بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Benarkah Affiliate Mampu Menjana Pendapatan Online Buat Blogger? Inilah yang sering menjadi persoalan bagi blogger yang belum atau ingin mengetahui tentang program ini. Tidak kurang juga buat mereka yang masih belum mendapat 'income' dari program Affiliate ini.
Walaupun telah lama mengetahui akan program affiliate dan mula sertainya sejak December 2013, namun Blog ini masih belum berjaya menghasilkan sebarang 'income'!
Macam tipu jer program ni... sehinggalah bulan November 2014 apabila menerima email pertama dari Ashadee tentang komisen hasil dari jualan produk Affliate mereka.
Maka persoalan kini telah terjawab, memang benar... program Affiliate ini mampu menjana pendapatan buat blogger, TAPI... Hampir setahun baru dapat hasil? Memang tak berbaloi!
Persoalannya... Bagaimana mereka boleh berjaya menjana pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan sedangkan nak jual satu pun makan masa hingga hampir setahun?
Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri! Itulah... kalau nak berjaya sebenarnya perlukan ilmu, bukannya main hentam keromo. Orang suruh pergi seminar atau beli panduan belajar teknik affiliate...tapi tak mahu.
Kalau dah ada ilmu pula tapi tidak dipraktikkan dengan betul dan bersunguh-sungguh juga tiada hasilnya dan... akhirnya ramai blogger yang kecewa seperti saya juga. Maka program affiliate ini pun dilupakan.
Maka pada Penghujung bulan Oktober 2014, mulalah mencuba semula untuk menjual produk Affiliate ini. Apa yang dilakukan?
Kalau dulu, cuba menjual produk ini dengan hanya meletakkan banner, tetapi kini cuba mempromosi dengan menyelitkan link atau banner di dalam entri yang ada kaitan dengan produk affiliate. Tidak lama, sebulan lepas itu iaitu pada penghujung bulan November 2014, maka terhasillah dua jualan produk affiliate! Wah! berjaya... Permulaan yang baik.
Kemudian mula pula dengan teknik menerbitkan entri berkaitan beberapa produk affiliate tersebut. Ambil sahaja serba sedikit isinya dari website promosi produk tersebut dan cuba olah mengikut cara sendiri... Maka hasilnya sehingga kini, setiap bulan telah berjaya juga menghasilkan jualan walaupun tidak banyak tetapi berterusan...
Apa yang boleh disimpulkan di sini, sebenarnya untuk berjaya dalam program affiliate ini sudah semestinya perlu tahu akan teknik dan tektik untuk mempromosi.
Kemudian carilah produk yang mudah untuk dijual atau mendapat permintaan ramai. Jangan sekadar meletakkan banner tetapi lakukan promosi dengan menerbitkan entri sendiri.
Di sinilah peranan SEO dan SERP mula berfungsi apabila entri anda berada dikedudukan terbaik di enjin carian maka dengan mudahnya entri anda mendapat kunjungan dan seterusnya semakin besarlah peluang untuk ianya dijual.
Untuk mendapatkan lebih jualan, ada banyak lagi cara dan ilmu ini perlu dipelajari jika anda benar-benar mahu menjadikan affiliate ini sebagai salah satu pendapatan online yang lumayan! Tidak mustahil dan ianya telah dibuktikan.
Bagi yang sekadar mahu mencuba dan mendapat pulangan serba sedikit serta dapat update entri sekali sekala dikala tiada idea, cara saya ini boleh dipraktikkan.
Tidak ada rugi apa-apa pun... malah ianya dapat menambah ilmu dan meningkatkan teknik dalam penulisan. Bukan mudah sebenarnya untuk mengolah gaya penulisan yang mampu memikat dan menggoda pembaca untuk membeli produk... Tidak kena gaya boleh jadi menyampah pula!
Walaupun telah lama mengetahui akan program affiliate dan mula sertainya sejak December 2013, namun Blog ini masih belum berjaya menghasilkan sebarang 'income'!
Macam tipu jer program ni... sehinggalah bulan November 2014 apabila menerima email pertama dari Ashadee tentang komisen hasil dari jualan produk Affliate mereka.
Maka persoalan kini telah terjawab, memang benar... program Affiliate ini mampu menjana pendapatan buat blogger, TAPI... Hampir setahun baru dapat hasil? Memang tak berbaloi!
Kecewa?
Ya! Tidak menafikannya... Sebenarnya, agak kecewa juga apabila sudah berbulan-bulan lamanya cuba mempromosi untuk menjual produk affiliate ini namun tiada mendatangkan hasil. Melihat pada entri blogger-blogger yang berjaya, maka bertambah-tambah lagilah cemburu dan sakit hati...Persoalannya... Bagaimana mereka boleh berjaya menjana pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan sedangkan nak jual satu pun makan masa hingga hampir setahun?
Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri! Itulah... kalau nak berjaya sebenarnya perlukan ilmu, bukannya main hentam keromo. Orang suruh pergi seminar atau beli panduan belajar teknik affiliate...tapi tak mahu.
Kalau dah ada ilmu pula tapi tidak dipraktikkan dengan betul dan bersunguh-sungguh juga tiada hasilnya dan... akhirnya ramai blogger yang kecewa seperti saya juga. Maka program affiliate ini pun dilupakan.
Cubaan Kali Kedua
Namun, melalui beberapa artikel yang selalu dicanang-canang oleh pakar-pakar affiiate telah menyemarakkan kembali semangat untuk memulakan kembali program affiliate ini. "Kalau mereka boleh, kenapa aku tak boleh?"Maka pada Penghujung bulan Oktober 2014, mulalah mencuba semula untuk menjual produk Affiliate ini. Apa yang dilakukan?
Kalau dulu, cuba menjual produk ini dengan hanya meletakkan banner, tetapi kini cuba mempromosi dengan menyelitkan link atau banner di dalam entri yang ada kaitan dengan produk affiliate. Tidak lama, sebulan lepas itu iaitu pada penghujung bulan November 2014, maka terhasillah dua jualan produk affiliate! Wah! berjaya... Permulaan yang baik.
Kemudian mula pula dengan teknik menerbitkan entri berkaitan beberapa produk affiliate tersebut. Ambil sahaja serba sedikit isinya dari website promosi produk tersebut dan cuba olah mengikut cara sendiri... Maka hasilnya sehingga kini, setiap bulan telah berjaya juga menghasilkan jualan walaupun tidak banyak tetapi berterusan...
Belajar Melalui Pengalaman Dan Terus Mencuba
Saya tak belajar semua ini tapi melalui pengalaman yang telah dikutip, mulakanlah dengan produk yang anda ketahui atau sinonim dengan entri/niche blog. Masukkan link atau banner produk di dalam entri tersebut.Di sinilah peranan SEO dan SERP mula berfungsi apabila entri anda berada dikedudukan terbaik di enjin carian maka dengan mudahnya entri anda mendapat kunjungan dan seterusnya semakin besarlah peluang untuk ianya dijual.
Masanya Pasti Akan Tiba!

Bagi yang sekadar mahu mencuba dan mendapat pulangan serba sedikit serta dapat update entri sekali sekala dikala tiada idea, cara saya ini boleh dipraktikkan.
Tidak ada rugi apa-apa pun... malah ianya dapat menambah ilmu dan meningkatkan teknik dalam penulisan. Bukan mudah sebenarnya untuk mengolah gaya penulisan yang mampu memikat dan menggoda pembaca untuk membeli produk... Tidak kena gaya boleh jadi menyampah pula!
Kemudian tambah ilmu dengan informasi berikut (klik banner di bawah ini) :
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
24 comments - "Benarkah Affiliate Mampu Menjana Pendapatan Blogger? "
Tahniah!
Tahniah..
Setakat ni affiliate bnyk membantu saya terutamanya dari rakan2 & keluarga yg mengenali. Ramai yg bukan blogger & beli sekadar menyokong. Lumayan jugalah utk terus berblog.. apa pun, tahniah BM.. semoga terus sukses.. :)
sebenarnya tak pandai nak ayat dan yakinkan customer. haih
Jangan geram2...nanti cepat tua, hehe...
Bertuah KK kerana ramai sahabat dan sedara yg menyokong dan membantu. Berbeza dgn saya...
tapi memang patutlah sebab jd blogger ni pun memang lakukan tanpa mahu dikenali, hehe...
Cuba ambil ayat dari website produk tersebut dan tambah sikit-sikit jer. Itu paling mudah... Bila dah lama2 nanti akan pandai le... :) Yakinlah dgn diri sendiri...
wahh..senyap-senyap dah buat hasil melalui affliate ye encik BM kita ni..congrats friend:)
Assalammualaikum... BM,
semakin sukses anda dengan affiliate nie... insaallah suatu hari nanti BM pasti boleh jadi top rank of affiliate..
mselim3
wahh.best ni.silap silap lebih byk drpd nuffnang nanti
http://kucenmaster.blogspot.com/
nak mengarang entry supaya dapat menarik perhatian pembeli dan pembaca tu kurang berkeyakinan..kekadang ada juga selitkan entry affiliate di dalam blog..
Sentap dengan cik akak?... buang mase jer....
Makin ceria dan mesra ade le... hehe :d
Cik akak beli tiap2 bulan! OK! boleh apply affiliate Zalora nih! :-d
Dah berjaya barulah buleh cerita...hehe
CK pun apa kurangnya...dah makin hebat skrg ni, masyuuukkk :)
Waalaikumsalam...
Nak jadi top rank tu...macam tak tercapai jer, tapi tak mustahil kan... Doa2kan ya!
Dah lama merajuk dgn NN... huhu...
Merendah diri sangat nih! Dah biasa buat artikel advertorial mesti hebat menarik perhatian pembeli dan pembaca. Kongsikanlah sikit ilmu.... :)
teringin jugak nak try affiliate ni, selalu dpt email lazada soh bubuh affiliate dlm blog tp hati belum tergerak lg
tgk ranking tokoh affiliate..mcm bez pulak..inshaAllah mungkin 1 hari nak cuba
tahniah BM dh mampu gerak pantas dgn affiliate ni..moga sukses
hmm..macam teringin nak try affiliate...
tahniah! info yg menarik
Insaallah BM...
Wah...tahniah BM. Masih belum ada rezeki saya dengan ashadee ni. Tapi dengan sweet muslimah dah dapat 2 kali ☺
memang best kalau dah dapat sales dari affiliate, sebab lepas tu, ada rezeki dapat lagi
Salam ziarah & Salam Ramadhan BM ... memang akan ambil masa untuk mendapatkan hasilnya. Sis sendiri ambil masa hampir setahun. Alhamdulillah sekarang dah merasa hasilnya, biar pun sikit saja tapi boleh dikatakan tiap2 bulan ada .. :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”