Kehidupan dikampung semakin ditinggalkan. Jika dulu kita biasa melihat, mendapat serta mengenali buah-buah ini namun sekarang ianya agak sukar untuk ditemui, dilihat dan dinikmati. Buah-buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian daripada memori indah kita semasa di kampung.

Buah-buah ini sukar di popularkan kerana kesukaran mendapatkannya dalam kuantiti yang banyak dan terlalu kurang permintaannya. Jika dari segi rasa pula, ianya memang kurang nilai komersil tapi ianya unik dan amat menarik bagi sesetengah orang. Namun jika dikaji khasiatnya mungkin ianya setanding dengan buah-buahan yang lain.

Relaks Minda ingin mengimbas kembali kenangan anda di kampung dengan melihat kembali beberapa jenis buah-buahan kampung yang semakin sukar untuk kita temui dan nikmati. Bagi generasi sekarang...kenalilah buah-buahan tempatan ini...ianya unik dan banyak khasiatnya. 

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Gambar kiri : Buah Nam Nam, rasanya masam-masam manis
Gambar kanan : Buah Rokam, kecur air liur mengenangkan buah yang masam ini.

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah Jambu Air, masam-masam manis begitu sedap dimakan dengan kicap

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah letop-letop, Buah dari pokok yang menjalar ini manis rasanya.

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah Goncaq, buah yang halus seperti lada hitam ini bila masak berwarna merah kehitaman. Rasanya masam-masam manis. 

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di TemuiBuah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Gambar kiri : Buah Rotan, rasanya lemak,kelat bercampur manis
Gambar kanan : Buah Putat, buahnya rangup dan rasanya juga sedikit kelat.

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah Jambu Mawar, buah jambu ini wangi dan manis rasanya tapi isinya nipis.

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah Mentega, mendapat gelaran kerana isinya kuning dan lembut seperti mentega. 
Rasanya lemak manis.

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui
Buah Teratai, Bijinya enak di makan, rasanya lemak-lemak manis.

Semoga anda mendapat mengimbas kembali rupa dan rasa buah-buahan tersebut. Walaupun masih ada namun sekarang ini ianya semakin jarang dan sukar ditemui. Buat generasi masa kini, cubalah kenali dan nikmati rasa buah-buah ini agar dapat disampaikan pula kepada generasi seterusnya. Jangan biarkan ianya hanya menjadi sejarah buat tatapan sahaja. 

Mungkin anda ada kenangan terindah dengan buah-buahan ini...Cer cite... 

Anda juga perlu lihat :


Admin...

5 comments - "Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui..."

Unknown delete icon 4:45 PTG

buah katak bersepah kat umah mak abah.hehehe

yang lain tu mmg susah sikit nk dpt

Fesyen janggut Yang Sangat Cool

Tengah ada...bior bersepah, esok bila dah tak ada...barulah terkenang. Jaga pokok tu..bior sampai ke anak cucu awk lak ye...

Fais-SKA delete icon 10:32 PG

salam..buah nam2 tu, org kg ambe pggl buoh katok puru..ha3, sdap mkan wat colek :) mmg jrang dah nmpak buoh 2 skarg

Tanpa Nama delete icon 4:58 PTG

buah rokam memand sedap...terliur rasanya..bila dibuat garam belacan

psyduck delete icon 2:18 PTG

pernah makan 3 jee....namnam..jambumaway n biji teratai....y len xpenah mkn/jumpe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap