بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah sebuah organisasi yang berfungsi dan bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. 

Di Malaysia terdapat tiga cabang utama dalam Organisasi ATM iaitu Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM)

Ketiga-tiga cabang dalam Organisasi ATM diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT). PAT ini berpangkat Jeneral (TDM), Laksamana (TLDM) dan Jeneral (TUDM). PAT mentadbir ATM dengan dibantu oleh Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) iaitu :
  • Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan - Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)
  • Ketua Staf Markas ATM - Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM)
  • Panglima Angkatan Bersama - Markas Angkatan Bersama (MK AB)
  • Panglima Tentera Darat (Pangkat - Jeneral) - Markas Tentera Darat (MK TD)
  • Panglima Tentera Laut (Pangkat - Laksamana) - Markas Tentera Laut (MK TL)
  • Panglima Tentera Udara (Pangkat - Jeneral) - Markas Tentera Udara (MK TU) 
Manakala Pemerintah Tertinggi bagi ATM pula disandang oleh Yang Di Pertuan Agung dengan Pangkat Fil Marsyal (TDM), Laksamana Armada (TUDM) dan Marsyal (TUDM)

Organisasi Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Panglima Angkatan Tentera
(PAT)
Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
(BSPP)
Ketua Staf Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia
(MK ATM)
Panglima Angkatan Bersama
Markas Angkatan Bersama
(MK AB)

Panglima Tentera Darat
Markas Tentera Darat
(MK TD)
Panglima Tentera Laut
Markas Tentera Laut
(MK TL)
Panglima Tentera Udara
Markas Tentera Udara
(MK TU)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - TDM
Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Berikut adalah susunan penuh Jawatan atau Pangkat dan Lencana Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM

Pegawai Kadet Kanan

Kadet


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - Lencana

Kolonel Yang Dipertua

Selain dari itu Jawatan Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM juga diwujudkan dan disandang oleh Raja-Raja Melayu. Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasuk TLDM dan TUDM.

Berikut adalah senarai Kolonel Yang Dipertua di Malaysia:

Tentera Darat Malaysia
1. Tempur
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja - Sultan Kedah
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja - Raja Perlis
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Armor Diraja - Sultan Terengganu
  • Kolonel Yang Dipertua Grup Gerak Khas - Sultan Johor (Kolonel Komandan)
2. Bantuan Tempur
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja - Sultan Kelantan
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja - Sultan Perak
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja - Raja Perlis
3. Pasukan Bantuan
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja - Sultan Kedah
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Ordnans Diraja - Sultan Terengganu
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja - Sultan Perak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia - Sultan Pahang (mantan Komodor Udara Kehormat sehingga tahun 1970)
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Kolonel Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia - Sultan Selangor (Kepten Yang DiPertua)

Semoga informasi ringkas ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan buat kita semua dalam mengenali jawatan serta pangkat dalam organisasi dan pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


15 comments - "Pangkat Dalam Organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)"

paridah delete icon 11:22 PG

YANG BERMINAT JOIN ATM PATUT AMBIL TAHU INFO BERGUNA NI...ADA JUGA SEDARA MARA DLM ATM NI..N DAH BERSARA..TQ PERKONGSIANNYA.

Tanpa Nama delete icon 7:09 PTG

Teringin nak masuk tentera

naja delete icon 2:01 PG

bukankah tentera darat dan udara juga mempunyai pangkat kadet sewaktu masih dalam latihan. Mohon pencerahan.

Memang benar... Namun ianya bukanlah jawatan rasmi. Apabila tamat latihan dan setelah ditauliah barulah pangkat/jawatan rasmi dikurniakan.

good sharing..!

Unknown delete icon 9:40 PG

assalamualaikum tuan, adakah jawatan kolonel YDP masih lagi kekal sehingga sekarang maksud sy perubahan dri segi jawatan yang disandang.contoh sekarang sultan kedah sudah menjadi Kolonel askar jurutera diraja. atau masih lagi kekal?

Tanpa Nama delete icon 12:10 PTG

Ya.. masih kekal walaupun bertukar jawatan spt Sultan Kedah menjadi YDP Agung.

Tanpa Nama delete icon 3:21 PG

As slam...terima kasih kpd ATM kerana memberi MKLUMAT lengkap ttg pangkat dlm ATM&organisasinya...salute kt ATM...GEMPUR WIRA.

Tanpa Nama delete icon 3:33 PG

Salam sya nk mnta sedikit penerangan ttg tugas&peranan anggota yg memegang jawatan ksm mengikut turutan pecahan bermula Dr bgd,rej,bn&komp...tlg bg penerangan

Tanpa Nama delete icon 9:44 PG

Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Diharap admin dapat share knowledge berkenaan general knowledge dalam atm. Tq admin

fanazaini delete icon 10:39 PG

Assalamualaikum..apakah perbezaan komandan dengan komander?

Komandan adalah ketua kem.. dan komander pula.. ketua kepada ketua ketua kem.. komander (panglima ) adalah paling tinggi..

Tanpa Nama delete icon 4:23 PTG

Terima kasih atas perkongsian

Muhammad Iqbal Hanafi delete icon 11:10 PTG

Teringin nak masuk tapi takut x layak

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap