Perjalanan kali ini menjejak ke Bandar Melaka... Bandaraya Bersejarah. Melaka antara lokasi pelancongan yang menarik di Malaysia ini yang telah wujud sejak 1400 M dulu merupakan sebuah negeri yang cukup terkenal dalam sejarah di Tanah Melayu. Semasa era kegemilangannya ianya dikenali sebagai sebuah pelabuhan terbesar, terpenting dan terkenal yang menjadi singgahan pedagang dari seantero dunia.
Kini Melaka masih lagi menjadi tarikan serata dunia tetapi melalui pelancongan terutama untuk menikmati tinggalan sejarah yang masih kekal terpelihara menjadi bukti kegemilangan Melaka suatu masa dahulu. Begitu banyak sekali lokasi menarik di Melaka Bandaraya Bersejarah yang boleh kita lawati dan kunjungi.
Melaka Bandaraya Bersejarah
Pemandangan menarik Bandar Melaka dari Hotel Equatorial
Pemandangan menarik dari Bukit St. Paul
Deretan bangunan kedai bercat merah merupakan identiti unik bandar ini
Relaks Minda anda dan nikmati tempat-tempat dan bangunan-bangunan menarik
yang dapat saya kongsikan dengan lensa kamera amatur ini.
yang dapat saya kongsikan dengan lensa kamera amatur ini.
Bangunan Stadthuys menjadi bukti penjajahan Belanda keatas Melaka.
Mercu tanda paling terkenal di Melaka...pintu gerbang A Farmosa
iaitu kubu kota Melaka yang di bina oleh penjajah Portugis.
iaitu kubu kota Melaka yang di bina oleh penjajah Portugis.
Bukit St. Paul dimana terletaknya gereja St. Paul merupakan antara senibina eropah tertua di asia.
Replika Istana Melaka yang menjadi lambang keagungan Kesultanan Melayu Melaka
Antara lokasi menarik di Bandar Melaka adalah Dataran Pahlawan.
'London Bus' antara tarikan pelancong yang ada di sini
Antara pemandangan menarik di Bandaraya Melaka
Bangunan Memorial Peristiharan Kemerdekaan
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar
menggambarkan keagungan pelabuhan dan perdagangan di Melaka suatu ketika dulu.
menggambarkan keagungan pelabuhan dan perdagangan di Melaka suatu ketika dulu.
Muzium Satera yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden.
Antara tempat menarik di negeri Melaka adalah Taman Mini Malaysia
di mana disini terdapat replika bersaiz sebenar senibina rumah-rumah seluruh Malaysia.
Taman Rama-rama antara tempat yang menarik untuk di lawati dan berhampiran plaza tol Ayer Keroh.
Melaka Bandaraya Bersejarah merupakan lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi dan dinikmati. Banyak sekali tarikan terutama tempat-tempat bersejarah yang lokasinya berhampiran begitu mudah untuk di jejaki.
Selain Bandaraya Bersejarah... Lokasi tarikan di Melaka banyak juga terdapat di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-rama, Taman Mini Malaysia dan banyak lagi yang lokasinya juga tidak jauh antara satu sama lain.
Andai anda ke Melaka jangan lupa bawa pulang buah tangan... Belacan dan Cencalok...
Anda juga mungkin meminati :
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”