eksplorasi taman botani negara shah alamTaman Pertanian Malaysia atau Taman Botani Negara atau juga dikenali sebagai Taman Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah, Shah Alam adalah satu lokasi menarik untuk anda kunjungi sama ada di hujung minggu atau di hari cuti am.

Apa yang menarik disini? Terletak di pinggir Bandaraya Shah Alam, ianya tidak sukar untuk anda jejaki.

Nama pun Taman Pertanian...maka di sini anda boleh nikmati pelbagai taman atau kebun yang berkaitan pertanian. Lokasi terbaik untuk anda kenali dan lihat sendiri pelbagai jenis pokok hasil tani, herba, rempah ratus, kaktus, buah-buahan, bunga hiasan dan pokok hutan.

Mari ikuti eksplorasi saya ke Taman Botani Negara ini...

Taman Botani

Untuk masuk ke Taman Pertanian @ Taman Botani di Bukit Cerakah ini anda di kenakan bayaran RM3.00 untuk seorang dewasa setiap hari termasuk hari minggu atau cuti am kecuali hari Selasa ianya di tutup.

Kawasannya begitu luas maka di sedia bas sebagai pengangkutan untuk anda ke lokasi-lokasi yang ingin anda tujui. Anda juga boleh sewa basikal untuk menerokai keseluruhan taman ini kalau anda bertenaga dan mampu le...

eksplorasi taman botani negara shah alameksplorasi taman botani negara shah alam
Anda boleh lihat peta yang banyak terpampang untuk anda melihat lokasi-lokasi yang ingin anda terokai.
eksplorasi taman botani negara shah alam

Oleh kerana saya datang lepas tengahari, maka masa lawatan saya sedikit terhad kerana taman ini di tutup pukul 4.30 petang, maka saya terus ke lokasi Taman rempah ratus di mana di sini terdapat sebuah menara tinjau bersebelahan tasik mengadap taman hiasan. Tidak dinafikan, pemandangan di sini sungguh menarik.

eksplorasi taman botani negara shah alam 
eksplorasi taman botani negara shah alameksplorasi taman botani negara shah alam

Anda boleh nikmati pepohon hutan yang besar dan merimbun sambil anda menikmati pelbagai jenis pokok herba dan rempah ratus di bawahnya. Terdapat juga rumah cendawan tapi sayang di tutup pula.

eksplorasi taman botani negara shah alam

Dari sini anda akan terus menuju ke taman hiasan di seberang tasik dan terus ke lokasi yang paling menjadi tarikan utama di Taman ini, iaitu Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Menariknya rumah ini, ianya di hias mengikut musim sebenar iaitu sama masanya dengan negara yang mempunyai empat musim. Masa saya pergi ini pada bulan Mac, maka pada waktu itu adalah musim bunga

eksplorasi taman botani negara shah alam
Untuk masuk ke Rumah Empat Musim ini anda di kenakan bayaran tambahan di pintu masuk sebanyak RM3.00 seorang. 
eksplorasi taman botani negara shah alam 
eksplorasi taman botani negara shah alameksplorasi taman botani negara shah alam

Nikmati kecantikan lanskap yang di hias umpama sebuah taman Inggeris di musim bunga. Suhu di dalamnya juga dingin seperti  anda berada di musim bunga yang sebenar. Rumah ini bagi saya sedikit kecil...jika terdapat ramai pelawat anda akan ada banyak masalah untuk bergambar. Tapi sekurang-kurangnya anda dapat menikmati suasana yang tidak akan dapat anda nikmati di negara ini.

eksplorasi taman botani negara shah alam

Latar belakang juga di paparkan gambar pemandangan di Eropah. Bunga-bunga tulip berwarna warni sedang mekar yang sinonim dengan musim bunga begitu banyak di tanam. Jika anda inginkan musim sejuk dan bersalji anda harus pergi pada bulan Disember atau Januari. 

eksplorasi taman botani negara shah alameksplorasi taman botani negara shah alam

Keluar dari Rumah Empat musim anda akan melalui sebuah muzium namun ianya tutup la pulak!
eksplorasi taman botani negara shah alam

Masih ada satu jam setengah sebelum tutup, maka rasanya tak perlu naik bas, saya hanya berjalan kaki untuk pulang. Menariknya sepanjang perjalanan anda dapat menikmati keindahan hutan yang menghijau sambil menghirup udara yang segar. Ramai juga pengunjung taman ini... tempat yang sesuai sekali bersama keluarga dan anak-anak untuk beriadah dan bergembira, lari dari kesibukan kota.

eksplorasi taman botani negara shah alam

Lalu pula di Taman Haiwan, umpama mini zoo tapi tidak banyak haiwan yang ada...bolehlah untuk anda melihat, arnab, helang, merak, landak, rusa, kuda dan beberapa lagi spesis binatang. 

eksplorasi taman botani negara shah alameksplorasi taman botani negara shah alam

Berjalan pulang ke pintu keluar.... Tak sempat untuk melihat taman kaktus, masa tidak mengizinkan. Mungkin lain kali. 

eksplorasi taman botani negara shah alam

Taman Untuk Riadah

Taman Pertanian Malaysia @ Taman Botani Negara di Bukit Cerakah... Bagi saya satu lokasi terbaik untuk beridah dan bersenam (berbasikal, jogging atau jalan kaki) Tempat yang masih kekal dengan kehijauan hutan dan udara yang segar sesuai untuk menenangkan fikiran. 

Namun bagi pokok-pokok tanaman sebenarnya agak sedih melihatnya, banyak yang sudah tidak terjaga dan mati, di Taman hiasan pula penuh rumput meliar dan lalang. Sawah padi pula jadi sawah lalang. (sebab tu saya tak letak gambar2 tersebut). Tak tahulah taman kaktus bagaimana rupanya. 

Berita baik pada belanjawan 2013, taman ini mendapat peruntukan berjuta-juta untuk di majukan. Harap keadaan akan bertambah baik dan menarik kerana ianya sebenarnya lokasi yang sangat menarik.
Untuk lebih info anda boleh ke Laman Web Rasmi Taman Botani Negara, Shah Alam.  

Teruskan eksplorasi anda ke :

Admin...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap