Manusia dengan pelbagai aksi dan ragam. Ada yang pelik, berani, kreatif, lucu dan sebagainya... Naluri dan sifat serta kebolehan setiap insan berbeza-beza disamping faktor agama,budaya dan persekitaran...sebab itu pelbagai ragam dan aksi dapat kita lihat.
Pelbagai Perangai, Ragam, Gelagat dan Aksi Manusia
Aksi di sebuah akuarium gergasi di Australia. Berenang bersama buaya air masin. Jika di lihat saiz buaya tu...sekali ngap jer la...huhu. Jika anda sukakan aktiviti mencabar ini...Boleh le cuba.
Cuba anda perhatikan gambar ini.. Pertama kali pandang macam pelik misai dan janggut mamat ni...
Laa...rupanya gambar lelaki dan perempuan...
Kreatif teknik gambar ini di ambil.
Pernah anda terserempak!
Kalau beginilah gaya Bangla kalau shopping kat KLCC agaknya...mahu kena halau kot. Tapi ini adalah aksi biasa di India...
Aksi ini sungguh kreatif. Kita biasa bermain bayang-bayang dengan menggunakan tangan...tapi lihat aksi mereka bertiga ini.
Menarik sungguh hasilnya. Nampak seperti mudah sekali...
Kalau anda kreatif...cubalah... Anda share hasilnya nanti.
Seekor ayam terhasil dari gubahan buah cili. Sungguh menarik dan kreatif. Jika anda google gubahan dari sayuran...Macam2 bentuk dan rupa gubahan dapat dihasilkan dengan sayuran.
Karya seni selalu menuntut kelainan dan kreativiti unik... Tidak pelik jika anda melihat hasil seni dari pelbagai sumber bahan.
Inilah hasilnya apabila guru jadi blogger...Hehe...
Jangan di campur adukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris... Itu Goblog! namanya...
Jangan marah guru2 ye...Ini guru di Indonesia.
Suatu hari yang panas... Aircond tak ada pulak tu. Kipas dah berputar paling laju...tapi masih terasa kehangatannya. Mandi dah berkali-kali..dah rasa kembang badan...apa nak buat ni...
Cubalah aksi ini...kalau nak betul2 sejuk, masuk terus dalam peti sejuk tu...kemudian tutup. Sebelum tu jangan lupa buat wasiat dan tempah petak kubur...hahaha - sekadar gurauan.
Jangan tiru pulak aksi ini... Merbahaya!
Sekali pandang macam OK, sekali lagi pandang...Huh! Kerja siapa la ni??
Bantal unik ini untuk mereka yang selalu rindukan isteri ketika di perantauan...
Admin...
2 comments - "Pelbagai Ragam, Gelagat dan Aksi Manusia..."
Besarnya buayaaa!!
Buaya air masin dalam akuarium terbesar di dunia. Kalau melawat Australia...pergi le tgok :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”