بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Impak GST Bagi Pengguna Air SYABAS di Selangor - KL - PutrajayaAssalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi pengguna air SYABAS di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya, anda juga tertakluk kepada sistem percukaian baru negara iaitu GST sebanyak 6%.

Bukan sekadar tarif bil air pengguna yang termasuk dalam sistem percukaian baru GST ini tetapi beberapa perkhidmatan SYABAS yang lain juga akan dikenakan GST.

Berikut adalah impak atau kesan GST kepada pengguna air terawat SYABAS yang berkuatkuasa pada 1 April 2015. (Dalam kurungan adalah No. Tarif Kod) :

Caj Pengguna Domestik :
  • Rumah Kediaman (10) - Tiada GST
  • Domestik Pukal (21) - Tiada GST
Caj Pengguna Bukan Domestik :
  • Perindustrian/Perdagangan (termasuk kolam renang awam) (11) - 6% GST
  • Pejabat Kerajaan Jabatan (12)6% GST
  • Institusi Agama (13) - 6% GST
  • Perkapalan (14) - 6% GST
  • Pertubuhan Kebajikan (15) - 6% GST
  • Kondominium/Apartment (17) - 6% GST
  • Flat/ Apartment Kos Rendah (18) - 6% GST
Caj Percetakan Penyata Akaun 6% GST
Caj Pemasangan Meter 6% GST
Caj Pemotongan Bekalan Air 6% GST
Caj Penyambungan Semula Bekalan Air 6% GST 

Impak GST Bagi Pengguna Air SYABAS di Selangor - KL - Putrajaya

Informasi :
  • Deposit air yang dikembalikan tidak tertakluk kepada GST
  • Bagi pengebilan yang melangkaui tempoh bulan di mana GST belum dikuatkuasakan (Mac 2015) hingga ke bulan GST mula dikuatkuasakan (April 2015), GST hanya dikenakan bagi penggunaan air bagi tempoh GST dikuatkuasakan. Asas pengiraan penggunaan air yang tertakluk kepada GST bagi pengebilan seperti ini adalah berdasarkan jumlah hari penggunaan di dalam bulan April 2015 sahaja. Sebagai contoh, jika bil pengguna bagi tempoh 15 Mac 2015 hingga 14 April 2015, penggunaan yang dikenakan GST adalah bermula dari 1 April 2015 hingga 14 April 2015. Walau bagaimanapun, hanya satu bil air sahaja yang akan dikeluarkan oleh SYABAS bagi tempoh penggunaan tersebut iaitu pada bulan April 2015.
  • Perkataan “Tax Invoice” akan tertera pada bil air SYABAS bagi mematuhi Akta GST 2014.

Impak GST Bagi Pengguna Air SYABAS di Selangor - KL - Putrajaya
Informasi dari : http://www.syabas.com.my/

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puspel :


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


17 comments - "Impak GST Bagi Pengguna Air SYABAS di Selangor - KL - Putrajaya"

paridah delete icon 11:10 PTG

NAMPAKNYA AIR PERLU DIPROSES SENDIRI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI...KOREK TELAGA PASANG PUMP..HEH..HEH..

Unknown delete icon 7:50 PG

Waduh paroks tuu [-( .. Haii Abg BM.. lama dah teringin nak dtg sini.. Alhamdulillah pg ni ada peluang. Terima kasih selalu sggh kat FB kek CInta Dungun..hehe.. Tgh fikir idea nak update blog ni :>)

Unknown delete icon 7:52 PG

Suka plk main emoticon ni.. :-d :-d :-) :>)

kecewa sgt kalo berckp psl GST nie..

hihi takde mnde yang tak naik. Malaysia oh malaysia

HAMIDIsP delete icon 1:03 PTG

Besar impak gst ni kepada perbelanjaan rakyat terutama isi rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Seolah-olah perangkap maut yang dipasang sendiri oleh kerajaan yang memerintah sekarang..

Khir Khalid delete icon 1:57 PTG

GST ni bukan waktu yg sesuai utk dipraktikkan. Waktu yg sesuai bila keadaan politik lebih stabil. Pemimpin kena perbetulkan kepimpinan dahulu lepas tu baru boleh apply GST ni. Secara teori mmg bagus utk negara tapi realiti skrng agak kurang sesuai utk dilaksanakan... seolah2 gelojoh nampaknya... wallahualam...

BinMuhammad delete icon 1:58 PTG

Heheh... Apakan daya, korek kubur sendiri pun tak mampu...huhu!

BinMuhammad delete icon 1:59 PTG

Wah! Si adik manis muncul kembali... windu wey! heheh :>)

BinMuhammad delete icon 2:00 PTG

Kalau lagu tu, kita diam jer... buleh ke? :)

BinMuhammad delete icon 2:01 PTG

Inilah Malaysia...negaraku tercinta...

BinMuhammad delete icon 2:03 PTG

Kalau masih ada yang tidak terbuka hati dan minda...tak tau le...
Itu memang orang kaya rayalah namanya...

BinMuhammad delete icon 2:09 PTG

Mungkin sesuai utk barang-barang tertentu tetapi bukan utk barang keperluan harian dan perkhidmatan... kerana ada diantaranya dapat menurunkan harga.
Jelas perlaksanaannya utk jalan pintas meningkatkan hasil negara sahaja... Apalah gunanya jika teori sahaja bagus tapi realitinya hampeh!

Unknown delete icon 6:00 PTG

So far belum lagi dikenakan caj untuk penggunaan air sebab di bawah 20 meter padu..tapi bulan depan tak tahu la pula

Unknown delete icon 12:14 PG

walau seksa mcm mana kita terima gst , lagi seksa mangsa banjir yg masih belum ada rumah . semoga GST dpt memberi kehidupan baru buat mereka ... syukur dgn apa yg kita ada ...

maria delete icon 3:58 PTG

gomen memang war-warkan ada penurunan bila gst dilancarkan..
masalahnya yang saya tgk makin banyak harga naik ada la.
kesian kat orang yang selama ni jimat2 je nak makan..

Tanpa Nama delete icon 1:23 PTG

Hmmm...All about GST. :'(

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap