kasih Aiza, hadiah lumayan sekali...joinlah sekali :)
Ye ke sampai begitu sekali... Kalau macam tu, saya belanje,,,Jom ke SirapLimau.com :)
Terima kasih cikgu... Kesian, sampai berkerut tu...hehe
Riang ria dihujung minggu :)
Memang best kalau menang...Segalanya ditanggung. Masuk USS free, pergi pun free + duit poket sekali. Jom lah join contest ni!
Ketawa lain macam jer... haha..
Thanks, sebab terima penyertaan.
Jangan tersalah faham pula ye Mahmud... :)
Terima kasih MKL
Waalaikumsalam..
Terlalu subjektif...pilihan ditangan juri. Semoga anda juga berjaya menjadi pemenang. Terima kasih krn sudi singgah.
Terima kasih Mama... Tak teringin nak mencuba ke?
RZ perlu sertai...Hadiahnya memang Kebabom!!
Thanks ye.
Sirap limau kegemaran ramai... Jom lah pekena sekali, mana tau boleh menang hadiah :)
Mari lah singgah...dan join kontes sekali, ada rezeki mungkin menang. :)
W'salam Abe Kie... Jom kita minum sirap limau dan sertai kontes ni :)
Terima kasih Khir. Marilah join kontes ini...mungkin rezeki anda boleh pergi USS percuma. :)
Terima kasih Yana, mencuba sudah...kalau ada rezeki, adalah...
Tak nak cuba juga ke?
Terima kasih KB... Kontes yg KB juga perlu sertai!
kathy di perdayakan..tapi memang kebabom cara BM buat entri...jempol..
Okeh...dah boleh kalahkan artikel blog Pondok Kecil..hehe..gud luck bro..selamat maju jaya..hehe..
Tak dapat kesana kita buat sendirilah sirap limau kat rumah..hihi..
Satu kelainan pada review ni.
Tak berniat nak kenakan...hehe
jempol tu ape maknanya?
Mana boleh lawan PK...saya hanya mentimun.
Selamat maju jaya buat PK...semoga berjaya.
Nampaknya begitulah...hehe
Terima kasih Bunda :)
Saja mencuba....ada rezeki adalah....
Terima kasih sudi jalan2 cari makan disini. :)
sangat menarik,....gud luck ya...
Terima kasih AhkakGojes... :)
Betullah confuse mak tau....mula mula cendol, lepas tu sirap limau tetiba ada orang tgh beranak...............haha ingatkan betul betul restoren !
Hahaha...OKje lawaklah! Gelak sakan dibuatnye!
Lepas ni pi makan cendol budak depan rumah tu ye...hilang confuse :)
Hahhaah..makin ku baca, makin pelik..apakah? Telah ku telan air liur kerana terbayang sirap limau masam yang segar lagi menyegarkan... rupa-rupanya....hmm.. Terbaekk. .
Wahhhh...sedap manis masin masam sume ada lah...Menepati kehendak customer.
Review yang menarik , akak suka sangat.
Selamat berjaya :)
Rupa2nya cempedak dah jadi nangka...
Doakan menang ye..hehe
Terima kasih...harap2 tak terlalu masam...hehe
Selamat berjaya juga buat akak.
all da best dear..review yang menarik..i doakan u berjaye k ;)
Vitamin Ibu Berpantang
terbaek jugak hang punya review..
Contest SEO Car Stickers Malaysia
Kalau tengok entri ni memang kreatif habis. Boleh menang ni. INSYA ALLAH. :)
layanan diorang tuu mmg aku nampak gak, agak kurang mesra
Contest review siraplimau.com
Nice info...
http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5932
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”