Ibu-ibu, kakak-kakak, tukang masak, orang gaji....malah sesiapa sahaja yang sibuk menguruskan rumah seperti memasak dan mengemas pasti sentiasa sibuk dengan kaki dan tangan yang sentiasa bergerak untuk menjalankan tugas. Waktu itu adalah masa di mana mulut anda pasti terdiam atau pun menyanyi untuk menghiburkan diri

Alangkah ruginya.... Kerja yang anda lakukan amat mulia...tidakkah anda mahu menambahnya dengan pahala berganda dan keberkatan? 

Sesungguhnya pekerjaan yang mulia itu banyak pahalanya akan tetapi berganda-ganda pahala dan keberkatannya jika di sertakan dengan doa dan zikir. Bukan itu sahaja, ianya juga akan menambahkan bekalan anda di akhirat kelak. 

Ganjaran Mudah 

Begitu mudah untuk anda mendapatkan ganjaran yang dari Allah SWT.Sambil anda melakukan kerja rumah daripada anda diam, menyanyi atau mendengar lagu...alangkah baiknya jika anda berzikir mengingati Allah SWT. Sebutlah zikir-zikir mudah...tak perlu yang panjang2. 

Kalau nak baca surah2 pendek pun boleh. Sambil tangan dan kaki bekerja, mulut anda sentiasa mengalunkan zikir dan telinga anda mendengarnya...Oh! Sungguh merdu alunan suara itu... 

Doa dan Zikir Semasa Mengemas dan Memasak
Ya!...siapa kata waktu mengemas itu tidak boleh berzikir? Boleh jer...Jom kita mulakan!

Dapur merupakan tempat yang sungguh penting. Di dapurlah tempat dimana makanan di sediakan. Makanan yang di makan akan menjadi darah daging, asas tenaga dan kesihatan badan. Andai dapur anda tidak di jaga kebersihannya pasti makanan yang terhasil juga tidak bersih dan memudaratkan.

Oleh kerana dapur dan penyediaan makanan ini sangat penting...maka anda haruslah sentiasa menjaga kebersihannya dan amalkan doa dan zikir agar makanan yang anda sediakan enak dan berkat. 

Doa dan Zikir Semasa Mengemas dan Memasak

Keberkatan Dalam Pekerjaan

Semoga dengan doa dan zikir ini, makanan yang di makan oleh anda, setiap ahli keluarga mahu pun tetamu anda ini akan menjadi darah daging, memberi tenaga dan kesihatan yang penuh dengan keberkatan dan terhindar dari segala kemudaratan.

Islam mengutamakan kebersihan... setiap perlakuan atau pekerjaan, kebersihan wajib di jaga. Kerja mengemas, membersih dan penyediaan makanan cukup penting, mulia dan besar pahalanya di sisi Allah. Gandakan ia dengan doa dan zikir agar setiap perlakuan dan hasil kerja anda mendapat keberkatanNya dan menambah bekalan anda di akhirat kelak...InsyaAllah....

Admin...

3 comments - "Doa dan Zikir Semasa Mengemas dan Memasak"

Unknown delete icon 8:29 PG

Assalamu'alaiku wr.wb
Menarik nih, syukron ukhti,
Ada Saran lain untuk ttp khusyuk dalam berzdikir ketika sedang bekerja, soal'y klo sudah mulai berdzikir, malah pindah otak'y mikirin yg lain..

Bunda_nora delete icon 3:28 PTG

Baik sangat untuk diamalkan...bapak2 pun patut amalkan...

Tanpa Nama delete icon 2:37 PTG

mohon share..
gmbar..saya print dan letakkan di masjid.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap