بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Trafik Blog 10 Juta! Ya... akhirnya blog Relaks Minda mencapai pageviews (PV) sebanyak 10 juta pada 19 September 2016. Syukur Alhamdulillah...

Trafik Blog Capai 10 Juta
Relaks Minda Blogger Stats

Blog yang wujud dengan entri pertama pada 10 September 2012 ini telah pun berusia genab 4 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kenangan dan pengalaman pahit manis sebagai seorang blogger telah dikecapi.

Saat yang paling mengecewakan sudah tentulah apabila blog ini dijangkiti virus malware sehingga telah disekat oleh google dari menerbitkan sebarang entri terbaru malahan beberapa entri juga terpaksa di delete akibat dari serangan tersebut.

Sekatan bermula dari Jun 2015 dan selama setahun blog Relaks Minda tidak beroperasi sehinggalah sekatan tersebut ditarik semula pada Jun 2016. Ianya memberi kesan yang teruk ke atas jumlah trafik namun sepanjang tempoh tersebut, trafiknya dapat dikekalkan dalam dilingkungan purata 5K sehari.

Sejak berakhirnya sekatan, blog ini sudah tidak seaktif dulu, malah hanya beberapa entri terbaru sahaja berjaya diterbitkan. Ini berikutan tumpuan utama sudah pun beralih kepada blog BinMuhammad @ www.dammmahumnib.com yang diwujudkan sebagai alternatif sepanjang tempoh sekatan ke atas blog Relaks Minda sebelum ini.

Pada pertengahan Ogos 2016, blog Relaks Minda bertukar domain dari relakssminda.blogspot.com kepada www.relaksminda.com sebagai menaik taraf blog ini agar ianya dapat meningkatkan reputasi di enjin carian. Sekali lagi mengakibatkan trafik blog turun mendadak namun kini ianya mula meningkat secara berterusan dan telah pun mencapai 10K sehari baru-baru ini.

Blog Relaks Minda @ www.relaksminda.com akan terus aktif walaupun tidak menerbitkan entri sekerap dahulu... InsyaAllah

Trafik Blog Capai 10 Juta - Terima Kasih

Terima kasih

Jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang sentiasa menyokong terus bersama Blog Relaks Minda mahupun Blog BinMuhammad. Jutaan terima kasih juga pada semua tetamu yang sudi berkunjung ke blog ini.

Semoga tujuan dan matlamat persinggahan anda beroleh manfaat... Ilmu yang sedikit ini dikongsi bersama. Kehadiran anda semua telah memberi semangat BM untuk terus berblogging walaupun agak terbatas pada masa kini.

Pencapaian trafik blog 10 juta ini menjadi hadiah terindah dari anda semua sempena ulang tahun ke 4 blog Relaks Minda. Terima Kasih semua... Syukran!


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

15 comments - "Trafik Blog Capai 10 Juta"

paridah delete icon 10:40 PG

TAHNIAH TRAFIK SEMAKIN TINGGI SETELAH BLOG RELAKS MINDA BEROPERASI SEMULA...

hebatnya... tak tercapai jangkauan tu... huhu bila la agaknya...

eh lupa tahniah!!! :)

Mrs. A delete icon 11:31 PG

Waalaikummussalam...
Tahniah buat BM jutawan PV gitu.

hebatttt!

Terima kasih Kak PI...
Alhamdulillah, trafik semakin bertambah baik.

InsyaAllah... Anda pun boleh! Tiada yg mustahil...usaha ya :)

Terima kasih... amat menghargainya

Jika jumlah PV tu dalam RM... Boleh kongsi bersama! :)
Terima kasih Mrs A krn sentiasa bersama blog2 BM, amat2 menghargainya

Belum hebat lagi... Ada Blogger yang dah puluh2 juta tuu!
Terima kasih IK... Setiap kunjungan anda amat dihargai

Mas delete icon 5:32 PTG

Waaa..banyaknya.

Blogwalking sini.

Semoga hajat anda tercapai

tahniah blog saya bila la orang nak masuk seo xthu boleh ajar tak

Bahrain delete icon 8:23 PTG

Wow.. banyak sangat tu... tahniah. hehe

matdin delete icon 8:22 PTG

wahh.. tahniah.. tingginya polis trafik.. hehe...


jom jenguk sini ya.. hehe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap