Mungkin anda kurang nak perhatikan dengan lebih dekat sesuatu tumbuhan terutamanya rumput kerana... Ye lah! Apalah perlunya nak belek rumput tu kan...Ape lah menariknya..?? Setiap kali pulang ke kampung, sekarang aku ada hobi baru iaitu membelek bunga rumput.

Hehe...mesti korang kata, "apalah punya hobi, macam dah tak ade benda nak buat jer." Itulah aku... yang sukakan sesuatu yang unik dan pelik.

Ianya berlaku secara tidak sengaja. Pada suatu pagi tu, sewaktu di kampung... Biasalah, kat kampung barulah rajin nak basuh kereta, korang pun biasa buat kan... Maklumlah, ape lagi aktiviti yang boleh dibuat di waktu pagi kat kampung.

Siap jer basuh kereta, aku pun kunci kereta dan menghiburkan hati dengan bersiul-siul sambil melambung-lambungkan kunci kereta. Tiba-tiba jatuh la pulak kunci tu...

Sewaktu aku nak ambil kunci kereta aku yang jatuh tu, baru aku perasan yang aku sedang memijak rumput yang agak pelik dan cantik pulak...ianya sedang lebat berbunga, berwarna putih dan biru.

Di sinilah bermula minat aku untuk membelek bunga rumput kerana baru ku tahu bahawa rumput yang biasa kita pijak itu rupanya mempunyai bunga yang sangat cantik dan unik. Apalagi aku pun ambil kamera dan mulalah mengambil gambar bunga rumput tersebut.

gambar bunga rumput relaks minda 
Beginilah rupa bunga rumput tersebut. Kecik jer bunganye...besar sikit je dari sebiji beras!

Gambar Bunga Rumput

Aku pun upload dalam komputer... Bila aku crop dan besarkan gambar2 yang aku ambil...beginilah hasilnya...Untuk lebih menarik...klik gambar untuk besarkan.
gambar bunga rumput relaks minda 
Titisan embun di bunga menambahkan kecantikan dan keunikannya

gambar bunga rumput relaks minda 
gambar bunga rumput relaks minda 
Unik...menarik sekali rupanya 

gambar bunga rumput relaks minda 
gambar bunga rumput relaks minda 
Kombinasi warna bunga dan daun yang menghijau sungguh mempersonakan

Terkejut gak aku melihat gambar-gambar ni. Macam tak percaya jer. Sungguh cantik dan unik. Semua orang kat rumah bertanya..."bunga apa tu...cantiknye!" Dengan selambe je aku jawab, "bunga rumput kat laman rumah yang korang pijak hari-hari tu..." 

Ada juga yang siap keluar rumah pergi cari bunga rumput ni... ha!ha!... Pendapat anda bagaimana...Cantik dan menarik ke?

Selepas itu aku mulalah mencari lagi... Habis keliling rumah, siap masuk kebun lagi...Wah! banyak rupanya rumput yang berbunga, pelbagai jenis dan bentuk...Bunganya unik, cantik, macam-macam warna dan menarik... 

Dari situlah bermulanya hobi aku membelek bunga rumput. Pantang jumpa bunga rumput, pasti akan aku ambil gambarnya...

Jumpa lagi di artikel akan datang....nak tengok ke koleksi gambar bunga-bunga rumput aku?

Artikel mengenai taman yang menarik :


Admin...

19 comments - "Bermulanya Hobi Belek Bunga Rumput"

Cantik...ada byk kt kg.. guna kamera iphone ke ni? Nice pic..

Apa name rumput nie ye? Mane ada iphone, org kampung guna hp nokia cabuk jer...hehe.

MargeGoh delete icon 10:37 PTG

Cantiknya, pandai BM cari angle ambil gambar. Guna macro lense ya? Macam ala-ala dekat oversea gambar ni...cantik.
Selalu juga nampak bunga rumput ni tapi tak tau nama. Masa praktikum dulu anak murid siap tanya nama bunga. Cikgunya terkedu tak terjawab ;p

Aku Penghibur delete icon 10:57 PTG

wahhhh baru thu rumput ada bunga :) cantik la

Bin Muhammad delete icon 11:09 PTG

Hi MG, Saya xguna kamera canggih DSLR tu... Lagi xtau nak guna. Jgn terkejut...Gambar ni saya ambil hanya dengan hp Nokia 5530! Manalah boleh cari nama rumput ni agaknya?
Thx MG kerana kongsi cerita :D

Tak kenal maka tak cinta...hehe

eee.. tpi serius cantik bunga ni & hasil pic yng baik

Tq...KA, saya pun xsangka hasil gambar secantik tu.

MargeGoh delete icon 11:26 PG

Sungguh tak sangka ya....tapi hasilnya memang cantik. Ada bakat photograher ni......bakat terpendam ya BM ;)

Bin Muhammad delete icon 12:01 PTG

Eh...ye ke, mungkin secara tak sengaja kot. Memang minat ambil2 gambar ni, tp guna kamera digital biasa jer, xsuka DSLR...besar,berat dan susah nak guna. Kecil dan Auto jer senang....hehe

hainom OKje delete icon 1:38 PTG

memang cantik....lebih lebih lagi diambik oleh orang yang punyai skill fotografi yg sangat tinggi memang cantiklah jadinya...
'ciptaan Allah ni sangat unik bagi orang-orang yang mahu berfikirkan RM'

TQ OKje, Puji melambung sgt nih! Takut jatuh...hehe

MaMa Rey delete icon 8:21 PTG

cantik BM..pandai Bm ambil gambar rumput ni..siapa sangka rumput yang selalu dipijak secantik ini..

Itulah...xsangka sungguh, walaupun hanya rumput. Gambar tu mungkin kebetulan angle nye tepat, jd tampak menarik.

S.K.A delete icon 4:52 PG

bakat photographer saudara ada ni..xnk jdkn hobi ke?? he3..kg kt mn ye??

MaMa Rey delete icon 8:29 PG

mungkin juga..berbakat juga BM ni dalam photographer..

Suka2 jer...xlah sampai menjadi hobi. Gambar ni masa di kampung @ Tanjung Karang

Ye ke Mama, Kadang2 jer menjadi...kena belajar byk lagi.

Cantik...macam dah profesional..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap