بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lesung batu atau mesin pengisar (blender)? Itulah pilihan para suri rumah untuk salah satu tugasan penting ketika di dapur untuk menyediakan masakan dan makanan.

Walaupun blender menjadi pilihan yang paling mudah dan senang namun lesung batu tidak boleh dilupakan. keenakan dan kenikmatan rasa makanan yang ditumbuk menggunakan lesung batu tidak dapat ditandingi. Kenapa ianya lebih sedap?

Satu persoalan yang agak sukar dijawab.... ada pelbagai kemungkinan namun kesemuanya tidak akan dapat memberi jawapan yang tepat.

Aku, Blender Dan Lesung Batu
Inilah lesung batu kesayanganku

Aku Dan Lesung Batu

Bagi aku dan wife, selain dari faktor kesedapan rasa, menggunakan lesung batu ini lebih mudah... Walaupun ramai yang kata, "Susah dan malas nak guna lesung batu ni" Sebabnya:
  1. Senang dicapai tanpa sebarang persediaan untuk menggunakannya
  2. Kuantiti yang sedikit (makan berdua jer)...tak berbaloi nak guna blender
  3. Bahan yang ditumbuk tidak terlalu hancur dan sebati... lebih menarik dan enak!
  4. Senang nak dibasuh.
  5. Jimat masa, elektrik dan sedikit senaman tangan...hehe
Tapi kalau terpercik masuk ke mata... Parah! Memang buta seketika! Namun begitu, sesekali tetap akan terpaksa juga menggunakan blender kalau kuantiti masakan tersebut banyak... Tak lalu nak menumbuknya! Lagipun lesung batu kami kecil jer saiznya!

Boleh dikatakan, kalau dekat kawasan perumahan ini, kami sahaja kot yang guna lesung batu... sebab kat rumah lain tak pernah dengar bunyi pun orang menumbuk guna lesung batu! Maklumlah... Bunyi saja... sesiapa pun boleh kenal!

Kenangan Bersama Lesung Batu

Sebelum ini, masa kami nak pindah rumah ke rumah sekarang ini, jiran sebelah berkata, "Hmmm... lepas ni tak dengar lagilah bunyi lesung batu". Memang kata-kata itu menjadi ingatan sehingga kini tatkala lesung batu kami berbunyi...

Satu lagi yang menarik tentang lesung batu ni adalah ketika kami mendapat sebuah lesung batu sebagai hadiah perkahwinan! Saiznya besar! Dekat 10 inci! Tergelak besar kami masa tu... Ingatkan ada yang saja nak pedajal bagi hadiah batu sebab berat sangat kotaknya. Tapi pada masa yang sama aku juga mendapat hadiah tiga buah blender!

Lesung batu tu kami tinggalkan saja kat kampung sebab besar sangat... Kami nak tumbuk apa! Kalau bergaduh...teramat bahaya!!! hehe... Makanya beli yang baru untuk kegunaan kami. Tapi kini, setiap kali kenduri kat kampung, lesung batu tu amat berguna.

Itulah secebis kisah aku dan lesung batu. Sedari kecil lagi memang membesar dengan makanan yang ditumbuk dengan lesung batu. Dulu-dulu manalah ada blender. Letrik ada pun masa aku dah darjah 3 atau 4 (lupa dah). Orang kaya jer guna blender ni dulu.

Lesung batu atau blender...masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi aku ler... sesebuah rumah itu kalau tak ada lesung batu bagaikan tidak lengkap peralatan dapurnya. Kecualilah kalau rumah tu tak ada dapur... hehe...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


22 comments - "Aku, Blender Dan Lesung Batu"

mselim3 delete icon 1:29 PTG

Assalammualaikum... BM,

lesung batu masih relevan' mselim3 kalau buat sambal belacan ... sedap kalau tumbuk berbanding blender...

mselim3

saya paling suka lesung batu!! betul..ape pun semua saya ketuk pakai lesung batu baru sedappp ;)

paridah delete icon 2:19 PTG

walau ada blender tapi lesung batu tetap berguna juga...sambal belacan xdiblend utk mkn keluarga kecuali utk kenduri bsr.

Sue Izza delete icon 2:33 PTG

saya memasak tak leh tak de lesung,walau ada blender penting wooo..belum kawin tapi abah dah hadiah kan lesung satu sebab suka memasak

sebelum kawin rajin blenddd je sume benda, lepas kahwin dapat husband yang rajin makan sambal, dekat-dekatkan diri dengan batu lesung ni. Sambal pun lebih ummph!

Setiap bulan wajib warded sebab Asma Kronik

muliani delete icon 3:48 PTG

wahh lesung batu. smua org menggunakannya

BinMuhammad delete icon 5:35 PTG

Waalaikumsalam...
Sambal belacan kalau tak guna lesung batu, memang kurang 'kick' :)

BinMuhammad delete icon 5:37 PTG

Betul tu, kalau tak ade rasa batu... tak sedap...hehe

BinMuhammad delete icon 5:38 PTG

Sama lah... kalau sendiri atau sekeluarga, mesti nak menumbuk juge...
Kalau tak, mesti ada yg komplen!

BinMuhammad delete icon 5:40 PTG

Bertuah jejaka yang dapat Sue! Bukan senang nak cari wanita yg suka memasak sekarang ni... :)

BinMuhammad delete icon 5:42 PTG

Bila dah berumahtangga...kenalah juga ikut selera suami kan...
Yg penting bahagia dan ummph!

BinMuhammad delete icon 5:44 PTG

Rasanye.... Bukan semua orang... :>)

Pakcik Kantin delete icon 10:52 PTG

tak semua benda sesuai di blender.lesung batu masih relevan

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-terselamat-dalam-kebakaran.html

HAMIDIsP delete icon 10:52 PTG

Walhal, orang rumah SP pun masih dan suka sangat guna lesung batu berbanding blender..

Zfarina delete icon 11:57 PTG

Lesung batu best sebab rasa makanan yang dimasak tu lain dari kisar dengan blender,,,

Khir Khalid delete icon 11:07 PG

Saya ada sejarah hitam dengan lesung batu.. masa kecil, pernah penumbuk lesung tu jatuh terkena ibu jari kaki kiri saya.. aduii.. cagu jadi kuku ibu jari tu huhu.. :D

Tanpa Nama delete icon 12:38 PTG

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. benda wajib ada di dapur KA ni hehehe

natura delete icon 6:03 PTG

Besar nya dapat hadiah lesung batu.
Sebenar masak kalau semua ramuan ditumbuk lagi sedap dan terasa 'kemanisan' ramuan tue berbanding pakai blender.
Tapi nak cepat dan mudah mmg blender la.
Hihi

Tanpa Nama delete icon 11:10 PTG

memang suka guna lesung batu. blender masa tertentu je guna.

Fiza Rahman delete icon 3:43 PTG

Adoiiiii...tumpang gelak bila baca. Tapi lagi best pakai lesung batu dari blender.

sambal belacan gun blender ... x sedaaappp....
guna lesung batu baru sedap

Lesung batu ni byk kegunaan.... selain tuk masak.... jadi tukul paku.... tuk ketuk sepit ketam..hahhaha.... pengasah pisau... aaiiisshhhh..macm2 lagi selain tuk tumbuk cabai burung tuk masak gulai lemak tempoyak... peehhhh..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap