بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sekarang ini media sosial (social media) sebahagian dari kehidupan masa kini dan diguna pakai oleh ramai orang. Ianya selari dengan perkembangan teknologi komunikasi dan multimedia.

Terdapat impak positif dan negatif hasil dari perubahan yang berlaku ini. Tidak kurang juga yang bijak mengeksploitasi dengan menjadikan ianya sebagai peluang dan ruang untuk promosi serta menjana pendapatan.

Peluang yang sentiasa terbuka buat sesiapa sahaja yang bijak menggunakannya. Tidakkah anda juga mahu mengambil kesempatan tersebut?

Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial
Bersosial hanya di hujung jari... itulah "media sosial"

Untuk bersosial di media sosial, anda juga perlukan modal kerana ianya perlukan perkhidmatan talian. Luangkan masa sejam dua untuk menjana sedikit pendapatan sehari, anda boleh menampung kos tersebut malah ianya boleh mendapat pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan serius dan betul!

Seronok Sambil Menjana Pendapatan

Jika melakukan perkara yang anda seronok dan minat, ianya akan lebih mengujakan. Sambil bersosial dapat menjana pendapatan... best kan!

Namun anda harus perlu ada panduan dan ilmu untuk melakukannya. Berikut adalah beberapa rujukan yang boleh membantu anda untuk melakukan promosi dan menjana pendapatan melalui media sosial ini. Semoga berjaya!

Instagram
Semua orang sekarang ini cukup giler dengan instagram. Manusia zaman ini suka berkongsi gambar dan video kepada sesiapa sahaja. Kalau anda salah seorang pengguna tegar media sosial Instagram, sambil asyik berinstagram... tidak mahukah anda menggunakan sedikit masa dengannya untuk menjana pendapatan!

Ya...sambil-sambil bersosial di Instagram, anda dapat wang RM empat angka sebulan! Tak nak ke? Tapi anda kenalah tahu caranya dan inilah yang dibongkar dan dikongsikan dalam "Rahsia Dominasi Instagram".

Orang lain berhabis duit untuk bersosial di Instagram tetapi anda juga bersosial tetapi mendapat pulangan darinya!

Dapatkan informasi lebih lanjut di sini : Rahsia Dominasi Instagram

Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial

Menjana Pendapatan Online Melalui Facebook
Sebut sahaja Facebook, ianya adalah kuasa besar dalam media sosial masa kini. Hampir semua orang punya akaun Facebook, malah ada yang punya lebih dari satu! Pasti ramai juga yang menggunakannya untuk tujuan promosi dan pemasaran dengan mempunyai Page Facebook.

Ya! Satu teknik menjana pendapatan paling lumayan sebenarnya bagi mereka yang tahu dan bijak menggunakannya. Namun bak kata pepatah... selalunya "indah khabar dari rupa". Realitinya...ramai yang gagal dari yang berjaya.

Kenapa gagal? Kerana main redah jer dan tanpa ilmu serta panduan yang betul. Bukankah peluang yang terhidang tersebut telah menjadi sia-sia!

Sebelum lakukan sesuatu, dapatkan ilmu serta rujukan yang tepat dan pasti jaya. Hanya "FacebookX" yang mampu memberikan semua itu... Teknik dan panduan lengkap cara menjana pendapatan melalui Facebook.

Dapatkan informasi lebih lanjut di sini : FacebookX

Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial

Menjana Pendapatan Online Melalui Youtube
Satu lagi media sosial yang sangat berpengaruh. Himpunan pelbagai video yang tiada batasannya. Kuasa kamera video yang kini berada dimana-mana bersama telefon anda.

Dalam asyik berseronok bersosial dengan berkongsi video-video menarik, tahukah bahawa anda juga mampu mendapat pulangan melaluinya! Alangkah ruginya jika video youtube anda dilihat oleh berjuta-juta pelayar internet tetapi hanya gah dengan angka itu tetapi jika ianya dapat memberi pulangan dalam nilai RM...tidakkah itu lebih menggembirakan dan bernilai?

Jangan sia-siakan peluang yang ada. Ketahui cara dan teknik bagaimana vdeo youtube anda mampu memberi nilai dan menjana pendapatan melalui "Rahsia Duit Youtube".

Dapatkan informasi lebih lanjut di sini : Rahsia Duit Youtube

Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial

Menjana Pendapatan Online Melalui Email
Jika anda mempunyai akaun media sosial, ini bermakna anda mesti mempunyai Email. Melalui akaun email anda bermula mempunyai pelbagai akaun yang lain. Ini bermakna, hampir setiap orang pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya satu email.

Di sinilah sebenarnya kuasa pemasaran terbesar dan terhebat! Namun anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan peluang keemasan ini. Jangan risau...semuanya didedahkan di dalam "InboxCash - Kuasai Kaedah Pemasaran Paling Powerful di Internet."

Pelajari teknik, panduan lengkap pemasaran dan cara menjana pendapatan melalui email ini dengan betul. Rahsia dan strategi yang paling berkesan dan ampuh untuk anda!

Dapatkan informasi lebih lanjut di sini : InboxCash - Kuasai Kaedah Pemasaran Paling Powerful di Internet.

Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial

Menjana Pendapatan Online Melalui Ebook
Anda suka menulis? Anda ada kemahiran atau ilmu yang bernilai yang boleh dipasarkan? Ya! Dengan menghasilkan sebuah ebook anda boleh menjana pendapatan melaluinya. Nampak senang jer... tulis dan jual namun realitinya tidaklah semudah itu.

Selain dari panduan penulisan ebook yang berkualiti dan berkesan, apa yang lebih penting adalah ilmu promosi dan pemasaran. Semua ini bukannya boleh main redah begitu sahaja. Anda perlukan ilmu serta rujukan yang betul.

Inilah yang dikongsikan kepada bakal-bakal penulis ebook agar tidak kecewa dan gagal melalui "Mesin Produk Digital". Perkongsian ilmu dan panduan lengkap dari asas permulaan sehinggalah anda mampu menjana pendapatan melalui ebook yang dihasilkan!

Dapatkan informasi lebih lanjut di sini : Mesin Produk Digital

Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial

Kuasa Dan Peluang

Semua orang mahukan kerja yang mudah dan seronok apatah lagi dapat dilakukan di rumah. Namun, hakikatnya, tiada jalan mudah untuk menempa kejayaan. Setiap usaha perlukan rujukan serta ilmu yang betul dan tepat! Setiap hasil pula bergantung kepada usaha yang dilakukan.

Dapatkan juga peluang berikut : Cara Menjana Pendapatan Dari Rumah

Media sosial adalah kuasa dan peluang masa kini. Sambil anda berhibur dan berinteraksi, gunakan ia sebijaknya tanpa melanggar garis sempadan tatasusila, undang-undang dan agama...


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Terima kasih membaca artikel : Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial

6 comments - "Menjana Pendapatan Online Melalui Media Sosial"

Unknown delete icon 8:07 PG

Banyak saluran media sosial untuk menjana pendapatan pasif dan aktif kan BM?

paridah delete icon 9:58 PG

peluang menambah pendapatan sambil suka2 aktif di laman sosial ramai yg berminat ni...tq perkongsiannya.

Fiza Rahman delete icon 10:07 PG

Banyak cara nak tambah pendapatan skang ni. Antara rajin dengan tak dan juga antara sanggup keluar modal nak beli buku²/CD yg dicadangkan tu atau tak ☺

Jawab survey pon dah boleh dapat inome skang ni.

Unknown delete icon 2:42 PTG

Betul tu..sekarang zaman semua menggunakan media sosial ..paling cepat nak dapatkan income..tapi kena rajin la

Unknown delete icon 3:01 PTG

blogger sepenuh masa boleh buat . klu bekerja , kena tunggu waktu yang sesuai . apa pun , mesti rajin dan nekad ... insha Allah .

Khir Khalid delete icon 2:15 PTG

Bnyk peluang yg boleh diperolehi melalui dunia online ni.. tambahan lagi, status dan artikel media sosial termasuk blog juga dpt digunakan sbg portfolio memperkasa kerjaya dan prospek pendapatan offline juga.. disamping memperkemaskan networking dan mencungkil peluang baru.. perkongsian yg menarik BM.. :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap