Assalamualaikum dan samalm sejahtera. Terima kasih kerana sudi singgah seketika disini. Kali ini ingin saya berkongsi gambar beberapa tempat yang telah saya jejaki. Entri pertama dibawah label perjalananku ini bermula dengan tempat kelahiran saya iaitu Bagan Datoh. Jom kita kenali serba sedikit tentang pekan kecil ini...

Bagan Datoh, Perak merupakan sebuah pekan kecil, biasa di gelar pekan koboi...terletak di Daerah Hilir Perak di selatan Perak bersempadan dengan Selangor. Hasil utama adalah kelapa, kelapa sawit, pisang dan hasil laut. 

Daerah Hilir Perak merupakan kawasan perkampungan melayu, estet (kaum india) dan kampung nelayan (kaum cina). Pekan Bagan Datoh ini terletak di pinggir muara Sungai Perak yang mengalir terus ke Selat Melaka. Nikmati beberapa gambar menarik di Pekan Bagan Datoh...

Selamat Datang ke Bagan Datoh

eksplorasi bagan datoh perak
Papan tanda selamat datang sebelum anda sampai ke Pekan Bagan Datoh

eksplorasi bagan datoh perak
 Bagan Datoh terkenal sebagai lokasi memancing terutama yang
meminati memancing ikan sembilang dan udang galah.

eksplorasi bagan datoh perak
Ketika pertandingan memancing Joran Berita Harian
di tebing sungai perak di Pekan Bagan Datoh 

eksplorasi bagan datoh perak
Pemandangan Sungai Perak dari Jeti

eksplorasi bagan datoh perak
Perkampungan nelayan dari Jeti Bagan Datoh 

eksplorasi bagan datoh perak
 Pekan Bagan Datoh dari jeti.

eksplorasi bagan datoh perak
Sungai perak dan perkampungan nelayan 

eksplorasi bagan datoh perak
Bot nelayan di kampung Pasang Api, Bagan Datoh  

eksplorasi bagan datoh perak
Deretan kedai di Pekan Bagan Datoh 

eksplorasi bagan datoh perak
 Pemandangan Jeti Bagan Datoh. Landmark paling terkenal disini

eksplorasi bagan datoh perak
Jeti Bagan Datoh di waktu petang.  

eksplorasi bagan datoh perak
Bangunan pasar basah di Pekan Bagan Datoh 

eksplorasi bagan datoh perak
Deretan kedai di Pekan Bagan Datoh 

eksplorasi bagan datoh perak
Hentian Bas di Bagan Datoh... Bas tambang ini beroperasi membawa
penumpang dari Bagan Datoh ke Bandar Teluk Intan. 

eksplorasi bagan datoh perak
Tebing sungai perak di pinggir Pekan Bagan Datoh dari Jeti

Kalau anda ke Pekan Bagan Datoh terutama pada petang Sabtu atau pagi Ahad ada pasar minggu. Yang popular sekali disini adalah sup soto... Cukup enak! Cubalah...

Terima kasih bersama Relaks Minda...


Admin...

3 comments - "Kenali Pekan Bagan Datoh, Perak"

hairi02 delete icon 11:24 PG

Bagan Datoh...tidak banyak berubah dan banyak kenangan...

DINEE delete icon 8:09 PTG

Kampung saya juga di bagan datoh. Di parit nibung, simpang tiga

Tanpa Nama delete icon 2:35 PTG

kerjaya saya dengan kerajaan bermula di sini...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap