بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Teknik (Menulis) Penulisan Ayat Jualan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Orang lelaki ni memang diberi kelebihan kalau bab-bab ayat mengayat dan memikat. Namun mengayat untuk menggoda wanita tu memang pakar tapi bagaimana kalau nak menggoda pembeli? Rasanya... Wanita lagi pakar kot! Betul tak?

Mengayat dan menggoda bukan sahaja perlukan mulut yang manis. Sebagai seorang blogger, setiap kali entri diterbitkan, sudah tentu ada gaya dan teknik penulisan yang mempersonakan untuk menjadi tarikan pembaca agar terus melekat membaca.

Bayangkan jika penulisan di sebuah blog peribadi umpama sebuah buku sains dan matematik yang tiada bunga-bunga bahasa, hanya "straight to the point", mesti ianya kelihatan pelik dan bagaikan tiada jiwa dan interaksi... tapi yang pasti, robot enjin carian amat menyukainya!

Begitulah pentingnya teknik penulisan dengan gaya bahasa yang memikat dan menggoda setiap pembaca, ianya pasti disukai ramai. Macam Ben Shaari dan Fatin Liyana... Bahasa mudah tapi ada jiwa dan penuh dengan gaya sehingga kita dapat menyelami setiap baris kata serta terasa begitu dekat di hati.

Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda

Kemahiran Mengayat Dan Menggoda Pembeli

Lain pula gaya penulisan jika kita ingin melakukan tawaran, promosi atau jualan. Teknik mengayat dan memikat yang digunakan juga perlulah berbeza. Dalam pada masa tumpuan diberi untuk menggoda pembaca, fakta dan informasi haruslah sampai dengan jelas dan tepat.

Berlebih-lebihan mengayat pun boleh buat pembaca menyampah. Promosi dan maklumat tidak akan sampai atau mungkin pula mengelirukan. Oleh itu, perlunya ada ilmu dan panduan untuk mempelajari teknik penulisan ayat jualan atau promosi yang menggoda ini agar ianya benar-benar mampu memikat pembaca untuk membeli.

Untuk membina penulisan dengan ayat jualan, anda perlulah memahami teknik yang betul. Ayat yang dibina haruslah bijak merangsang emosi pelanggan supaya segera bertindak mendapatkan produk atau perkhidmatan anda. Kalau tidak kena tekniknya, nak dapatkan seorang pelanggan pun belum tentu berjaya.

Inilah kegagalan utama seseorang yang mahu melakukan jualan atau promosi secara online sama ada di blog atau media sosial. Gagal untuk menggoda dan seterusnya meyakinkan pembeli melalui gaya dan ayat dalam penulisan!

Belajar Dan Tingkatkan Kemahiran

Kini anda boleh belajar meningkatkan kemahiran dalam penulisan ayat jualan serta promosi melalui teknik mudah dari seorang yang pakar bidang penulisan ini iaitu saudara Aidi Sarafuddin. Sebuah modul khas "Teknik Mudah Menulis Ayat Jualan" diterbitkan untuk memudahkan anda mempelajari teknik ini.

Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda
Nak Tak Belajar Teknik Promosi Power Dengan Hanya 1 Modul?
Ianya Terbukti Berkesan Dan Bantu Jimatkan Wang Dan Masa Anda

Melalui modul ini anda akan diajar :
  • Meningkatkan skill copywriting anda
  • Membimbing anda dengan teknik penulisan yang berkesan
  • Memberi panduan dalam membina struktur ayat jualan yang kemas dan strategik
  • Membantu anda bina ayat jualan yang mampu menguasai emosi pelanggan
  • Mengelakkan anda daripada membina ayat yang membuatkan pelanggan tidak selesa
  • Tidak perlu lagi anda mengupah copywriter.
  • Menjimatkan masa daripada proses Try n Error
  • Membantu anda mencapai tujuan dan objektif dalam membina sesebuah iklan, ayat promosi mahupun artikel advertorial yang menggoda dan menrik perhatian.

Jika sebelum ini ada yang memberi komen (dalam entri INI) tidak pandai dan berkeyakinan untuk membuat ayat jualan atau promosi... Inilah jawapan kepada masalah anda! Belajar dan tingkatkanlah kemahiran...

Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda


Dapatkanlah modul "Teknik Mudah Menulis Ayat Jualan" ini sekarang! Apa yang lebih menarik lagi... jika anda order modul ini sekarang, anda akan beroleh lagi dua buah modul secara PERCUMA! Ya! Beli 1 dapat lagi 2!

BELI 1 : "Teknik Mudah Menulis Ayat Jualan" + PERCUMA 2 : "Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet" &  "Panduan Bina Kredibiliti"

Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda

Jika anda rasakan ianya amat berbaloi maka orderlah segera sebelum terlambat! Anda pasti terkejut melihat akan harga yang ditawarkan... Ianya sungguh murah!


Klik "Order Now" untuk mengetahui lebih lanjut 
atau untuk ORDER...

Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


20 comments - "Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda "

Nao Mei delete icon 10:35 PTG

Lepas nie kalau beli kompem boleh bina ayat jualan yang hebat.....laris bisness..kki

paridah delete icon 10:58 PTG

MENGAYAT DGN SGT MENGGODA KENA BERILMU JUGA NI...KDG PENING NAK SUSUN AYAT YG BETUL..

mengayat dan menggoda..hebat tu

Perlu juga menguasai pembacaan dan tak boleh ditinggalkan terus pembacaan untuk pelanggan. Tahniah dengan penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

menarik pembaca untuk membeli jualan kita di blog ini memang agak susah kalau belajar dari ahlinya

pandai BM mengayat....saya yakin BM pun boleh mengarang dan terbitkan e-book sendiri.

Kena dapatkan ebook yang direkemen BM ni...mesti membantu jualan produk saya

wahh. teknik penulisan yg menakjubkan

Itu sudah semestinya! Ada gerenti sik!

Betul tu kak... Agak2 akak tergoda tak nak beli, hehe...

Amacam? Tergoda...? haha

Buku gedung ilmu... Rugi kalau tak baca...

Semoga berguna buat meeka yg memerlukannya...

Ye ke cikgu... Kalau betul, mesti cikgu dah beli satu...
Kalau tak, kena usaha lagilah nampaknye... hehe

InsyaAllah... Tiada ruginya pelaburan menambah ilmu. Semoga ianya dapat membantu dan menambahkan kemahiran serta peluang untuk berjaya.

Benarkah...? Cubalah...baru terbukti yg ianya menakjubkan! (o)

Khir Khalid delete icon 11:11 PG

Klu nak berjaya mmg kena belajar ilmu mengayat ni hihii.. Setuju dgn apa yg BM katakan. Apa yg penting, ia menjelaskan maksud yg ingin disampaikan dgn berkesan. Semoga BM terus sukses... aamiin. :)

Siapa belajar copy writing memang boleh buat ayat jualan yang sangat best ... :)

Kathy R'bain delete icon 11:15 PTG

wah..siapa yang biz tu elok sangat tambah lariskan jualan dengan ilmu dalam modul ni.

Fiza Rahman delete icon 3:45 PTG

Macam menarik jer buku tu.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap