Kreativiti Kitar Semula - Demi Masa Depan... Sudahkah anda membuang sampah di rumah anda? Jika belum...Nanti dulu! Tidakkah anda ketahui bahawa sampah-sampah tersebut ada di antaranya amat bernilai harganya. Cuba anda asingkan sampah-sampah tersebut kepada beberapa kumpulan...

     1. Barangan sisa makanan dan organik.
     2. Barangan dari kertas atau kotak.
     3. Barangan kaca.
     4. Barangan plastik.
     5. Barangan logam.
     6. Barangan kayu.
     7. Barangan fabrik.

Tahukah anda hanya sampah dalam kumpulan 1 sahaja yang anda perlu buangkan ia untuk diambil oleh lori sampah. Selebihnya anda boleh jualkan di tempat kitar semula.. Bukankah anda mendapat pulangan wang ringgit darinya... =D. 

Kitar Semula

Anda juga boleh gunakan barangan tersebut untuk di jadikan benda lain yang berguna...Anda tidak kreatif dan tidak ada idea? Anda boleh sahaja lihat beberapa idea kreativiti kitar semula yang boleh anda cuba seperti di bawah dan beberapa artikel sebelum ini...

Jangan berfikir panjang... Benda yang baik, lakukan dengan segera... Selamat Mencuba!

kitar semula
Bagaimana sebahagian dari botol plastik terbuang berubah menjadi sebuah bekas yang comel untuk di isi pula dengan pelbagai barangan yang comel... 

kitar semula
Ini adalah hasil kreativiti yang menyumbang banyak kepada program kitar semula. Pelbagai barangan plastik di jadikan hiasan untuk sebuah bebola lampu gantung hiasan yang sungguh unik dan menarik sekali.

kreativiti kitar semula
Bekas kotak telur...menjadi bunga hiasan yang sangat cantik dan menarik. Anda boleh cuba kreativiti anda pula dengan bentuk bunga yang lain dan warna-warna yang lebih menarik.

kitar semula
Penutup rim kereta jika satu rosak, tiga lagi sudah tidak berguna lagi. Membazir dan terbuang begitu sahaja. Rupa bentuknya yang pelbagai cukup menarik dijadikan bunga hiasan di taman dan halaman rumah. Hasilnya pasti memikat hati setiap pengunjung.

kitar semula
Inilah kreativiti kitar semula yang mampu memberi kemudahan dan mungkin menyelamatkan nyawa anda. Bagi kawasan yang selalu banjir, ianya satu hasil rekaan yang amat berguna. Kos pun murah...

kitar semula
Sungguh unik dan eksklusif sekali lampu gantung hiasan ini. Hasil dari bahan terbuang atau terpakai seperti botol, pinggan mangkuk, tin dan sebagainya yang mampu memberi anda nilai berganda. 

kitar semula
Lihatlah bagaimana sebuah botol plastik menjadi bekas simpanan yang sangat menarik. Anda juga pasti boleh melakukannya...cubalah...

kitar semula
Terlalu banyak botol kaca di rumah anda? Jangan di buang! Kumpulkan sebanyak mungkin dan... Lihat hasilnya...sebuah pagar unik dan menarik, kelainan yang pasti menjadi tarikan dan pujian sesiapa sahaja yang melihatnya.

kitar semula
Kayu pallet setelah di gunakan...pasti di buang begitu sahaja. Ianya di hasilkan dari pokok kayu...satu sumber yang terhad dan penting dalam kitaran ekosistem dan kehidupan. Gunakan ia sebaik mungkin. Rak di dinding ini adalah salah satu contoh untuk kita menggunakannya semula. Anda boleh lihat lagi di sini >>Kitar Semula Pallet<<

kitar semula
Kotak kertas merupakan salah satu bahan buangan yang banyak di buang. Gunakannya semula untuk di jadikan mainan untuk anak anda. Bukan sahaja menjimatkan tapi mendidik mereka menghargai dan menggunakan semula bahan terbuang agar menjadi sesuatu yang berguna.

kitar semula
Tayar merupakan bahan terbuang yang tidak boleh di proses untuk kitar semula. Ianya perlu di lupuskan dengan cara yang betul agar tidak memberi kesan sampingan. Oleh itu kaedah terbaik adalah dengan menggunakannya semula. Jadikan tayar sebagai pasu bunga anda... Gunakan kaedah di atas...pasti pasu bunga anda menjadi tarikan lebih dari pokok bunga itu sendiri... 

kitar semula
Botol plastik di jadikan pasu untuk pokok sayuran dan herba anda. Boleh di jadikan projek untuk para pelajar bercucuk tanam di samping mendidik mereka tentang kitar semula.

kitar semula
Satu lagi contoh tanaman yang menggunakan botol plastik sebagai pasu. Banyak lagi di sini  >> kitar semula botol plastik <<

kitar semula
klik untuk lebih jelas

Kenapa perlu kitar semula? 

Lihatlah masa yang diambil untuk bahan buangan ini untuk mereput dan terlerai secara semulajadi. Tidak mustahil...Suatu hari nanti pasti dunia ini akan kehabisan sumber semulajadi dan akan dipenuhi dengan sampah sarap! Renung-renungkanlah...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah...Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.
Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

17 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Demi Masa Depan..."

Kreatifnye..harus cuba!!

Anda harus cuba...Jgn lupa share hasilnya ye.
Terima kasih diatas kunjungan anda.

wah, x terpikir pula nak buat cmni..nice sharing.. =)

Semoga ianya memberi manfaat buat semua.
Terima kasih atas kunjungan anda.

Unknown delete icon 11:06 PTG

wow kreatifnya mahu cubalah

BinMuhammad delete icon 12:37 PG

Cubalah...Nanti share ye hasilnya.
Terima kasih berkunjung kesini :)

Tanpa Nama delete icon 4:51 PG

sangat kreatif..n sangat brguna utk bdk2 enviro mcm sye...:)

Unknown delete icon 10:53 PG

Buat bunga dengan kotak telor..botol plak wat tanam pokok kucai...yezz

BinMuhammad delete icon 11:15 PG

Ini mudah...Meiza, cubalah... Saya tau byk benda tu di rumah anda. :)

sungguh kreatif ya ,

Unknown delete icon 3:45 PTG

de x toturial cara wat botol plastik jd bekas/ kotak simpanan?? gmbar no 7

BinMuhammad delete icon 4:55 PTG

Rasanya gambar tersebut sudah jelas menunjukkan cara untuk membuatnya. Dari menanda, memotong dan melipatnya. Klik gambar utk lebih jelas

Unknown delete icon 12:27 PTG

tak der ker buku untuk belajar cara -cara nak buat

BinMuhammad delete icon 12:39 PTG

Tak der bukunya lagi.

Unknown delete icon 4:45 PTG

nothing impossible with recyle

Tanpa Nama delete icon 9:58 PTG

aku suka sgt sgt by

Tanpa Nama delete icon 3:08 PTG

Idea yang amat bermanfaat kepada semua. Thanks

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap