Assalamualaikum dan samalm sejahtera. Terima kasih kerana sudi singgah seketika disini. Kali ini ingin saya berkongsi gambar beberapa tempat yang telah saya jejaki. Entri pertama dibawah label perjalananku ini bermula dengan tempat kelahiran saya iaitu Bagan Datoh. Jom kita kenali serba sedikit tentang pekan kecil ini...
Bagan Datoh, Perak merupakan sebuah pekan kecil, biasa di gelar pekan koboi...terletak di Daerah Hilir Perak di selatan Perak bersempadan dengan Selangor. Hasil utama adalah kelapa, kelapa sawit, pisang dan hasil laut.
Daerah Hilir Perak merupakan kawasan perkampungan melayu, estet (kaum india) dan kampung nelayan (kaum cina). Pekan Bagan Datoh ini terletak di pinggir muara Sungai Perak yang mengalir terus ke Selat Melaka. Nikmati beberapa gambar menarik di Pekan Bagan Datoh...
Selamat Datang ke Bagan Datoh
Bagan Datoh terkenal sebagai lokasi memancing terutama yang
meminati memancing ikan sembilang dan udang galah.
meminati memancing ikan sembilang dan udang galah.
Ketika pertandingan memancing Joran Berita Harian
di tebing sungai perak di Pekan Bagan Datoh
di tebing sungai perak di Pekan Bagan Datoh
Pemandangan Sungai Perak dari Jeti
Perkampungan nelayan dari Jeti Bagan Datoh
Pekan Bagan Datoh dari jeti.
Sungai perak dan perkampungan nelayan
Bot nelayan di kampung Pasang Api, Bagan Datoh
Deretan kedai di Pekan Bagan Datoh
Pemandangan Jeti Bagan Datoh. Landmark paling terkenal disini
Jeti Bagan Datoh di waktu petang.
Bangunan pasar basah di Pekan Bagan Datoh
Deretan kedai di Pekan Bagan Datoh
Hentian Bas di Bagan Datoh... Bas tambang ini beroperasi membawa
penumpang dari Bagan Datoh ke Bandar Teluk Intan.
penumpang dari Bagan Datoh ke Bandar Teluk Intan.
Tebing sungai perak di pinggir Pekan Bagan Datoh dari Jeti
Kalau anda ke Pekan Bagan Datoh terutama pada petang Sabtu atau pagi Ahad ada pasar minggu. Yang popular sekali disini adalah sup soto... Cukup enak! Cubalah...
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Admin...
3 comments - "Kenali Pekan Bagan Datoh, Perak"
Bagan Datoh...tidak banyak berubah dan banyak kenangan...
Kampung saya juga di bagan datoh. Di parit nibung, simpang tiga
kerjaya saya dengan kerajaan bermula di sini...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”