بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sentiasa Bersangka Baik Dan Elakkan Fitnah: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kadangkala kita sering salah faham dengan sikap atau pun tindakan seseorang. Sama ada ianya berlaku perubahan yang ketara atau pun sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh sesorang itu.
Namun ianya hanyalah dari pandangan mata kasar dan pendapat peribadi kita tanpa mengetahui akan sebab dan situasi yang sebenar tetapi kita terus membuat kesimpulan atau tindakan.
Tambahan pula kita ini berada di akhir zaman di mana tohmahan dan fitnah amat berleluasa. Amat sukar sekali untuk menilai akan kebenaran dan kesahihan sesuatu cerita. Diburukkan lagi dengan teknologi media sosial yang tanpa sempadan dan batasan telah menyebabkan penyebarannya cukup pantas serta meluas.
Jangan sesekali kita terpedaya dan hampiri fitnah kerana ianya kesalahan besar dan amat berat hukumannya,
Namun ianya hanyalah dari pandangan mata kasar dan pendapat peribadi kita tanpa mengetahui akan sebab dan situasi yang sebenar tetapi kita terus membuat kesimpulan atau tindakan.
Tambahan pula kita ini berada di akhir zaman di mana tohmahan dan fitnah amat berleluasa. Amat sukar sekali untuk menilai akan kebenaran dan kesahihan sesuatu cerita. Diburukkan lagi dengan teknologi media sosial yang tanpa sempadan dan batasan telah menyebabkan penyebarannya cukup pantas serta meluas.
Jangan sesekali kita terpedaya dan hampiri fitnah kerana ianya kesalahan besar dan amat berat hukumannya,
"Kelak kamu akan dapati (golongan-golongan) yang lain, yang bermaksud supaya mereka aman dari pada kamu dan aman (pula) dari kaumnya. Setiap mereka diajak kembali kepada fitnah (syirik), merekapun terjun kedalamnya. Karena itu jika mereka tidak membiarkan kamu dan (tidak) mau mengemukakan perdamaian kepadamu, serta (tidak) menahan tangan mereka (dari memerangimu), maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dan merekalah orang-orang yang Kami berikan kepadamu alasan yang nyata (untuk menawan dan membunuh) mereka." - Surah An-Nisa (4) : 91
Tindakan Tidak Membuktikan Kebenaran
Mungkin anda pernah mendengar kisah ini, ianya adalah contoh kisah teladan terbaik dalam mencari makna sebenar untuk kita sentiasa bersangka baik dan mengelak dari memfitnah...Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian. Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.
Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya, "Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua murid menjawab, "Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya, "Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
Cikgu itu terkejut, lalu bertanya, "Awak pernah dengar cerita ini ke?"
Budak itu menggelengkan kepalanya, "Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
Cikgu kemudian menyambung, "Tepat! Itulah jawapannya."
Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.
Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.
Ayah mereka menulis, "Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi. Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disebaliknya yang sukar untuk difahami.
Bersangka Baik Dan Positif
Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu... Jangan sesekali menuduh perbuatan mereka salah atau silap tanpa mengetahui perkara dan situasi sebenar ketika itu.Begitu juga sebagai seorang blogger, kadang kala kita lihat dulu mereka baik, rajin dan mesra tetapi kini semakin senyap dan menyombong... tetapi bukan niat mereka untuk bersikap sedemikian kerana pasti ada sesuatu yang membataskan aktiviti mereka.
Sentiasalah bersangka baik dan elakkan fitnah kerana tidak ada ruginya kerana berfikiran positif itu lebih membawa ketenangan dan dapat mengelak dari berlakunya kesilapan serta permusuhan.
Saling Nasihat-Menasihati
Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati dan nasihat-menasihati kerana kita semua mudah terleka dan lalai... Jangan jemu menerima nasihat kerana tanpa nasihat kita akan mudah alpa dan tersesat.
Nasihat diberi bukan kerana kita pandai atau hebat tetapi ianya adalah satu kewajipan sebagai tanda kasih dan sayang sebab ianya bukan hanya untuk orang lain tetapi juga untuk diri sendiri...
Nasihat diberi bukan kerana kita pandai atau hebat tetapi ianya adalah satu kewajipan sebagai tanda kasih dan sayang sebab ianya bukan hanya untuk orang lain tetapi juga untuk diri sendiri...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
11 comments - "Sentiasa Bersangka Baik Dan Elakkan Fitnah"
dan jauhilah prasangka buruk sesungguhnya prasangka buruk itu adalah perbuatan tercela
SEBELUM MENGADILI TIMBANG DULU N SEBAIKNYA XBERPRASANGKA, SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF.
Hati manusia ni sukar ditafsir. Kita semua juga tidak ada kuasa utk mentafsir hati seseorang. Jadi sebaiknya didik hati kita semampu boleh. Bila tersedar dari terlajak segera berpatah balik.
Memang wajib berprasangka baik walaupun kekadang apa yang kita nampak tu menampakkan makna disebaliknya...
Betul sekali..mestilah bersangka baik selalu sebelum dapat dibuktikan kesalahan individu itu. walau bagaimanapun wajib juga seseorang mengambil langkah-langkah berjaga-jaga walaupun niat bersangka baik itu telah diletakkan
betul tu..dont judge a book by a cover..tapi selalulah berhati-hati..
fitnah memang bahana yang buat masyarakat akhir zaman...tapi bro dalam al-quran makna fitnah tidak sama macam makan fitnah dalam bahasa Melayu...cuba bro cari 11 makan fitnah yang terdapat di dalam al-quran
Cerita yang sangat menyentuh.
cerita tu buat saya nak menangis! sat ambik tisu...
anyway, dunia hari memang begitu
saya sendiri mencuba mendidik diri sendiri bersangka baik
jujurnya, susah! adeh, nak menangis lagi!
Ya.. sbg insan kita perlu bersangka baik. Dgn keizinan Allah, pasti perkara yg baik2 jua yg akan dikurniakannya walaupun kita berhadapan dgn ujian kehidupan. In shaa Allah, akan sentiasa menjaga diri ini utk terus bersangka baik. T kasih atas perkongsian dan peringatan ini sahabat ku.
Mekasih atas perkongsian dan peringatan BM.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”