بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Perkhidmatan ping apesal.com ini adalah percuma. Sejak menggunakannya, Apesal.com tidak pernah berubah format, masih menggunakan kaedah manual untuk menghantarkan (submit) entri anda. Agak leceh juga kerana banyak ruangan yang perlu diisi. Hanya 2 entri dibenarkan submit dalam satu hari.
Ia juga mewajibkan anda untuk meletakkan widget apesal.com sebagai exchange entri kerana melaluinya exchange ratio akan dikira dan jika ianya melebihi 300 peratus, maka anda tidak lagi dibenarkan untuk submit entri dan perkhidmatan apesal.com ini pun berakhir.
Sekarang, blog ini sudah mencapai tahap 300 peratus, walaupun boleh bayar untuk menurunkan exchange ratio namun cukuplah sampai di sini sahaja menggunakan perkhidmatan apesal.com ini.
Pengalaman Menggunakan Ping Apesal.com
Perkhidmatan ping apesal.com ini sangat berkesan untuk menaikkan trafik blog malah blog terkenal denaihati.com dan kujie2.com juga menggunakan perkhidmatan apesal.com ini. Bagi blogger baru, anda disyorkan menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan serta menaikkan trafik blog anda.Dari data simpanan entri blog ini yang pernah di submit ke apesal.com, jumlah trafik yang telah diterima sangat memuaskan.
![]() |
Entri pertama yang di submit ke apesal.com (Nov 2012) |
![]() |
Entri terakhir yang di submit ke apesal.com (Jun 2014) namun trafik yang diterima berterusan sehinggalah exchange ratio mencecah 300% pada pertengahan bulan ini. |
![]() |
Entri hits tertinggi blog ini di apesal.com yang telah membawa sebanyak 3,258 organik trafik |
Melalui data Blogger Stats ini pula membuktikan bahawa apesal.com adalah satu perkhidmatan ping yang sangat cemerlang. Dari data Reffering Site menunjukkan bahawa apesal.com berada di tempat ketiga di bawah enjin carian google dalam memberi trafik tertinggi sepanjang masa kepada blog ini!
Bukti telah jelas nyata! Sebab itu jika ada blogger yang mahu menggunakan perkhidmatan ping apesal.com, anda amat digalakkan!
![]() |
Relaks Minda Blogger Stats - Referring Sites |
Selamat Tinggal Apesal.com dan Terima Kasih
Apesal.com amat berjasa dalam mempromosikan, meluaskan jaringan serta meningkatkan trafik di saat bermulanya langkah perjalanan blog ini. Sudah tiba masanya untuk berdiri di atas kaki sendiri... (ayat alasan tak mengalah...huhu). Semoga perkhidmatan ini akan berterusan dalam membantu blogger-blogger baru. Diharapkan juga apesal.com akan mempertingkatkan perkhidmatannya agar lebih mudah, canggih dan terkini yang selari dengan arus perkembangan masa kini.Walau pun tanpa apesal.com, tidak bermakna blog ini langsung tidak menggunakan perkhidmatan Ping Aggregator lain. Blog ini masih menggunakan ping Busuk.org, Blogged.my dan Blogr.my, selain daripada ping ke media sosial seperti G+, Facebook, Twitter, LinkedIn dan lain-lain. Aktiviti Ping ini masih penting sebagai salah satu teknik asas untuk meningkatkan authority entri dan SEO.
Terima kasih apesal.com... Jasa mu dikenang...
![]() |
Widget Apesal.com... dalam kenangan... |
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
27 comments - "Terima Kasih Perkhidmatan Ping Apesal.com"
Assalamualaikum..lama sungguh saya tak Blogwalking...Saya baru tahu tentang Apesal.com ni, walaupun dah agak lama blogging..huhu
BARU TAHU NI..BAGUS GUNAKN KHIDMAT APESAL.COM NI UTK TINGKATKN TRAFIK YA...BOLEH DICUBA.
Banyak lagi laman ping terbaik di Malaysia. Cuma kalau ping secara manual tu yang agak leceh..
Waalaikumsalam... Selamat kembali Zila :)
Kehadiran anda sentiasa dinanti...
Akak cubalah... ianya antara perkhidmatan Ping Entri yang memberikan hasil terbaik
Itulah... apesal ni hasilnya terbaik tapi perlukan peningkatan agar tidak perlu lagi submit secara manual.
dah lama tak singgah sini...
dah tahu cerita pasal apesal... boleh lah daftar pulak
Bagus juga trafik yang diberikan melalui Apesal.com ni. Jauh lagi tinggi dari pingbusuk. Thanks BM sebab rekomenkan ping aggregator ni.
Apesal aku tak tahu pasal Apesal.com ni? TQ buat entri ini. Bolehlah cuba cari pasal. Ops, Apesal.com
Menarik BM.. cuma nak ping manual tu je yg kdg2 ada yg rasa leceh. Tp klu nk yg bagus tak bolehlah rasa leceh2 mcm tu kan. Thanks sharing.. :)
aku cuma guna blogr.my unutk ping..selainnya ping dekat search engine dan laman sosial
pernah guna dulu tp leceh la sbb kena buat secara manual..
Zumal pun nak try guna juga apesal nie ^^
Assalammualaikum... BM,
dulu mselim3 pun pernah guna apesal.com nie..
mselim3
Sesuai sangat Ïlmu Dikongsi Bersama"...
banyak ilmu yang kak dapat dari entry ini..
tq kerana berkongsi:-))
Bila baca entri BM ni barulah kakak tahu tentang apesal.com ini.
Kakak memang tak pernahnya menggodek sana-sini
Itulah realitinya... Kalau mahukan trafik, saya amat rekomenkan ping apesal.com ini
Macam mana boleh kena banned tu! Rugilah...sebab ping busuk juga terbaik memberi trafik! Mesti sebab cik akak wangi kut... hehe
Silakanlah kalau kalau nak cari pasal... hehe
Tidak menafikannya...Memang agak leceh tapi... kalau denaihati.com pun guna, sudah tentu banyak kelebihannya!
Blog BL dah hebat...tak perlu guna ping tradisional macam ni... hehe :d
Apesal dot com?baru tahu kewujudannya..thanks BM..
kathy belum pernah ping kat sini lagi..
tahniah...dulu pernah juga post dekat apesal....sekarang tak lagi...xsempat nak post dah...huhu..
Pengalaman yang sungguh menyenangkan
saya baru tahu pasal ni
boleh cuba ni
Apesal saya baru tau pasal Apesal.com nih...hehehe...Ok...nak register lah.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”