Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku sendiri tidak pernah terfikir yang aku akan minat untuk mengambil gambar bunga rumput...tapi setelah kejadian yang tidak terjangka tersebut...aku mula tertarik dengan hobi belek bunga rumput. Bagi aku ianya unik kerana bentuknya yang amat menarik dan luarbiasa serta penuh dengan kejutan. 

Ya... ianya penuh dengan kejutan! Kebanyakan bunga rumput ini kecil dan halus dari pandangan kasar, anda cuma akan melihat rumput tersebut berbunga tapi rupa bentuk bunga tersebut anda tidak akan dapat lihat dengan jelas melainkan setelah anda zoom kan gambarnya. Itulah kejutan yang amat menarik...anda akan dapati rupanya amat unik dan menarik, malah ada yang lebih cantik dan menarik dari pokok bunga yang biasa kita lihat.

Kecantikan Bunga Rumput

(Klik gambar untuk besarkan...barulah nampak lagi menarik!)
bunga rumput relaks minda
Rumput ini tumbuh meliar di tepi jalan atau di kebun2.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda 
bunga rumput relaks minda
Ketiga-tiga gambar ini adalah bunga yang sama...cantik bunganya, warna kelopaknya yang berwarna ungu muda dan kuning di tengahnya sungguh mempersonakan. Tapi....  Bunganya kecil, lebih kurang setengah dari besar duit syiling 5sen. Andai ianya besar seperti saiz bunga biasa, pasti ramai yang menanamnya di pasu bunga....

bunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini mungkin biasa anda lihat tetapi pasti anda tak ambil kesah pun...Malah dulu aku selalu cari rumput ini untuk makanan arnab peliharaanku tapi tak pernah pun menghargai kecantikan bunganya tapi sekarang... lihatlah betapa cantik bunganya...

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Rumput ini cukup banyak di tepi jalan di kampungku. Setiap satu besarnya dalam 2~3mm... Ianya tumbuh padat, maka anda akan melihat seperti bentangan karpet hijau yang berbintik-bintik purple... sungguh memukau! Yang berbintik purple itulah bunga rumput ini.

bunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini teramat kecil...Nasib baik dapat gak di "focus" 

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Rumput ini selalunya tumbuh menumpang di dalam pasu bunga. Halus jer bunganya... Bentuk daunnya juga menarik. Apabila anya tumbuh padat di dalam pasu, ianya akan menutupi permukaan pasu dan menjadikan pasu bunga anda lebih menarik...tambahan pula bunganya yang berwarna kuning menjadi warna kontras yang menarik.

bunga rumput relaks minda
Susah nak cakap, bunga ke buahnya.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Biasa sangat dengan rumput ini, Ianya jenis rumput yang berbatang dan berdahan lembut dan rendah jer, bawah paras lutut.  Tidak pernah pun terfikir nak belek bunganya tapi baru sekarang perasan yang bunga rumput ini sungguh cantik dan unik, macam orked pun ada rupanya.

bunga rumput relaks minda
Lihat betapa cantiknya bunga rumput ini...jika di lihat secara mata kasar...tidak nampak pun menarik.

bunga rumput relaks minda
Jika bunga rumput ini besar...pasti ianya cantik di tanam di dalam pasu.

bunga rumput relaks minda
Ini pula lumut...unik dan menarik sekali rupanya. Jika di lihat dengan mata kasar anda hanya nampak hamparan hijau.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Rumput ini sungguh cantik bunganya, kelompok bunganya yang putih dan daun yang hijau cukup menawan. Ianya seperti sejambak bunga buat pengantin. Namun ianya kecil jer sejambak sebesar duit syiling 10sen dan 20sen aje.

bunga rumput relaks minda
Yang ini x sempat nak ambil gambar masa ia hidup kerana baru lepas mati kena racun. Sekali imbas macam bunga dalam Samsung S3 tu... tapi yang ini kecik jer, kecil sikit dari duit 5sen.

Menilai Keindahan Ciptaan

Tidakkah ianya menarik? Hobi melihat dan membelek bunga rumput sebenarnya memberi aku suatu pengajaran amat berharga.... Janganlah menilai sesuatu yang tidak menarik tanpa melihatnya dengan teliti. Benarlah ciptaan Allah itu segalanya indah dan menarik. Tak kenal maka tak cinta... 

Belum cukup lagi? Anda boleh lihat lagi dalam koleksi 2 pula... 




Admin...

2 comments - "Hobi Belek Bunga Rumput - Koleksi 1"

Unknown delete icon 10:46 PTG

Sangat cantik ciptaan Tuhan. Kita terlalu alpa untuk menghargai ciptaannya.

PS: Rindu bau rumput yang baru kena potong. Dekat kampung atau kawasan yang tiada pencemaran memang boleh bau rumputnya.

BinMuhammad delete icon 11:20 PTG

Kadang kala kita terlupa...yg biasa kita lihat di depan mata itu byk kelebihan dan keistimewaannya. Bak kata pepatah, nyamuk seberang laut boleh kita nampak tapi gajah depan mata....

p/s: Oh...nikmatnya berguling2 di atas rumput! TQ MG...you are awesome!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap