Masjid...tempat ibadat dan komuniti umat Islam di sesuatu kawasan. Bangunan yang mempunyai senibina indah yang melambangkan keagungan agama Islam. Rekabentuk masjid sinonim dengan seni dan budaya Timur Tengah iaitu tempat asalnya kewujudan agama Islam. Rekabentuk menara dan kubah serta simbol bulan sabit menjadi identiti yang wajib bagi sesebuah masjid, namun tiada ketetapan yang menyatakan ia satu kewajipan.
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Ianya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan agama islam. Malah sesebuah masjid menjadi lebih unik dan menarik rekabentuk dan senibinanya jika ianya mempunyai gabungan senibina Timur Tengah dan budaya tempatan.
Pelbagai Rekabentuk Binaan Masjid
Oleh kerana agama Islam tersebar luas di seluruh pelusuk dunia, maka masjid juga terbina di seluruh pelusuk dunia. Oleh itu terdapat pelbagai bentuk dan senibina masjid...Relaks Minda membawa anda untuk melihat dan menikmati beberapa masjid lagi yang indah rekabentuk dan senibinanya...
Masjid di Alekseyevka, Azerbaijan, Rusia
Masjid di Touba, Senegal
Masjid Dearborn di Michigan, Amerika Syarikat
Masjid di Mumbai, India
Masjid di Naryn, Kyrgyzstan
Masjid di Europa Point, Sepanyol
Masjid di Akhaltsikhe, Georgia
Masjid di Bobo Dioulasso, Burkina Faso
Masjid di Boola, Republik Guinea
Masjid di Brazil
Masjid di Chipita, Zambia
Masjid di Cologne, Jerman
Masjid di Coquimbo, Chili
Masjid di El Paso, Amerika Syarikat
Masjid di Mazare Shareef, Afghanistan
Masjid yang indah...bertambah indah jika ianya sentiasa meriah dengan aktiviti ibadat, pendidikan, kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang memberi manfaat kepada setiap umat islam. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid...
Bersama kita doakan. Ya.. Allah selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.
Post #15 - Keindahan Senibina Masjid
Post #14 - Keindahan Senibina Masjid
Post #13 - Keindahan Senibina Masjid
Admin...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”