بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Orang Melayu Terkaya Di Malaysia 2015 : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun Bangsa Melayu tidak menjadi orang yang paling kaya di Malaysia 2015 namun kekayaan segelintir dari mereka ini wajar dibanggakan.
Kekuatan serta kecekalan mereka untuk bersaing dengan bangsa lain bagi menguasai sebahagian dari kekayaan dan kemakmuran ekonomi di negara sendiri seharusnya menjadi contoh buat kita semua.
Mengikut senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia 2015 yang dikeluarkan majalah Forbes; Berikut adalah senarai sembilan Orang Melayu terkaya yang mampu berada di dalam senarai tersebut :
Kekuatan serta kecekalan mereka untuk bersaing dengan bangsa lain bagi menguasai sebahagian dari kekayaan dan kemakmuran ekonomi di negara sendiri seharusnya menjadi contoh buat kita semua.
Mengikut senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia 2015 yang dikeluarkan majalah Forbes; Berikut adalah senarai sembilan Orang Melayu terkaya yang mampu berada di dalam senarai tersebut :
9 Individu Melayu Terkaya Di Malaysia
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC Corp & DRB-Hicom) : AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion) - ke 8 keseluruhan
- Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) : AS$865 juta (RM3.11 bilion).
- Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin (SapuraKencana Petroleum Bhd) : AS$860 juta (RM3.10 bilion).
- Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (Weststar Aviation) : AS$740 juta (RM2.66 bilion)
- Tan Sri Mokhzani Mahathir (Khasera Baru) : AS$700 juta (RM2.52 bilion)
- Ahmayuddin Ahmad (Westports Holdings) : AS$600 juta (RM2.16 bilion).
- Datuk Kamarudin Meranun (AirAsia Bhd) : AS$540 juta (RM1.94 bilion).
- Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings) : AS$255 juta (RM918 juta).
Nilai jumlah harta terkumpul keseluruhan : AS$7.46 bilion (RM26.85 bilion)
Walaupun dengan jumlah nilai terkumpul harta sembilan Orang Melayu terkaya di Malaysia, ianya baru melebihi separuh dari harta orang No. 1 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok (PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International) iaitu sebanyak AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion).
Malah jumlah keseluruhan tersebut masih belum mampu memintas jumlah nilai harta orang kedua terkaya di Malaysia iaitu T. Ananda Krishnan (Astro dan Maxis) dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion (RM34.9 bilion)
Bukankah sepatutnya Bangsa Melayu yang sepatutnya menjadi bangsa yang paling kaya di tanah asal mereka sendiri? Fikir-fikirkanlah...
10 individu terkaya di Malaysia 2015 |
10 individu terkaya di dunia 2015 |
Walaupun kekayaan dunia hanya sementara namun ianya adalah satu kewajiban untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
p/s : Dapat masuk senarai Malaysia Best Blog 2015 pun dah bertuah sesangat...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
24 comments - "Senarai Orang Melayu Terkaya Di Malaysia 2015"
agak² kita boleh berada di dalam senarai tu tak ek!!.hehehe..mimpi je..
hbat dorang ni..boleh dijadikan contoh utk berjaya..
Tan Sri Syed Mokhtar nie dia banyak tolong orang.... tula orang cakap...makin banyak kita keluarkan untuk kebaikan..makin banyak yang masuk...
sepatutnya kita berbangga dgn kekayaan yg dimiliki org kita yg disenarai forbes tapi mengecewakan pula walau dikumpul seluruh kekayaan rangkaya itu xmenyamaipun billionaire astro tu ya...nampaknya bumi n langit kita dimanipulasi kekayaannya pedagang2 yg berdagang ini...biasanya gitu jadinya.
Adakah orang Melayu terlalu selesa dengan kehidupan dan tanah yang dimiliki walaupun semakin banyak geran tanah beralih tangan kepada orang bukan melayu?
Tidak mustahil... Tapi kena ada usahalah... :d
Ya... mereka boleh dijadikan contoh utk menjadi kaya di dunia :)
Tidak dinafikan... Semoga beliau terus menggunakan kekayaan beliau utk membantu sesama umat Islam.
Memang kita berbangga tapi masih belum mampu untuk berbangga sepenuhnya... :-?
Mungkin betul juga? Hmmm... :-?
Semoga deme membantu orang Melayu yang lain.
jauh bezanya antara no.1 dan no.2 tu
Untung jadi org kaya..
kemiskinan ujian kekayaan pun ujian , di hari kemudian orang miskin akan lebih cepat masuk surga dari orang kaya
tapi aku pasti dia nak dapat posisi terkaya pun hebat jatuh bangun sebelum dapat merasa title org terkaya tu
Bilalah nak kaya mcm dia org ni.. esok kot... aamiin.. :)
saya cari nama saya, tak ada. pelik
pastu barulah terpandang, senarai orang terkaya...patutlah! hehe
mana nak paham tu, pahamlah
yang pasti saya tak suka orang pertikai hak orang melayu
Kayanya mereka. Harap² Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dapat jadi orang terkaya pertaman di malaysia.
Kamal asnWi pling kaya.usd20 trillion
x smestinya org miskin dlu masuk syurga. Org kaya yg baik akn masuk syurga jauh lebih dulu dari org miskin yg jahat. kesimpulannya baik buruk amalan kita la yg menentukan kita ni baik atu jahat. bukannya miskin atau kaya.
Setuju... :)
Jom kita kayakan diri dengan amal & ibadat, itulah manusia yang paling kaya sebenarnya!
Orang melayu juga yg kayakan bukan melayu.. Astro..maxis..semua pengguna nya majoriti melayu...orang melayu mana kesah itu produk melayu ke..bukan melayu ke.. Tapi respect bukan melayu, mesti guna produk bangsa dia..sebab tu bangsa dia lebih kaya..lebih berjaya..melayu eksen je lebih
Mengapa kekayaan non-Malay melebihi Malay? Sebab mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan keuntungan selagi mereka mampu. Jangan rasa cemburu kerana mereka juga berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan tidak mapu dicapai dalam sekelip mata.
Orang Melayu KAYA dengan sopan santun dan budi bahasa...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”