بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Selawat Nabi: Perkataan “Selawat” berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian. Maka setiap kali kita melafazkan Selawat Nabi maka ianya adalah satu doa dan puji-pujian buat junjungan besar, penghulu umat Islam Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran:
إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Manakala selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Jelaslah bahawa membaca Selawat Nabi itu sangat diutama dan dimuliakan.

Bagaimana cara mengucapkan Selawat Nabi?

Dari Abi Mas’oud al-Anshari, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang kepada kami yang mana kami sedang berada di dalam majlis Sa’ad B. ‘Ubadah. Kemudian Basyir B. Sa’ad bertanya kepada beliau (Rasulullah):

Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahai Rasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? (Kata Abi Mas’oud): Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diam sehingga kami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Sa’ad) tidak bertanya kepada Rasulullah. 

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/57, no. 1268.

Namun jika mengucap Selawat Nabi secara  ringkas pun boleh juga iaitu :
Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda: Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.

Selawat Nabi

Kelebihan Berselawat

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” 
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." 
[HR  Ibn Mas'ud r.a]

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”
[HR: Tirmizi. Sahih].

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Selawat kalian kepadaku itu merupakan pengawal bagi doa kalian, beroleh keredhaan Tuhan dan pembersih amal-amal kalian." 
(H.R. Al-Dailamy RA dari Amirul Mu'minin Ali, karramullahu wajhahu)

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Hiasilah ruang perternuan kalian dengan berselawat kepadaku. Sesungguhnya bacaan selawat kalian kepadaku itu dapat menjadi cahaya di Hari Kiamat." 
(H.R. Al-Dailami RA dari lbnu Umar RA).

Sebuah hadis dari Abdurrahman bin Samrah yang dituturkan oleh Sa'id bin Al-Musayyab, mengenai soal mimpinya Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai berikut, "Kulihat seorang dari umatku berjalan di atas titian sirat, kadang merangkak-rangkak dan kadang tergantung, kemudian datanglah selawat (yang diucapkannya dahulu ketika hidup di dunia) Ialu membangunkannya hingga dapat berdiri dan berjalan dengan kakinya, ia telah diselamatkan oleh selawatnya." 
(Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madiny di dalam At-Targhib Wat-Tarhib, sebagai hadis hasan jiddan (amat baik)

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku." 
(Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032. Dinyatakan oleh al-Albani sebagai hasan lighairihi, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/137, no. 1672)

Seseorang bertanya, “Bagaimana pandangan kamu sekiranya aku jadikan seluruh doaku untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika begitu, Allah Tabaraka wa Ta’ala akan mencukupkan apa yang kamu inginkan dari urusan dunia dan akhiratmu.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, 35/166, no. 21242. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis hasan. Syaikh al-Albani berkata: Isnadnya jayyid, Shohih Targhib wa at-Tarhib, 2/137)

Kelebihan Selawat Nabi

Waktu Berselawat

Waktu-waktu terbaik mengucap Selawat keatas Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam (selain dari yang termaktub dalam rukun)
  • Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.
  • Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  • Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
  • Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  • Di akhir qunut dalam solat.
  • Di dalam solat jenazah.
  • Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  • Setiap waktu pagi dan petang.
  • Hari Khamis malam Jumaat.
  • Sepanjang hari Jumaat.
  • Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.


Allahu a’lam.

Selawat Nabi - Kitab Selawat Barakat Makkiyyah

“Mari sertai Contest SEO Kitab Selawat Nabi Barakat Makkiyyah yang dianjurkan olehS19 Design Publishing House yang berlangsung dari 15.04.2015 sehingga 15.06.2015. Contest ini bertujuan untuk menyebarkan lagi amalan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melalui perantaraan Kitab Barakat Makkiyyah yang mengumpulkan 805 nama Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Semoga usaha kita semua menjadi sebab bersemaraknya amalan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.”

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


7 comments - "Selawat Keatas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam"

Khir Khalid delete icon 11:33 PG

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw. Semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak.. aamiin.

perbanyaklah sholawat kpd nabi muhammad,maka akan datang barokah untukmu

sesungguhnya alloh akan memperhatikan orang yang banyak bersholawat kpd nabi muhammad saw

sesungguhnya beruntunglah orang yang banyak bersolawat kepada nabi muhammad SAW

ibrahim delete icon 1:06 PTG

Alhamdulillah ...

ibrahim delete icon 1:07 PTG

Alhamdulillah ...

Assalamualaikum..
alhamdulillah terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
semoga kita sama-sama mendapat syafaat baginda kelak.
Tips Agar Masa Panjang

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap