بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semasa mula-mula menjadi blogger dulu, terasa juga seperti kena 'culture shock' maklumlah, nak bersosial di dunia maya yang terlalu asing buat diri ini. Terasa macam diri ini betul sahaja dan lantang menyatakan pandangan secara melulu.
Semakin lama berada di dunia blogging dan mengenali dunia sosial ini, semakin memahami dan matang dalam berbicara.
Bayangkanlah dulu... Kalau singgah di blog yang berbunga-bunga, ada pula widget yang pelbagai, kotak komen yang menyusahkan, ada pula popup suruh klik itu ini dan apa jua yang menyusahkan diri ini, mulalah nak tegur.
Sampai lupa pula akan perasaan orang lain walaupun tiada niat untuk berbuat sedemikian. Itu tentang isu remeh, belum lagi yang melibatkan kandungan entri dan perbezaan pendapat! Mungkin ada diantara sahabat lama yang mengenali sikap BM dulu...
Pernah juga menegur seorang blogger otai yang tak menjawab soalan yang ditanyakan sehingga akhirnya malu sendiri...hehe. Itulah pengalaman di awal blogging yang menjadi satu panduan dan pengajaran berguna buat diri ini.
.jpg)
Bayangkanlah dulu... Kalau singgah di blog yang berbunga-bunga, ada pula widget yang pelbagai, kotak komen yang menyusahkan, ada pula popup suruh klik itu ini dan apa jua yang menyusahkan diri ini, mulalah nak tegur.
Sampai lupa pula akan perasaan orang lain walaupun tiada niat untuk berbuat sedemikian. Itu tentang isu remeh, belum lagi yang melibatkan kandungan entri dan perbezaan pendapat! Mungkin ada diantara sahabat lama yang mengenali sikap BM dulu...
Pernah juga menegur seorang blogger otai yang tak menjawab soalan yang ditanyakan sehingga akhirnya malu sendiri...hehe. Itulah pengalaman di awal blogging yang menjadi satu panduan dan pengajaran berguna buat diri ini.
Hormati Hak & Kehendak Peribadi Orang Lain
Menegur itu boleh tapi biarlah kena caranya dan berhemah kerana tidak semua orang mampu menerima teguran secara tepat dan berdepan.Selain dari itu, kita juga perlu hormati dan cuba memahami kehendak dan cara orang lain. Bagi kita, mungkin ianya agak remeh, menyusahkan atau menjengkelkan namun setiap orang punya hak dan sebab tersendiri.
.jpg)
Ada kalanya pula kita menegur kerana ianya menyusahkan kita tanpa melihat pada skop yang lebih luas. Memberi pandangan atau mengarah seseorang blogger untuk menukar dan mengubah sesuatu mengikut kehendak kita sehinggakan tidak mahu singgah atau memberi komen lagi jika tidak berubah!
Contohnya seperti popup suruh klik like, iklan popup, komen embedded, word verification dan sebagainya yang saya tahu ianya agak menyusahkan dan menjengkelkan.
Namun adakah apabila perubahan dilakukan, sanggupkah kita memberi komitmen seperti yang dikatakan iaitu berkunjung ke blog tersebut selalu dan meninggalkan komen tanpa tertinggal satu entri pun? Adakah perubahan itu memberi kebaikan sepenuhnya kepada mereka? Jika jawapannya... ya! memang wajarlah anda menegur...
Niat dan tujuan kita menegur itu sudah semestinya baik dan tiada sedikit pun untuk menyalahkan atau menyakitkan hati namun mungkin kerana sedikit kesilapan atau cara penyampaian yang tidak sampai akan membawa maksud yang berbeza.
Teguran vs Mengingati vs Panduan
Habis tu tak bolehlah nak tegurlah? Boleh... Tapi biarlah kena pada caranya. Lakukan secara umum dan sertakan bukti serta sebab yang kukuh kenapa ianya perlu diubah. Berilah sebanyak mungkin kebaikan, kelebihan dan jangan lupa sertakan juga akan kekurangannya.Paling penting... Jangan sesekali memberi sebarang komitmen atau pun ugutan. Jadikan teguran umpama satu panduan, perkongsian pengalaman atau ilmu buat semua pembaca.
Kenapa tidak anda PM sahaja terus kepada tuan empunya blog? Bukankah itu lebih baik, selamat dan secara peribadi tanpa perlu menyinggung hati orang lain kerana mungkin mereka punya sebab/masalah tertentu untuk berbuat demikian.
Tapi... Kenapa selalu salahkan yang menegur? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak boleh menerima teguran walaupun ianya betul? Anda jawablah sendiri ye...
Namun jika ianya berkaitan sesuatu kesalahan atau kekhilafan dari sudut undang-undang dan agama, adalah menjadi satu tanggungjawab buat kita semua untuk menegur dan memperbetulkannya tanpa sebarang ragu-ragu, berkias atau berselindung!
"Menegur apabila berlakunya kesilapan dan saling ingat-mengingati sebelum berlakunya kesilapan tetapi melalui kesilapan jugalah menjadi panduan untuk menjadi lebih baik..." - Bin Muhammad
p/s: Entri ini hanyalah perkongsian pengalaman peribadi... Bukan tegur... tapi nasihat... hehe
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
14 comments - "Perbezaan Antara Teguran, Mengingati Dan Panduan?"
Itulah masalahnya apabila kita menegur. Kita tak tahu setakat mana keterbukaan seseorang itu. Apa pun yang penting, apabila kita menegur bersandarkan fakta yang betul dan dengan niat baik sebagai seorang rakan. Nasihat untuk blogger, khususnya, kalau tak mampu menerima teguran, quit blogging! hehe..
menegur biar kena pada caranya jangan sampai orang yang ditegur berkecil hati. Ada kaedahnya serta dapat mengelak dari terputus kawan akibat dari teguran. Orang zaman sekarang susah nak terima teguran sebab itu kena ada caranya.
Tu dia... SP memang "Sentiasa Panas"... haha!
Menegur dan menerima tegur...masing2 perlu ada panduan...
Selalunya salah yg menegur tapi ada kalanya salah orang menerima teguran juge...
Apa pun tegurlah saya kalau ada salah... :)
Dah faham sgt dengan cik akak...
Kalau tak gempak tak best le... Layannnn :>)
kak xberani nk tegur apa2...kalau kak rasa n3nyabegitu sensetif kak baca tajuk saja n xkomen ...msg kita ada privacy sendiri...xsemestinya hati akn terbuka mnrima apa saja teguran walau benar.
saya adalah blogger yang pernah kena tegur BM secara berhemah..namun saya tak ambik hati cuma ingatan tu sehingga ke hari ini..he..he..
menegur biar berhemah...
Nurul rasa Nurul seorang yang boleh menerima teguran tapi.. tengoklah teguran tu macam mana kan.. kenalah betul caranya.. bukan menghina tapi membina..
Assalammualaikum... BM,
mselim3 suka entry nie... tegur menegur , mengingati sebagai panduan sesama kita..
mselim3
pls: BM mselim3 pun sama.. andai ada khilaf dan terlanjur tegurlah secara hikmah. Insaallah sesama kita menuju jalan kebaikan ...
inshaAllah Kathy boleh terima teguran. namun pastikan si dia tu menegur secara berhemah dan bersopan. hehehehehe.
tegur krana ikhlas bukan kerana emosi..
Menegur adakala boleh jadi berkecil hati.. cara yg terbaik perlu difikirkan jika seseorang itu perlu ditegur. Klu tidak, berdiam dan mendoakan kebaikannya adalah yg lebih baik.. in shaa Allah.. :)
Betul tu. Nak tegur biarlah secara berhemah.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”