Idea kreatif seseorang pereka tidak pernah kering. Ada sahaja yang terfikir oleh mereka untuk menjadikan sesuatu benda atau peralatan itu kelihatan menarik, unik dan memudahkan pengguna. Kreativiti mereka mencipta kadangkala kelihatan sungguh "simple" tapi begitu mengujakan, anggun dan eksklusif. 

Rekaan Moden & Kreatif Peralatan Dapur

Lihat sahaja rekaan-rekaan berikut yang bertemakan peralatan dapur yang sungguh kreatif dan memudahkan  serta menarik sesiapa sahaja untuk menggunakannya.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Sebuah mangkuk yang berfungsi sebagai tempat mengisi dan membuang sisa atau kulit sesuatu makanan hanya di dalam satu bekas. Sungguh menarik sekali rekaan ini, tampak moden yang menarik sekali.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Rekaan ini amat sesuai sekali bagi suri rumah yang ingin membuat kerja penyediaan bahan masakan hanya di atas kerusi sambil anda memerhatikan anak anda di ruang tamu. Ia juga sesuai bagi mereka yang tidak ada meja di dapur. Sungguh berguna dan menarik. 

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Sebuah mangkuk yang memberikan anda kemudahan untuk menghidangkan dua jenis hidangan dalam satu masa. Tidak perlulah anda menggunakan 2 bekas yang berbeza, Mudah kan... Idea rekaan yang nampak biasa tapi keunikan bentuknya membuatkan ia tampak ekslusif sekali.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Rekaan yang eksklusif dan unik ini sungguh mempersonakan. Rekabentuknya yang menawan mempunyai nilai kesenian yang amat tinggi. Pasti sesiapa sahaja akan tertawan dengan bentuknya yang menampakkan kemodenan dan mewah.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Set cawan yang sungguh comel ini mungkin sesuai bagi mereka yang sedang berdaet. Hidangan air dan biskut di jamu serentak tanpa perlu pinggan tambahan.  

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Alas pemotong yang memudahkan anda untuk mengasingkannya bahan yang di potong dari alas tanpa perlu memindahkannya kedalam bekas lain. Memudahkan serta mempercepatkan kerja anda. 

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Satu lagi rekaan yang sungguh menawan dan kreatif. Dengan hanya satu bekas anda boleh makan dimana sahaja tanpa menyepahkan sisa atau kulit merata-rata atau memerlukan bekas sampah. Rekaan yang "elegance" tapi sangat berguna.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Rekaan alas pemotong yang di sekalikan dengan penimbang. Sesuai bagi mereka yang memerlukan ketepatan bahan di dalam masakan dan tanpa perlu memindahkannya untuk di timbang. Sungguh memudahkan kerja. 

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Berikut pula alat pemotong yang tidak memerlukan anda menyediakan bekas kerana ianya boleh di ceraikan umpama puzzle lalu menjadi alas kepada makanan tersebut. Satu rekaan yang begitu kreatif.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
Satu lagi rekaan bekas yang yang mempersonakan, jika ianya di hidangkan kepada tetamu anda, pasti mereka akan teruja. Ia juga mengambil tema rekaan 2 dalam 1 tetapi dalam rupa bentuk yang sedikit berbeza dan unik.

idea rekaan kreatif - peralatan dapur
4 jenis rekaan peralatan dapur anda yang memudahkan dan mempercepatkan kerja disamping hasilnya yang sekata malahan dapur atau pantry anda akan sentiasa kelihatan bersih dan kemas. 

Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet.

Jika kita sentiasa berfikiran kreatif dan di luar kotak...kita sebenarnya mampu memaksimum, mempelbagai dan mencantikkan banyak benda, ruang dan peralatan di rumah yang memberikan impak yang menarik, memudahkan dan menawan.

Akhir sekali...Ingatlah bahawa semua idea rekaan ini adalah kurniaan dan anugerah Ilahi.
Alhamdulilllah... Bersyukur atas anugerah yg diberi untuk kita menikmatinya...


Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-
Rekaan Kreatif yang Menarik...
Rekaan Kreatif yang Menarik...2


Admin...

3 comments - "Rekaan Kreatif yang Menarik - Peralatan Dapur"

Unknown delete icon 6:34 PTG

Wahhh semuanya menarik & kreatif....beberapa gambar di atas sesuai digunakan untuk yang agak pemalas seperti nak buang kulit kacang, senang kerja, x b'sepah
....sambil2 buat kerja boleh juga duduk depan tv@computer ;)

BinMuhammad delete icon 12:48 PG

Bukan pemalas lah MG tp terlalu rajin...hingga nak buat perbagai perkara dalam satu masa...hehe
Manusia sentiasa berfikir untuk mencipta sesuatu yang semakin lama semakin mudah dan menyenangkan.

Kreatif!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap