Melalui aktiviti kreativiti kitar semula, kita dapat mengurangkan jumlah bahan buangan dan seterusnya menjaga alam sekitar dan kehidupan. Ini kerana bahan buangan sebenarnya memerlukan jangkamasa yang lama untuk mereput dan lupus secara semulajadi.
Tahukah anda berapa lama sesuatu benda itu akan hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah?
Jangkamasa Mereput
Berikut... beberapa contoh bahan yang saya dapat daripada internet yang merekodkan jangkamasa bahan tersebut mereput secara semulajadi.- Tisu Tandas - 2-4 minggu
- Beg kertas - 1 bulan
- Suratkhabar - 1.5 bulan
- Kertas Kadboard - 2 bulan
- Sarung tangan kain - 3 bulan
- Papan Plywood - 1-3 tahun
- Stokin bulu - 1-5 tahun
- Kotak minuman - 5 tahun
- Puntung rokok - 10-12 tahun
- Kasut kulit - 25-40 tahun
- Bekas tin - 50 tahun
- Kasut but getah - 50-80 tahun
- Bekas simpanan dari plastik - 50-80 tahun
- Tin minuman aluminium - 200-500 tahun
- Botol plastik - 450 tahun
- Lampin pakai buang - 550 tahun
- Beg plastik - 200-1000 tahun
- Kaca - Anggaran 1-2 juta tahun
Lihatlah jangkamasa yang diambil....Fakta yang sungguh menakutkan! Tidak mustahil suatu hari nanti dunia di penuhi dengan timbunan sampah. Harus diingatkan juga bahawa pembakaran bahan buangan juga bukan satu penyelesaian malah memberi lebih keburukan dengan pencemaran udara dan kesan lapisan ozon.
Kurangkan Bahan Buangan
Kitar semula bahan buangan merupakan satu kaedah yang dapat dapat mengurangkan penggunaan dan kemusnahan sumber alam semulajadi serta mengurangkan bahan buangan...Walaupun ianya bukanlah jalan yang terbaik namun ia mampu memperlahankan dan mengurangkan tempoh dunia musnah dan tercemar. Kitar semula juga merupakan tanggungjawab paling mudah yang dapat di sumbangkan atau dilakukan oleh setiap insan.
Berikut beberapa idea kreativiti yang dapat anda guna untuk aktiviti kitar semula...sekurang-kurangnya anda dapat melambatkan pembuangan sampah malah anda mungkin juga dapat menjana pendapatan darinya,,, Jom bersama kita kitar semula!
Anda sering terlihat tempat gelung kabel yang terbiar... Ianya boleh di jadikan perabut untuk set meja komputer anda. Lihatlah hasilnya....itu belum lagi jika di varnish, pasti mengujakan!
Satu rekaan dari botol plastik yang sangat kreatif dan menarik. Pasti ramai yang meminatinya!
Tutup botol plastik yang di susun dan dilekatkan didinding membentuk satu hasil seni yang sungguh menarik. Corakkan susunan botol mengikut kreativiti anda... Jika di jadikan satu aktiviti di tadika...pasti ianya memberi faedah dan pembelajaran berguna kepada anak2 anda.
Sebelum ianya di jadikan sampah, gunakan ia untuk di jadikan penyapu sampah. Sesuai untuk kegunaan di luar rumah anda. Lagi kreativiti kitar semula botol plastik di; Kreativiti Kitar Semula....3
Tali pinggang keledar dari kereta yang sudah tidak digunakan lagi boleh anda ambil untuk di jadikan tempat gantung kunci anda. Idea yang menarik sekali.
Pallet kayu sering kali di buang atau di bakar begitu sahaja... Gunakan kreativiti seperti di tas untuk menghasilkan sebuah jam yang sungguh menarik! Pasti sesiapa sahaja yang memandang akan terpikat.
Kreativiti kitar semula. |
Aksesori atau pin perhiasan diri anda selalu berterabur? Cuba buat tempat ia di gantung seperti di atas...hanya dengan menggunakan kertas kotak yang terbuang....ianya menjadi hiasan dan peralatan yang cantik dan berguna di meja solek anda.
Rak comel ini dari di buat dari kotak yang terbuang. Anak-anak pasti suka.
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...
Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
Admin...
14 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan"
sangat kreatifff... =)
Terima kasih Anna krn sudi berkunjung kesini
Saya suka
Terima kasih Ain, kunjungan anda amat saya hargai
salam..
seriously cantik gler n i wanna try too.
Saya suka blog ni mmg hebat. Terima kasih krn sudi brkongsi
sekarang sy telah jatuh cinta dgn blog ini..timbul rs menyesal bila telah lama membuang barang yg boleh dikitar semula...terima kasih
Sekarang sy telah jatuh cinta dgn blog in,,,mula timbul rs menyesal bila telah lm membuang brg2 ini...terima kasih untuk blogger
saya dah ikut byk...sy bukan yang kreatif..but bila tgk blog ini..sekurang-kurangnya ade gak lah hasil tangan sy dr idea org....thanks a lot....
Suka la tengok rekaan no.3 dgn yg last sekali tu...nnti nk try buat la...
wah wah hebat sungguh kreativiti yang ditunjukkan ye .. nnt kalau ada masa terluang adik bolehla ikut apa yang abang BM buat. insyaallah :)
x de care2 ke
Boleh buat projek cari duit for my girls club..t.you so much. May Allah bless you.
asslammualaikum semua
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”