Melaka River Cruise: Andai anda ke Melaka...anda pasti akan terlihat Sungai Melaka. Sungai yang cukup bersejarah...disini lah bermulanya kegemilangan Melaka yang dikenali di seluruh dunia. Sungai yang telah menjadi saksi jatuh bangunnya Melaka. Di sungai inilah terletaknya pelabuhan tempat perdagangan terbesar di Asia sewaktu kegemilangannya dan menjadi rebutan kuasa besar dunia ketika itu. 

Kini ia tidak lagi berfungsi sebagai pelabuhan tapi ia mula menarik perhatian semula dengan keindahan dan sejarah menjadikan ia satu pekej pelancongan yang sungguh unik. Menyusuri sungai melaka dengan Melaka River Cruise adalah cara terbaik untuk anda menikmati keindahan dan tinggalan sejarah Melaka.

Sungai Melaka

eksplorasi menyusuri sungai melaka
Sungai Melaka yang bersih dan tenang...menyimpan pelbagai sejarah dan rahsia yang menarik.

eksplorasi menyusuri sungai melakaeksplorasi menyusuri sungai melaka
Pemandangan menarik di waktu senja di dari Jeti Sungai Melaka.

eksplorasi menyusuri sungai melakaeksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Melihat keindahan mentari terbenam dari sungai Melaka cukup mengasyikkan.

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise

Melaka River Cruise

Salah satu tarikan yang menarik adalah menyusuri sungai Melaka dengan 'Melaka River Cruise'. Ianya sungguh mengujakan kerana sepanjang 4km menyusuri sungai ini ada akan melalui satu pengalaman yang cukup menarik dan unik.

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Perkhidmatan yang boleh anda nikmati bermula dari jeti Taman Rempah dimana harga tiketnya RM10 untuk dewasa amat berpatutan dan berbaloi.

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Perkhidmatan monorel juga menyusuri tebing sungai ini. 

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruiseeksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Anda akan menikmati keindahan dan bangunan bersejarah sepanjang tebing sungai Melaka. Pesisir sungai yang di jaga kecantikan dan kebersihannya membuatkan anda seperti berada di Venice. 

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Menyusuri Sungai Melaka umpama menyusuri sejarah silam. Anda tidak akan dapat nikmati di mana pun di Malaysia yang mampu memberikan pengalaman indah ini.

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Perkhidmatan ini hanya berakhir jam 11.00 malam maka anda akan dapat menikmati keindahan susana malam di sepanjang sungai Melaka yang di serikan dengan pelbagai lampu hiasan berwarna warni yang sungguh indah dan menarik.

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise
Terdapat banyak restoren yang mengambil kesempatan dengan keindahan sungai ini dengan menyediakan ruang makan di tebing sungai.

eksplorasi menyusuri sungai melaka-Melaka River Cruise

Sungai Melaka tidak lagi sepi...Ia kembali meriah dan menarik. Sungai Melaka semakin mula di kenali dan menjadi sebutan ramai. Satu kenangan dan pengalaman terindah sewaktu menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise bagaikan mengimbas kembali kegemilangannya suatu ketika dulu. 

Jangan lupa menaiki Melaka River Cruise... Ianya paling menarik yang perlu ada lakukan ketika berada di Melaka Bandaraya Bersejarah ini.


Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap