بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Harga Terkini Kereta Proton Dan Perodua Selepas GST : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi rujukan mereka yang tercari-cari maklumat harga kereta terkini selepas pelaksanaan GST pada 1 April 2015, Berikut adalah senarai harga kereta terbaru bagi model-model keluaran Proton dan Perodua.

Harga Terkini Kereta Proton Dan Perodua Selepas GST

Kesemua harga rujukan ini diambil dari website automotive no 1 iaitu Paultan.org. Semoga ianya dapat memberi maklumat serta informasi terkini buat mereka yang inginkannya.

Harga Terkini Kereta Proton Selepas GST
Kesemua model keluaran Proton mencatatkan penurunan harga dari serendah 0.07 peratus sehingga yang paling tinggi sebanyak 3.25 peratus selepas pelaksanaan GST dengan nilai tertinggi potongan sebanyak RM1,475.

Senarai Harga Model Proton (Saga, Iriz, Satria Neo, Persona, Preve, Suprima S, Inspira & Exora)  Selepas Perlaksanaan GST


Harga Terkini Kereta Perodua Selepas GST
Perodua juga turut mengikut jejak langkah Proton dengan menurunkan harga bagi kesemua model kenderaan namun peratusannya hanyalah diantara 0.42 peratus hingga 1.57 peratus dengan nilai tertinggi potongan sebanyak RM650.

Senarai Harga Model Perodua (Axia, Myvi, Alza) Selepas Perlaksanaan GST

Senarai harga yang ditertera bagi model Proton dan Perodua  di atas adalah harga bersih diatas jalan (OTR) termasuk cukai jalan dan insuran.

Dapatkan juga panduan lengkap penjagaan kereta ini!
Panduan lengkap jaga kereta

Namun begitu, harga ini tertakluk pada sebarang perubahan oleh pihak pengeluar tanpa sebarang notis. Oleh itu anda dinasihatkan untuk ke pusat jualan sah pengeluar untuk mendapatkan harga yang sebenarnya kerana kemungkinan sesebuah model itu mempunyai tambahan tawaran potongan harga!

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


9 comments - "Harga Terkini Kereta Proton Dan Perodua Selepas GST"

paridah delete icon 8:10 PG

HMM..KALAU MAMPU BOLEH SAJA DIBELI WALAU SEDIKIT SAJA PENGURANGAN HARGANYA...

Khir Khalid delete icon 2:03 PTG

Baki duit yg ada selepas harga baru ni boleh buat beli no. plate yg cantik sikit hehee.. :D

@ju delete icon 10:35 PG

Encik, saya nak tanya...saya dah booking iriz dgn harga promosi rebate 7k dari bulan 2 lagi....duit downpayment dah bayar, loan bank semua dah lulus....hanya tunggu kereta yang masih tak tau khabar berita.....jadi masihkah saya dapat harga promosi itu atau macamana?

BinMuhammad delete icon 11:38 PG

Setahu saya yang dapat rebate 7k itu utk Iriz yang dibuat pada tahun 2014 maka stok nya sedia ada dan sepatutnya saudara tak perlu tunggu lama. Lagi pun segalanya telah lulus maka ianya tiada kena mengena dengan harga atau promosi sekarang ini.

Walaubagaimanapun, lebih baik saudara rujuk kembali kepada tempat jualan yang saudara beli untuk kepastian dan dapatkan jawapan yg lebih tepat.
Semoga dapat segera bergaya dengan Iriz baru ya!

Tanpa Nama delete icon 1:27 PTG

jom beli kereta. hehehehehe..

Tanpa Nama delete icon 6:20 PTG

Nak Satria Neo !!! ;((

Boleh la beli dengan saya... hehehehehe....

Perlaksanaan GST memberi impak yang sngt besar dalam industri automotif... kebanyakan tempat jualan kenderaan tak boleh buat full loan... huhuhuhu

Unknown delete icon 10:03 PG

assalamualaikum..saya nak tanya harga proton exora 1.6 AT standard area sabah berapa?? dan kalau kita deposit rm20000.00 berapa ccm tiap bulan??

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap