بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Semak bacaan status terkini jerebu secara online (website). Indeks Pencemar Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) kawasan atau lokasi di seluruh Malaysia.
Semak status bacaan terkini jerebu secara online (website). Indeks Pencemar Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) kawasan atau lokasi di seluruh Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melancarkan laman web rasmi versi baru bagi menyemak status bacaan terkini/semasa/terdahulu Indeks Pencemar Udara (IPU) “Air Pollutant Index of Malaysia, APIMS” atau bahasa mudahnya Indeks Jerebu.

Melalui laman web versi baharu APIMS ini, maklumat IPU akan diperolehi dengan lebih pantas dan terkini melalui dua paparan pilihan iaitu berbentuk peta dan jadual. Bacaan IPU ini juga akan dikemaskini setiap satu jam melalui data dari stesen pemantau kualiti udara di seluruh negara.

Laman web versi baharu APIMS mempunyai empat (4) fungsi utama yang telah ditambah baik iaitu:-
  1. Paparan peta geo-lokasi bersama dengan status bacaan semasa indeks IPU
  2. Senarai lokasi liputan dengan status bacaan indeks IPU bersama pilihan tarikh dan masa
  3. Maklumat umum mengenai IPU
  4. Pengumuman untuk orang ramai

Laman web versi baharu APIMS ini boleh dilayari mulai 7 April 2015 melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) atau melalui alamat berikut: http://apims.doe.gov.my/v2/

Status Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Paparan APIMS di portal JAS

Status Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Paparan di laman web baharu APIMS


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


10 comments - "Bacaan Terkini Jerebu - Indeks Pencemaran Udara (IPU)"

jerebu melanda kembali....

Putera Dunia delete icon 12:41 PTG

Tq 4 sharing! Kena sediakan mask awal2... :-)

ala haii mula la batuk-batuk nie..

paridah delete icon 2:52 PTG

JEREBU SETIAP TAHUN BERULANG N XTAHU NK LARI KEMANA YA.. CEK INDEX IPU N KEMUDIAN PAKAI TOPENG MUKA...

Dengan kewujudan laman web rasmi ini diharap dapat membantu orang ramai dalam membuat persediaan di kala jerebu melanda negara. Cuaca panas tidak menentu dan pembakaran hutan turut menyumbang risiko penyakit.

ctfand delete icon 10:31 PG

jerebu sekarang macam kejap ade kejap takde. sekarang kat putrajaya nampak juga kelabu2 sikit dan kadangkala bangun pagi kita dapat hidu bau asap.. harap2 tak teruk macam tahun lepas.

harap2 takde la sekolah yg terpaksa ditutup mcm tahun lepas dek jerebu ni

Kathy R'bain delete icon 10:58 PTG

alamak..ada jerebu eh? ketinggalan zaman la kathy ni..hehehehhe.

Jerebu ni susah juga nk dinuteralkan terutama klu tempat2 tropika spt negara kita ni. Ada je punca pencetus utk jerebu ni...

Fiza Rahman delete icon 3:36 PTG

Kena banyak minum air masak.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap