بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tips Memandu Bersama Pelumba Haram Di Jalanraya

Tips Memandu Bersama Pelumba Haram Di Jalanraya: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak kes kemalangan ngeri di Lebuhraya DUKE, pelbagai isu menjadi perbualan dan perbalahan. Pengguna kereta Myvi lain yang tidak bersalah turut terpalit kesannya akibat dari perbuatan 6 jahanam ini. Liputan yang meluas menjadikan isu ini lebih hangat dan menjadi perhatian umum.

Turut dibahaskan juga akan kepentingan memakai talipinggang keledar disemua tempat duduk serta perlunya menggunakan kerusi khas untuk kanak-kanak dan bayi. Semua ini membuktikan bahawa tahap kesedaran rakyat negara ini dalam menjaga keselamatan semasa memandu amat rendah sekali.

Pihak yang berwajib juga wajar memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi membanteras gejala perlumbaan haram di jalanraya negara ini. Sekurang-kurangnya ada jalan untuk memberkas pesalah dengan mudah serta mengenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal.

Tips Memandu Bersama Pelumba Haram Di Jalanraya

Namun harus diingat, kita sebagai pengguna jalan raya tetap berisiko andai kebetulan berada dicelah-celah pelumba-pelumba haram ini sedang berlumba. Maka, apa agaknya yang akan anda lakukan jika sedang memandu, tiba-tiba ada kereta atau motorsikal sedang berlumba di jalanraya? Adakah anda akan bertindak menghalang mereka? Atau anda akan turut sama berlumba sekali?

Panduan Memandu Bersama Pelumba Haram

Untuk langkah keselamatan, berikut adalah langkah serta panduan akan apa yang harus dilakukan ketika sedang memandu jika adanya lumba haram kereta atau motorsikal di jalanraya.

Jangan Sesekali Menukar lorong kenderaan anda
Ya! Amat penting pada ketika ini anda tidak panik, takut atau marah. Kekalkan lorong kenderaan anda. Pelumba haram ini akan memotong kenderaan anda walau di lorong mana pun kenderaan anda berada. Tindakan menukar lorong secara tiba-tiba akan menyebabkan diri anda dalam situasi merbahaya kerana kemungkinan besar akan berlaku kemalangan akibat tindakan anda telah menghalang laluan pelumba-pelumba tadi untuk memotong,

Pastikan kenderaan anda tidak bergerak selari dengan kenderaan disebelah kiri atau kanan
Ini adalah kerana pelumba-pelumba ini selalunya akan memotong secara zig zag (cilok mencilok) diantara ruang kosong. Apa yg perlu kita lakukan adalah bagi mereka ruang untuk memotong. Pastikan ada ruang yang selamat untuk mereka mencelah diantara kenderaan kiri kanan anda.

Jangan Membrek Mengejut Atau Selalu Membrek
Jangan sesekali membrek untuk memperlahankan kenderaan dengan mengejut, cuma angkat sahaja kaki dari 'paddle' minyak jika mahu perlahankan kenderaan anda. Ingat! Setiap kali lampu brek menyala, ianya akan memberi tindakbalas reflek kepada pelumba-pelumba ini untuk bertindak dan jika tindakbalas mereka lambat atau salah, pasti kenderaan anda akan dilanggar.

Jangan Menghalang Pandangan Pelumba Haram 
Mereka ini sedang berlumba, dan mengambil keputusan untuk memotong di sebelah kanan atau kiri bergantung kepada 2 atau 3 kereta di depan kenderaan anda. Untuk tindakbalas ini mereka perlu pantas untuk membuat keputusan. Oleh itu, pastikan tiada sebarang halangan yang menghalang pandangan mereka untuk melihat kenderaan dihadapan melalui cermin kereta kita. Dengan cara ini mereka akan dapat membuat keputusan untuk memotong di sebelah kiri atau kanan. Cara ini juga dapat mengurangkan risiko untuk kita terlibat sama di dalam kemalangan.

Jangan Nyalakan Lampu Tinggi (highbeam)
Jika anda berada dibelakang pelumba haram ini, jangan sesekali memberikan lampu tinggi pada kenderaan mereka kerana ianya amat merbahaya apabila penglihatan mereka terganggu!

Tumpukan Perhatian Kepada Pemanduan Anda
Walaupun anda memandu laju. Pelumba-pelumba ini lebih laju lagi. Jangan terlalu ikut emosi, teruskan memandu sambil tumpukan lebih perhatian terhadap situasi disekeliling anda. Sabar sedikit dengan kerenah mereka dan berilah laluan untuk mereka memotong kerana mereka akan tetap cuba untuk memotong kenderaan anda dengan apa cara sekalipun. Paling penting ketika ini adalah supaya mereka dapat beredar segera dari sekeliling kita.

Selain dari itu, cuba elakkan memandu di waktu lewat malam di jalan raya sekitar bandaraya. Pada waktu-waktu beginilah lumba haram ini sering berlangsung. Elakkan juga memandu terlalu rapat dan janganlah suka-suka membelok tanpa memberi lampu isyarat.

Tips Memandu Bersama Pelumba Haram Di Jalanraya
Nak berlumba, lumbalah sepuasnya kat 'game'... 

Prihatin Terhadap Keselamatan Diri Dan Orang Tersayang  

Ketahuilah, mereka yang sedang lumba haram ini tidak sesekali memikirkan tentang keselamatan diri mereka atau orang lain. Oleh itu, kita sebagai manusia yang masih waras perlulah bersabar dan mengambil sedikit langkah bijak untuk mengelak dari berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Biarkanlah mereka yang hendak menempah maut itu segera berlalu pergi. Mereka nak mati... tapi kita tidak mahu mati bersama mereka. Kita mahu terus hidup...

YA! Malang tidak berbau namun dengan sedikit usaha dan keprihatinan terhadap keselamatan, InsyaAllah... Semoga Allah permudahkan dan menjaga keselamatan  diri sendiri dan orang tersayang.

Tips Memandu Bersama Pelumba Haram Di Jalanraya

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


7 comments - "Tips Memandu Bersama Pelumba Haram Di Jalanraya"

yangbaik delete icon 9:25 PG

bagus ada tips begini. selayaknya jangan dilayan pembuli jalan raya, biarkan saja mereka pergi dulu...

Menakutkan sebenarnya pelumba-pelumba haram ni..

Terimakasih BM atas tips yang berguna ini.. Nurul pun seringkali berhadapan dengan kes seumpama ini terutama di hi-way.. urmm.. Nurul ni pun jenis cepat terbakar juga sebenarnya tapi elakkan dengan muhasabah diri..

huhu..tp tu laa..kadang bila kite yg berwaspada, orang lain pulak.. tu yg boleh mengakibatkan kemalangan.. make sure jugak pakai seatbelt.. memang lepas ni memg ambik tips ni.. at least kite berusaha jugak nak berhati2 di jalanraya..

Mama Niza delete icon 2:00 PTG

mama kalau drive memang cukup berhati-hati, takut.. risaukan anak2, lagipun laju2 nak pegi mana je.. hihi

mama dtg jenguk BM sejak sekian lama..

paridah delete icon 10:02 PTG

tips yg sgt berguna dijalanraya ni...kederasan kereta yg melampau mmang sukar dikawal n perlu beri ruang mrk melpasi kreta yg kita pndu biar penakut sdikit asal selamat.

memang sakit hati bila dngar plumba haram tgh2 malam..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap