Kreativiti Kitar Semula - Botol Plastik : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kembali lagi dengan entri kitar semula. Aktiviti menarik dan berbaloi untuk kita semua.

Sebelum itu, anda semua mesti pernah menggunakan botol plastik dan yang paling menjadi kebiasaan pasti ianya botol air minuman.

Jika setiap seorang penduduk Malaysia membeli sebotol air minuman sekali setahun, ini bermakna ada sebanyak 28 juta botol plastik yang akan di buang!

Itu jika sekali... tapi berapa kalikah dalam setahun anda membeli air minuman di dalam botol ini? Jadi anda dapat bayangkan sendiri berapa banyak botol plastik yang akan di buang!

Kreativiti Kitar Semula - Botol Plastik

Tahukah anda pula berapa lama botol plastik ini akan mereput secara semulajadi? Jangan terkejut kerana ianya akan mengambil masa lebih kurang 450 tahun!

Jika botol-botol plastik ini terus-terusan dibuang di tempat pelupusan... dan dari jumlah penggunaan kita tadi, anda boleh bayangkan apa akan jadi dengan alam sekitar dan kehidupan kita.

Peranan Kitar Semula

Disinilah peranan utama kitar semula. Menggunakan kembali bahan terbuang untuk di olah semula menjadi bahan yang berguna. Botol-botol plastik merupakan bahan yang boleh di kitar semula. 

Pusat pengumpulan bahan terbuang akan mengasingkan botol-botol plastik ini mengikut material dan jenis botol-botol tersebut. Kemudian ianya akan di hantar ke kilang untuk proses. 

Botol-botol ini akan melalui proses dimana ianya akan dijadikan material asas untuk pembuatan semula pelbagai produk plastik termasuklah botol plastik.

Kitaran ini amat penting dalam mengurangkan pengeluaran sumber alam yang membawa kepada kemusnahan alam semulajadi. 

Ianya juga dapat mengurangkan kadar bilangan botol plastik yang terbuang begitu sahaja yang sudah pasti akan mencemar alam persekitaran dan kehidupan kita.

Kini anda sudah faham betapa pentingnya kitar semula kepada kita dan alam semulajadi. Oleh itu setiap orang perlu terlibat dalam aktiviti ini. 

Mulai hari ini juga, janganlah di buang, kumpulkanlah semua jenis botol-botol plastik yang tidak berguna dan juallah ia di pusat kitar semula. Selain menyumbang kepada pengurangan kemusnahan dan pencemaran, anda juga akan mendapat pulangan wang.

Bagi anda yang tidak mahu menjual botol-botol plastik, anda boleh cuba idea kreatif kreativiti kitar semula untuk mengubah kegunaan botol-botol plastik ini kepada sesuatu benda lain yang berguna dan bernilai.

Kitar Semula Botol Plastik

Mungkin idea-idea berikut dapat membuka minda dan membei idea untuk mengitar semula botol-botol plastik yang mungkin berguna buat anda.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Satu kegunaan botol plastik yang amat mudah. Idea yang sungguh kreatif dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda cubalah :)

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Bagaimana dengan kreativiti kitar semula diatas ini? Tidakkah ianya menjimatkan tetapi praktikal. Kelebihan botol plastik yang ringan dan terapung di eksploitasi sebaik mungkin.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Ini pula idea kreatif kitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu hiasan yang sungguh anggun dan bergaya sekali. Sedikit kemahiran elektrikal di perlukan. 

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Inginkan kreativiti yang lagi kreatif...anda boleh cuba idea kreatif ini. Botol plastik pun boleh menghasilkan sebuah bakul/bekas yang amat unik lagi mempersonakan. 

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Ini juga adalah kreativiti kitar semula botol plastik yang amat menarik. Sedikit kemahiran dan kepakaran seni mampu menyerlah botol plastik terbuang kepada suatu alat kegunaan yang amat menawan dan eksklusif sekali.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Tutup botol plastik juga mempunyai nilai yang tersendiri. Lihatlah hasil idea kreatif kreativiti kitar semula ini. Sungguh menarik dan menyerikan!

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Kelebihan botol plastik yang tahan lama, seperti yang anda sudah tadi iaitu 450 tahun! Maka ianya amat sesuai dijadikan pasu untuk pokok bunga hiasan anda mahupun sayur sayuran kegemaran anda.

Jom Kitar Semula

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja dimana antaranya adalah botol plastik. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah... Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

58 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Botol Plastik"

hurmmm creative sangat..
bila tengok mmg cantik

Cantiknya... Siap boleh jadi lampu hiasan. Nampakh eksklusif lak tu.

Mmg kreatif...suka part yg boleh tanam tanam tu...jimat kan..x payah beli pasu dah...:-)

kreatif, tapi tak berani naik bot botol tu...

utk elakkan pencemaran, botol mesti dibuat dengan bahan yang terbiodegradasi..

pfuhh , lawa-lawa...kreatif diorang :)

Mama Amirul delete icon 11:21 PG

suka idea yang atas sekali tu....
boleh praktikkan tu...

akak tertarik yg lampu tu...comei sgt...

beli hotlink kat sini..duit raya utk tuan rumah..:)

Unknown delete icon 11:50 PG

wahhh...tersangatlah kreatif dan inovatif..
nanti boleh try buat la..:)

Pha Is delete icon 12:31 PTG

mungkin sbb susah nk cari pusat pengumpulan bahan terbuang tu membuatkan orang lebih mudah dengan hanya membuang dalam tong sampah.. hehehe

Kakak dari dulu memang tak buang botol-botol tu BM. Tapi kakak juga tak buat jadi perhiasan macam yg BM tunjuk sebab tak pandai dan tak kreatif. Namun kakak jual. Sebab di belakang taman perumahan kakak ada kilang membeli barang re-cycle ini. Sebab itu rumah kakak kumpul semua yg dah tak guna dan jual..

Blog Santai delete icon 1:07 PTG

comelnya yang letak pokok tu..siap ada mata lagi..so cute..sangatlah creativenya dia orang ni BM..

lampu hiasan tu cantik..mmg kreatif diorang nie

fyna delete icon 2:50 PTG

alololo... kreatifnya. boleh lah cuba nantikan.

Fais-SKA delete icon 3:54 PTG

subhanallah..cantik dn kreatif betol diorg ni =) agak2nya kalau btol byak cmtu..boleh buat kapal gamaknya hu3

Tanpa Nama delete icon 3:57 PTG

semuanyer cantik2 !

mselim3 delete icon 4:23 PTG

Assalammualikum...BM,

Kreatif sangat-sangat , kat malaysia ada ker yg kreatif macam nie...

mselim3

Memang kreatif.

Nak tanya, ada orang cakap botol air mineral tak boleh pakai lebih daripada sekali berbahaya kerana ada keluarkan bahan kimia. Betul ke?

Maksudnya, ada sesetengah orang bila airnya dah habis, dia isi dengan air lagi guna botol yang sama.

BinMuhammad delete icon 11:42 PTG

Terima kasih Zaza

BinMuhammad delete icon 11:43 PTG

Memang eksklusif...tiada yg serupa!

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Ya...mudah dan murah, bolehlah cuba ye

BinMuhammad delete icon 11:45 PTG

Benar sekali, sekarang produk2 sebegitu mula mendapat perhatian. Semoga ianya terus diperluaskan lagi.

BinMuhammad delete icon 11:46 PTG

Ya memang kteatif, idea yg boleh kita gunakan :)

BinMuhammad delete icon 11:47 PTG

Paling mudah dan senang sekali...sesiapa pun boleh buat kan..

BinMuhammad delete icon 11:47 PTG

Terima kasih akak...semoga murah rezeki.

BinMuhammad delete icon 11:48 PTG

Cubalah yg mana berkenan, jgn lupa share kalau berjaya :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PTG

Itulah sumbangan termudah kita dlm menjaga alam semulajadi malah dapat pulangan pula, tabik kat akak!

BinMuhammad delete icon 11:50 PTG

Kreativiti mereka ini sungguh mengujakan. Tarikan itu penting utk menarik minat sesiapa sahaja

BinMuhammad delete icon 11:51 PTG

Perlu kemahiran utk membuatnya...tp hasilnya amat cantik sekali

BinMuhammad delete icon 11:51 PTG

Boleh sahaja Fyna, semoga berjaya ya!

BinMuhammad delete icon 11:53 PTG

Tidak mustahil untuk di buat kapal...hehe
Begitulah banyaknya botol2 terbuang sebenarnya!

BinMuhammad delete icon 11:53 PTG

Thanks KA...

BinMuhammad delete icon 11:54 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Kat malaysia ni pun ada, cuma tidak di war2kan. Semoga kitar semula ini menjadi satu industri yg terkenal suatu ketika nanti

BinMuhammad delete icon 11:58 PTG

Betul tu...botol air mineral ini tidak boleh terdedah dengan suhu lebih dari suhu bilik, kepanasan akan mengaktifkan tindakbalas kimia bahan plastik tersebut.
Botolnya juga tidak sesuai diguna semula kerana kandungan air yg berbeza akan menghasilkan kesan tindakbalas pd bahan plastik tersebut.

Unknown delete icon 1:19 PG

paling menarik yg buat surf board tu...

sangat kreatif :) lagi-lagi buat lampu dan surf board tu .. wahh cantik ..rakyat malaysia nak buat cm gitu ?? tak cool katanya

Bunda_nora delete icon 3:21 PG

kreatif sungguh...setengahnya tak nampak dan tak sangka langsung yang ia berasal dari hanya botol minuman...

Unknown delete icon 6:15 PG

mmg kreatif
bayangkan kalau semua sekreatif sebegitu
aman dunia

Sesuatu yang murah dan unik. Fungsi sama aje

Sapalah yg kata camgitu...dialah yg tak cool sebenarnya, betul kan Acik :)

Betul tu...nampak anggun dan eksklusif pula, bernilai tinggi jadinya

Mana boleh semua orang kreatif...tak dptlah saya update entri keativiti ni...hehe

Zawiah delete icon 7:33 PG

klu kreatif dan rajin , macam - macam leh buat . klu dah malas tahap gaban , buang jer la ... lampu , bakul , tanam pokok .... ish ish ish

Janganlah di buang...kreativiti ini hanya sampingan, yg utama adalah spt yg diceritakan di perenggan2 awal dan akhir tu...kumpul dan jual ke tempat kitar semula atau pengumpul barangan terbuang. Itu lebih mudah malah mendapat pulangan...

Rasanya sekarang ni tak perlu pun nak di hantar kepusat pengumpulan, selalu aje ada lori pemungut bahan terbuang ini meronda kawasan perumahan. Tapi kalau nak seribu daya...betul tak :)

boni kacak delete icon 8:32 PG

sebenarnya kalau kita perah otak kita, macam2 boleh terhasil daripada apa pun barang2 sekeliling kita ni...

Nina Mads delete icon 8:47 PG

memang menarik botol2 terpakai tu. kt rumah selalu kumpul byk2 lps tu bawa ke tmpat recycle.

jie susanos delete icon 1:49 PTG

teringin nk main luncur air dgn botol..hehe

Unknown delete icon 4:04 PTG

Semuanya cantik dan mengagumkan.. tp klu buat sendiri cam hampeh je.. tk menjadi.. haha

ANIM delete icon 4:36 PTG

saya kumpul dan bungkus siap2 dalam plastik dan letak di luar. memang ada orang yang mengutipnya.. tak pernah terfikir nak buat deko secantik ini

Mizz Aiza delete icon 10:31 PTG

siapa menyangka, ianya berasal dari bahan kitar semula.. dengan hanya sedikit kreativiti, menghasilkan seseuatu yang cantik..

Admin delete icon 12:31 PG

Hmm rakyat Malaysia masih rendah kesedaran mereka. Isteri saya . siap kena gelak lagi bila pergi pasar Ramadan bawa bekas tupperware untuk isi kuih yang dibeli.

Kena perli gini -"Ohh yelah .. hari ni hari sabtu .. hari tanpa plastik"

kakiblog delete icon 11:44 PTG

kalau dah guna kreativiti barang terbuang boleh menjadi barang baik punya..

Jom baca entri terbaru saya :Memburu Top Komentar Blogger 2013

OKje delete icon 11:49 PG

Rasanya Okje belum cukup kreatif dan rajin utk menghasilkan itu... BM

Tanpa Nama delete icon 12:59 PTG

Thanksssss bnyk2! saya kena hasilkan satu produk daripada bahan terbuang untuk PBS. sekarang dah dapat idea camne nak buat!

cik amal delete icon 4:58 PTG

nak try buat :D

Tanpa Nama delete icon 9:34 PTG

Saya baru majlis kawen anak dgn 1000 kotak gudis dari kotak susu...mmg puas hati...tk kpd penulis yg mmberi byk idea dan semangat utk mngitar semula

Unknown delete icon 2:20 PTG

nice idea. sy pernah tengok dlm tv botol air tu diguna untuk mengemaskan susunan dan lipatan kain. kedua-dua hujug botol air tu dipotong , kemudian dibelah satu bahagian....bukan belah menjadi dua ok. pakaian yang dah digulung dimasukkan ke dlm botol dan disusun dlm almari. nampak kemas..

Tanpa Nama delete icon 12:54 PTG

mana kipas solar boat

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap