بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Blogger Stats vs Google Analytics

Perbezaan Blogger Stats vs Google Analytics: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap blogger, mereka mesti ingin mengetahui status atau prestasi blog terutama dari sudut jumlah visitor di setiap jam, harian atau pun bulanan. Bagi pengguna blogspot, pihak blogger telah menyediakan data ini melalui Blogger Stats > Overview.

Selain dari Blogger Stats, Google juga menyediakan website Google Analytics untuk mengumpul data blog dengan lebih terperinci dan pelbagai.

Walaupun kedua-duanya perkhidmatan ini, Blogger Stats dan Google Analytics disediakan oleh Google, namun begitu data yang dikumpulkan mempunyai sedikit perbezaan. Anda boleh lihat melalui dua contoh di bawah ini.

Contoh Perbezaan Data Pageview

Blogger Stats vs Google Analytics
Data Pageviews - Blogger Stats
Blogger Stats vs Google Analytics
Data Pageviews - Google Analytics
Dapat anda lihat, data pageviews (PV) melalui Google Analytics (GA) rendah sedikit berbanding Blogger Stats (BS). Perbandingan jumlah PV pada 4 Mei 2015 -.GA (10,877) vs BA (11,211). Kenapa data kedua-duanya berbeza? Ini sebenarnya adalah normal berikutan :
  • Salah satu sebabnya adalah perbezaan tempoh masa 24 jam pengumpulan data di mana GA pada 12:00am ~ 11:59pm manakala BA pada 8:00am ~ 7:59am
  • Selain dari itu adalah cara atau mekanisma pengumpulan data oleh GA dan BA yang berbeza di mana data GA lebih terperinci dan tepat. 
Blogger also attaches a disclaimer “Note that the pageview data in Blogger Stats and in Google Analytics may not be identical, due to different collection mechanisms used.” -source
Oleh itu apabila anda menggunakan GA sebagai data rujukan, ianya agak rendah berbanding BS. Namun data yang diberi oleh GA lebih terperinci dan ini menunjukkan data yang dikumpul lebih tepat dan dipercayai.

Contoh Kelebihan Ketara Data GA Berbanding BS

Di bawah ini adalah contoh perbezaan data top 10 pageview antara GA dan BA. (tempoh yang sama iaitu dari 6 Apr ~ 5 May 2015) Amat jelas sekali perbezaannya! Walaubagaimanapun, GA mampu memberikan anda lebih terperinci sehingga keseluruhan entri. Malah GA dapat mengektrak data PV anda mengikut Tajuk (page title) atau URL (page).

Selain dari itu, beberapa informasi lain juga boleh anda lihat dan boleh diubah mengikut kehendak anda.

Blogger Stats vs Google Analytics
Top 10 Pageviews - Blogger Stats
Blogger Stats vs Google Analytics
Top 10 Pageviews by Page - Google Analytics
Blogger Stats vs Google Analytics
Top 10 Pageviews by Page Title - Google Analytics
Blogger Stats vs Google Analytics
Top 10 Pageviews by view full report - Google Analytics

Banyak kelebihan GA ini yang boleh anda explore untuk mendapatkan data dengan lebih terperinci mengikut apa yang anda mahukan. Paling berguna adalah GA ini mampu memberikan data mengikut tempoh atau tarikh yang anda mahukan yang mana kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi melalui BS

Oleh sebab kelebihan dan ketepatan datanya inilah juga mengapa data dari GA lebih dipercayai dan diterima oleh pihak pengiklan sebagai rujukan.

Kelebihan, Kekurangan Dan Keperluan

Namun begitu, Google Analytic juga bukanlah dapat memberikan anda ketepatan 100% tetapi ianya boleh dipercayai ketepatannya berbanding Blogger Stats.

Selain dari itu juga, terdapat lagi pelbagai perkhidmatan website pengumpul data yang lain sama ada secara percuma atau berbayar yang boleh anda gunakan.

Setiap satu darinya juga punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri mengikut kepada bagaimana cara atau mekanisma pengumpulan data tersebut dilakukan.

Perlukah mendaftar dan mempunyai akaun website pengumpul data blog selain dari Blogger Stats buat pengguna blogspot? Sebenarnya keperluan dan kepentingan data atau informasi blog ini bergantung kepada apa maklumat yang anda mahukan darinya dan untuk apa.

Maka... terpulanglah kepada anda... Lakukanlah jika ianya berguna.


p/s: Ada juga terjadi data GA lebih tinggi dari BS namun selalunya disebabkan oleh kesilapan dalam akaun GA atau code js yang diletakkan.

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


8 comments - "Perbezaan Blogger Stats vs Google Analytics"

Fiza Rahman delete icon 12:03 PTG

Thanks for sharing BM. Baru tau ada perbezaanya.

Jiarizaira delete icon 12:52 PTG

Bagus juga dgn adanya GA ni. Selain dari tengok statistik PV dan UV...dpt juga tgk siapa pengunjung kita, dari mana..dan macam2 lg...

Unknown delete icon 1:33 PTG

Cik akak lama dah tak tengok GA nie..kiki...memang rendah pageviewnya berbanding pageview blog

paridah delete icon 2:56 PTG

tq infonya...kak cek google bs jer.

Betul tu, fungsi GA pelbagai dan sangat berguna buat mereka yang mahukan maklumat terperinci tentang blog

Normal lah tu... Hmmm, Patutlah tak nak tunjuk data GA ye! hehe... :-)

weschairs delete icon 2:26 PG

Tumpang lalu dan singgah baca jap

ternyata sangat berbeda, awesome (y) nice info. l Like it

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap