بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Terima Kasih dan Maafkan Daku Wahai Sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti dan menikmati kebahagia bersama insan-insan tersayang. Semoga aman dan ceria selalu. Biasanya kalau dikala waktu cuti sebegini, dunia blogging akan agak kurang meriah seperti biasa. Kebanyakan masa sudah pasti akan ditumpukan kepada aktiviti bersama keluarga.

Kini sudah masuk ke Bulan Mei 2015. Syukur Alhamdulillah kerana masih dapat bernafas dan meneruskan aktiviti blogging ini. Penting kali ini untuk BM mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua sahabat dan tetamu yang berkunjung ke Blog Relaks Minda ini.

Paling utama buat para sahabat yang setia menyapa dan menyokong dengan menitipkan komen. Anda semua sangat-sangat dihargai dan dihormati. Walaupun agak sukar untuk diri ini membalas komen dan melakukan kunjungan, anda semua tetap rajin dan setia... Sungguh terharu dan berbesar hati.

Ampun maaf dipinta andai ada yang berkecil hati. Bukan berlagak sombong atau ingin meminggir diri... Namun, sekarang ini agak sukar meluangkan lebih masa berblogging. Mungkin satu alasan yang klise namun itulah hakikat kehidupan bagi seseorang blogger part time yang bekerja sendiri.

InsyaAllah... Sahabat semua tetap dihati dan akan kujejaki jua nanti.

Kepada 20 sahabat yang paling mesra pada bulan April, anda semua akan berada di bloglist - 'Sahabat Paling Mesra' (di sidebar) sepanjang bulan Mei 2015. Semoga dengan sedikit penghargaan ini akan terus mengeratkan jalinan persahabatan.

Prestasi Blog Bulan April 2015

Walaupun aktiviti berblogging agak terhad dan banyak entri pula diterbitkam hasil olahan dari sumber asal, syukur Alhamdulillah... masih dapat juga melebihi 300K pageviews sebulan.

Jika sesiapa yang peka dengan isu hangat semasa, sumber trafik terbaik dan tertinggi bagi bulan April adalah apa sahaja berkaitan GST terutama rujukan harga barangan dan perkhidmatan. Andai bijak mengekploitasi peluang ini, blog anda pasti mampu menjana trafik yang berlipat ganda!

Lihat juga :
Relaks Minda April 2014
Relaks Minda April 2014 - Data Google Analytic

Bagi Blog ini, hanya memilih untuk menerbitkan dua entri berkaitan GST dan kedua-duanya berjaya berada di top 10 entri popular pada bulan April.

Sumber trafik yang lain tetap dimonopoli oleh entri berkaitan kreativiti kitar semula yang sentiasa menjana trafik yang baik dan berterusan setiap bulan.

Relaks Minda Top 10 Entri Popular
Relaks Minda Top 10 Entri Popular - Data Google Analytic

Sejak enam bulan kebelakangan ini, pengunjung dari Negara India sentiasa berada di tempat kedua dibelakang pengunjung utama dari Malaysia mengatasi pengunjung dari US dan Indonesia. Agak mushkil juga... Adakah kunjungan mencari maklumat atau tersesat?

Namun begitu, tidak kira dari mana atau apa sahaja tujuannya, kunjungan anda semua ke Relaks Minda tetap dihargai dan amat-amat dialu-alukan. Semoga dapat memberi manfaat dan menemui apa yang dicari...

Relaks Minda Top 10 Negara Pengunjung
Relaks Minda Top 10 Negara Pengunjung - Data Google Analytic

Sekali lagi... Jutaan Terima Kasih serta Ampun dan Maaf dipohon andai ada salah, silap atau kekhilafan. Cuba untuk melakukan yang terbaik namun aku hanyalah insan biasa yang tidak sempurna... Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT. 

Semoga Relaks Minda terus dapat memberi... "ilmu dikongsi bersama" untuk keperluan dan manfaat bersama... InsyaAllah...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


11 comments - "Terima Kasih dan Maafkan Daku Wahai Sahabat"

paridah delete icon 10:33 PG

kak suka bw ke sini mnmbh ilmu mengutip info...tq itupun kalau x jln kemana-mana...blog BM ni nmpak kekal dgn aliran trafik tinggi seluruh dunia...blog kak ada juga yg tersesat singgah terutama drpd USA. setakat 5k jer paling tinggi. sehari

ummu hanan delete icon 7:32 PTG

Seronok bile singgah di sini.. Meluaskan pemikiran saya juga tentang dunia blogger2 hebat.. Halalkan segala idea dan ilmu yang dicedok juga yer..^_^

HAMIDIsP delete icon 8:39 PTG

Sama la tu BM, terlalu sibuk di bulan april ni dan dijangka berterusan ke bulan mei..:(

Khir Khalid delete icon 12:45 PG

Adat dunia berblogging BM.. saya pun ada masa sama seperti itu juga. Biasalah.. kita sendiri faham kan. Akan ttp menyapa selagi diizinkan berblogging, in shaa Allah. T kasih BM dan tahniah juga buat rakan2 yg lain.. semoga BM dan blog relaksminda terus sukses.. aamiin.. Salam ceria bulan Mei.. :) :)

Fiza Rahman delete icon 12:42 PTG

Biasalah tu BM. Bila dah jadi blogger part time ni masa agak membataskan. SAya pon lately jarang menyapa rakan², Tu yg terus buat komen marathon ☺☺

Sentiasa ingat akan rakan2 blogger...

Terima kasih akak Paridah... Kunjungan akak sangat2 dihargai dan dinanti.
5K sehari tu dah sangat bagus tau!

"ilmu dikongsi bersama"... andai bermanfaat dan digunakan utk kebaikan, ambillah...
Terima kasih ya!

Biasalah tu... Semoga dipermudahkan segala urusan, amiin :)

Komitmen dan kerajinan KK amat dikagumi. Terima kasih dan amat2 menghargai atas setiap kali kunjungan KK ke sini. Salam ceria buat anda juga :>)

Terima kasih Fiza... Hebat anda! buat komen marathon sampai berbelas-belas entri. Sangat2 menghargainya!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap