Eksplorasi kali ini ke kota keriangan Genting Highland. Pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di puncak banjaran Titiwangsa di tengah-tengah hutan hujan dan alam semulajadi amat memukau pandangan dengan suasana dan suhu yang sedikit sejuk... amat menyegarkan.
Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland berada di ketinggian 1,800 meter di puncak gunung Ulu Kali ini mula di terokai oleh Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1965 ini amat mudah di jejaki sama ada melalui jalan raya mahupun perkhidmatan kereta kabel. Lokasi yang amat strategik iaitu kira-kira 60km sahaja dari Kota raya Kuala Lumpur.
Panorama Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland
sungguh indah dan menarik sekali di puncak gunung
Antara tarikan utamanya adalah suasana dan suhu sederhana yang menyegarkan yang menjadi suatu kelainan yang ingin di nikmati oleh setiap orang yang ingin lari dari kepanasan cuaca panas tropika.
Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland di kelilingi oleh hutan hujan khatulistiwa yang masih terpelihara merupakan destinasi pusat peranginan dan percutian tanah tinggi yang sungguh menarik dengan pelbagai tarikan yang di tawarkan.
Keindahan panorama Genting Highland di puncak pergunungan
Pastinya tarikan taman tema antara yang terawal di Malaysia ini merupakan sesuatu yang amat ingin di nikmati apabila menjejak kaki ke Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland.
Pelbagai permainan di sediakan di taman tema luar yang pasti memberikan keriangan dan keseronokan yang menjadi kenangan indah anda di sini. Sebuah tasik semulajadi yang menjadi suatu kelainan di puncak gunung di eksploitasi dengan cukup berkesan.
Penginapan cukup banyak tapi jika di waktu cuti umum atau hujung minggu cuti sekolah perlu tempahan awal. Harga bilik juga pelbagai dari harga semurah RM60 hinggalah ke tahap ekslusif yang bernilai ribuan ringgit semalam ada di tawarkan di sini.
Tidak cukup dengan taman tema luar...di Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland terdapat juga taman tema tertutup yang tidak kurang menariknya dengan pelbagai tarikan permainan dan kedai-kedai untuk anda membeli belah serta menjamu selera menjadikan ianya satu tarikan menarik yang lengkap hanya di bawah satu bumbung.
Jika ingin merasakan lebih lagi kedinginan anda boleh cuba masuk ke dunia "Snow World"
Antara tarikan yang terdapat didalam taman tema tertutup
Pemandangan Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland
di waktu malam dari Kuala Lumpur
Jika anda ingin berada di suasana suhu yang sederhana dan mahukan keriangan serta keseronokan... pastinya Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland adalah lokasi yang paling sesuai untuk anda.
Jika anda inginkan suhu yang sederhana yang menawarkan ketenangan dan kedamaian di samping alam semulajadi hutan hujan yng memukau pandangan, ada beberapa lokasi pilihan... Antaranya anda boleh memilih sama ada Cameron Highland, Fraser Hill, Bukit Tinggi atau Bukit Larut sebagai tempat yang paling sesuai.
Perlu juga anda ketahui bahawa Pusat Peranginan Tanah Tinggi Genting Highland merupakan satu-satunya pusat perjudian di Malaysia dan yang terbesar di Asia Tenggara.
Teruskan eksplorasi anda ke :
Admin...
1 comments
he3..in.shaa.Allah 1hr nnti kena bwa 1family dtg sini :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”