Burung Merak Putih merupakan salah satu daripada spesis burung merak yang cantik dan unik yang mampu memukau pandangan. Ianya bukanlah spesis burung merak yang albino tetapi ianya tergolong dalam keluarga "Indian Blue Peacock" iaitu salah satu spesis dalam keluarga burung merak biasa yang berwarna-warni. Rupa. saiz dan sifatnya sama seperti burung merak biasa.
Kecantikan yang mempersonakan, memukau pandangan
Burung Merak putih merupakan haiwan terancam yang semakin sukar ditemui di habitat semulajadinya namun anda masih berpeluang untuk melihatnya kerana beberapa Zoo di Malaysia ada mempamerkan burung merak putih ini.
Merak Putih, umpama ratu....memukau setiap mata yang memandang
Burung Merak cukup terkenal dan popular bagi masyarakat India ia kerana bulunya yang cantik sering digunakan dalam upacara keagamaan namun bulu burung merak putih jarang digunakan. Malah negara India turut memilih burung merak sebagai burung kebangsaan mereka.
Merak Putih... Bak burung turun dari kayangan
Merak biasa yang berwarna-warni
Kecantikan burung merak memang tidak di nafikan. Keindahannya sering dijadikan perumpamaan dan bandingan. Anugerah kecantikan yang menjadi buruan dan akhirnya membawa kepada ancaman kepupusan.
Burung Merak Putih... Lagak bagai puteri yang menawan tangkas berlawan
Sungguh cantik mempersonakan. Pasti menarik perhatian setiap mata yang memandang.
Kecantikan yang memukau mata yang memandang
Kecantikan yang memukau mata yang memandang
Burung merak....anugerah tuhan untuk manusia yang cukup cantik. Burung Merak Putih yang unik...kecantikan bak bidadari, memukau pandangan. Hargai dan jagalah haiwan yang menawan ini agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang...
Admin...
7 comments - "Burung Merak Putih - Kecantikan Memukau"
Aku terpukau!
cantik giler
wow terpesona...cntiknye
Terima kasih +Razfira,
semoga terhibur
Begitulah cantiknya ciptaan Ilahi...tiada tandingan.
Thx Acik
welcome... memang unik ... ALLAH Maha Pencipta ... Maha besar .. first time tengok merak nie
Acik...rasanya kebanyakan zoo di Malaysia mempunyai spesis merak ni. Saya pernah tengok di Melaka dan Taiping.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”