بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekejap sahaja kini sudah masuk ke bulan April 2015. Sudah suku tahun 2015 ini berlalu. Bagaimana dengan aktiviti blogging anda pada tahun ini? Adakah semakin memberangsangkan atau sebaliknya?

Bagi Relaks Minda, aktiviti blogging semakin menurun. Entri yang diterbitkan juga agak berkurangan dan semakin kurangnya dapat peluang beramah mesra bersama dengan sahabat blogger melalui aktiviti blogwalking. Maaf... jika ada sahabat yang berkecil hati. Maklumlah...kadangkala terpaksa memberi tumpuan lebih pada aktiviti kehidupan.

Sejak bertukar kepada template baru ini pula, banyak masalah html code berlaku sehingga mengganggu Google crawl dan SERP. Namun apabila hati dah terpikat dengannya maka biarkan sahajalah dulu...

Berbalik kepada topik asal entri ini. Di sini dipaparkan akan prestasi Blog Relaks Minda sepanjang suku pertama tahun 2015 (informasi data melalui Google Analytic)

Trafik Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews!

Sepanjang suku pertama tahun 2015 ini, sebanyak 75 entri berjaya diterbitkan (Jan: 30, Feb: 18, Mac:27). Namun satu daripadanya adalah entri yang diterbitkan semula mengikut informasi semasa iaitu entri Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor dan KL.

Pada suku pertama 2015 ini, Blog Relaks Minda telah mencatatkan hampir 1.25 juta pageviews. Prestasi yang meningkat sekali ganda berbanding pada suku pertama 2014. Syukur, Alhamdulillah... Walaupun hanya ada beberapa sahaja entri target trafik terbaru yang diterbitkan, namun entri-entri lama tetap menjadi sumber trafik yang tinggi di blog ini.

Referal Traffic tertinggi sudah tentulah datangnya dari enjin carian Google yang menguasai hampir 75 peratus jumlah pengunjung. Inilah sebab utama kenapa pentingnya entri anda perlu berada dikedudukan terbaik di enjin carian (SERP).

Trafik Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews!

Entri Popular

Melalui senarai Top 10 entri paling popular pada suku pertama 2015 ini jelas menunjukkan entri terbitan tahun 2015 hanya ada satu sahaja yang tersenarai iaitu Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015. Selain dari itu adalah entri-entri lama dan ada diantaranya diterbitkan pada tahun 2012 tetapi masih meraih trafik yang baik.

Entri niche blog berkaitan kreativiti, kitar semula dan dekorasi masih menjadi entri tunjang yang sentiasa menjadi carian yang tinggi dan stabil buat blog ini. 

Namun sejak akhir-akhir ini, trafik mulai menurun. Mungkin kesan dari pertukaran template dan aktiviti blogging yang agak perlahan. Apa pun kita lihat nanti akan prestasi sebenar pada suku kedua tahun ini.

Trafik Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews! - Popular Post

Pentingnya Pengguna Mobile dan Tablet

Zaman telah berubah... Jika dahulu internet hanya dapat diakses melalui desktop/laptop tetapi kini dengan kecanggihan teknologi, ianya lebih mudah melalui smartphone atau pun tablet. Boleh online di mana-mana sahaja yang anda mahu walaupun tengah buang air besar sekali pun!

Maka, tidak hairanlah jika melihat akan peralatan untuk melayari blog ini semakin dimonopoli oleh pengguna mobile dan tablet. Kedua-dua peralatan ini telah menguasai hampir 65 peratus dari keseluruhan jumlah pengunjung Relaks Minda bagi suku pertama tahun 2015.

Trafik Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews! - Mobile Friendly

Mesra Pengguna Mobile

Oleh yang demikian, blog juga mestilah mampu memberi paparan terbaik buat pengguna mobile dan tablet kerana paparan serta fungsi tersebut dapat memudahkan serta menarik minat mereka untuk meneroka entri-entri yang lain dan seterusnya meningkatkan pageviews.

Berikutan pengguna mobile dan tablet semakin penting, maka Google juga telah menekankan bahawa setiap website perlu mesra mobile. Paparan responsive telah menjadi satu kemestian dan menjadi salah satu kriteria penting dalam penilaian Google. Segeralah lakukan perubahan dan semak sama ada blog anda mesra pengguna mobile dan tablet melalui Google Webmaster Mobile-Friendly Test 

Trafik Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews! - Mobile Friendly

Berkongsi Ilmu

Entri ini diterbitkan bukanlah untuk berbangga atau mendabik dada. Ianya membuktikan bahawa walaupun tanpa entri berkaitan hiburan, informasi terhangat dan isu semasa yang memenuhi isi kandungan blog tetapi ia masih mampu memberikan trafik yang baik. Oleh itu jangan ada yang berputus asa atau bersedih jika masih belum mampu meraih trafik yang tinggi.

Berkongsilah sesuatu yang anda tahu dan minat. Sesekali terbitkan juga entri yang mampu memberi trafik tetapi ulaslah dengan cara tersendiri dengan menggunakan tajuk yang mampu meraih perhatian tetapi relaven. Belajarlah juga teknik SEO kerana itulah kunci untuk menjadi blogger yang berjaya.

Berikut antara informasi yang mungkin dapat membantu anda :

Perkongsian Bermatlamat

Namun begitu... trafik bukanlah segala-galanya buat seorang blogger. Ianya hanyalah satu pemangkin untuk menaikkan semangat dan pencapaian peribadi kerana setiap blogger punya matlamat yang tersendiri. Ingatlah..."blog anda, cara anda". Sebagaimana blog ini yang mahukan "ilmu dikongsi bersama" maka trafik menjadi penting untuk merealisasikan matlamat agar ianya dapat dinikmati oleh seramai yang mungkin.

Selain itu, entri ini juga diterbitkan sebagai pendedahan buat pengiklan yang masih memandang blog 'blogspot' hanya sebelah mata kerana melihat ianya adalah perkhidmatan percuma dengan kandungan entri yang tidak berkualiti. Tidak kira apa sahaja domain yang digunakan, apa yang penting adalah isi kandungan dan kualiti cara penyampaian.

Trafik Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews! - Copies

Terima kasih kepada semua tetamu dan sahabat Relaks Minda... Semoga kunjungan anda semua di sini beroleh manfaat dan beroleh keberkatan... Panjangkanlah jariah dan kongsikanlah ilmu tetapi jangan lupa bagi backlink ya! :)




Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


21 comments - "Trafik Blog Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews!"

Unknown delete icon 4:47 PTG

ye..tak pernah lagi copy paste link entri dari sini..huhu..
pencapaian yang menarik..Alhamdulillah..
lepas nie kena belanja cik akak ayam kefci..hihi

Dunia Zumal delete icon 5:13 PTG

Salam Jumaat, tahniah yer BM... Jeles la dengan BM ^-^

mselim3 delete icon 5:40 PTG

Assalammualaikum... BM,

tahniah sahabat suatu pencapaian yang memberangsangkan.. semoga berjaya dan terus berjaya... k

mselim3

paridah delete icon 6:18 PTG

tahniah...sentiasa belajar dari sini ilmu2 blogging tapi biasale hehya..heh lmbt fhmnya..tq.

HAMIDIsP delete icon 9:13 PTG

Tahniah ye BM. Bukan mudah nak dapat 1 juta pageviews dalam tempoh tu. Apa yang lebih hebat adalah jumlah pageviews setiap entri yang diterbitkan, puluh ribu untuk satu entri!! Hebat..

BinMuhammad delete icon 10:12 PTG

Ayam KFC jer...xde masalah. Meh le datang sini! :)

BinMuhammad delete icon 10:14 PTG

Jeles ke... tak berniat nak buat lagu tu... I'm Sorry... :)

BinMuhammad delete icon 10:16 PTG

Waalaikumsalam Mselim3,
Terima kasih sahabat... InsyaAllah, semoga doa sahabat dimakbulkan hendaknya...

BinMuhammad delete icon 10:18 PTG

Sedia maklum...kita serupa, tapi tak pernah jemu mencuba... Mcm kura2 tapi akhirnya menang juga kalahkan arnab...

BinMuhammad delete icon 10:19 PTG

Bagi saya memang sesuatu yang tidak mudah berbanding SP.
Hebat ke...rasanya SP berkali ganda hebatnya!

Pakcik Kantin delete icon 10:49 PTG

first time dengar Google Webmaster Mobile-Friendly Test.nak kena cuba ni

ANIM delete icon 12:51 PG

terima kasih daun keladi..
ada masalah, akan bertanya lagi:-

tahniah...sememangnya blog BM ni layak utk diberi penghargaan dan pujian ikhlas..

Memang terbaik blog bro BM.. Tahniah :)

Khir Khalid delete icon 2:06 PTG

Alhamdulillah tahniah BM.. content is king.. semoga terus sukses!!.. :)

Unknown delete icon 3:25 PG

nak tgk trafic tu en guna plugin apa?

taniah en, pengkosian ilmu menafaat

Data trafik tersebut adalah dari Google Analytic.

Tanpa Nama delete icon 1:31 PTG

tahniah BM..

blog yang hebat...terima kasih atad perkongsian ilmu

the.mri delete icon 9:25 PG

Sgt bermanfaat...juta2 tu..

Banyak perlu diperlajari dalam blog ini

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap