بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak ke 35
Majlis istiadat pertabalan rasmi  Sultan Perak ke 35 - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, 6 Mei 2015 merupakan tarikh bersejarah buat seluruh rakyat Negeri Perak di mana  Raja Dr Nazrin Shah akan ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke 35 melalui satu majlis pertabalan yang penuh istiadat di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Raja Dr Nazrin Shah telah dilantik sebagai Sultan perak yang baharu pada 29 Mei 2015 bagi menggantikan almarhum ayahanda baginda iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (Sultan Perak ke 34) yang mangkat pada 28 Mei 2014.

Sebagai Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah menggunakan gelaran rasmi sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan, Yang di-Pertuan Negara dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya, D.K., D.K.II (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard), MPA (Harvard),D.M.N. 

Berikut adalah rentetan gelaran yang beliau galas sebelum dilantik menjadi Sultan Perak ke 35
  • 27 November 1956 – 16 February 1984: Yang Mulia Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 16 February 1984 – 15 April 1987: Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah
  • 15 April 1987 – 25 April 1989 : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah
  • 26 April 1989 – 25 April 1994: Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah
  • 25 April 1994 – 27 January 2008: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah
  • 27 January 2008 – 29 May 2014: Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah
  • 29 May 2014 : Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merupakan seorang sultan yang berpendidikan tinggi sehebat ayahanda beliau yang sangat dikagumi dalam bidang kehakiman negara.
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Biodata ringkas Sultan Nazrin Muizzuddin Shah :
  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007 (Kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim)
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak ke 35
Sultan dan Pemaisuri Perak Darul Ridzuan

Tahniah! dan Daulat Tuanku... Semoga Negeri Perak akan terus maju, aman dan sejahtera di bawah pemerintahan Tuanku, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak ke 35.


Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


6 comments - "Pertabalan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Perak ke 35"

sitirohaida delete icon 10:41 PG

tahniah..

daulat tuanku!!

Tahniah..tengah tengok kat tv3 ni hehehehe

sultan yg handsome..
permaisuri yg jelita...
putera dan puterinya pulak comel2 belaka..

selamat hari pertabalan yg ke 35..

Unknown delete icon 8:57 PG

Segak bergaya tuanku Nazrin ni...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap