بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...Salam Sejahtera. Sekeping gambar mampu meringkaskan sebuah cerita yang panjang berjela-jela. Dengan sekeping gambar juga pelbagai tafsiran berbeza-beza boleh tercipta mengikut pandangan dan tafsiran setiap individu. Begitulah istimewa dan uniknya sebuah gambar. Satu detik yang terakam tanpa catatan dan suara tapi mampu bercerita.
Tulislah pula sepatah perkataan pada gambar tersebut... Kini gambar itu mula memberi maksud dan topik cerita pun bermula. Minda setiap orang akan tertumpu merungkai maksud gambar dengan perkataan yang tertera.
Hanya dengan 2 dan 3 patah perkataan bersama sekeping gambar sudah cukup memberi ulasan yang panjang di minda. Anda ikuti sebuah kisah kehidupan ini...
Kedamaian desa
Zaman persekolahan
Ilmu bekalan iman
Mengikut arahan
Meringan beban
Riang berteman
Bebas kongkongan
Keseorangan dan kesunyian
Mencari arah tujuan
Rezeki kehidupan
Teman kesunyian
Berkorban atau terkorban
Sinar kejayaan
Dapatkah anda memahami akan kisahnya? Ini adalah cerita rekaan saya. Jika anda... mungkin akan menulis perkataan yang berbeza pada gambar tersebut lalu membawa jalan cerita yang lain pula. Semakin banyak perkataan yang tertulis...semakin jelas dan terperinci akan kisah yang dimaksudkan.
Oleh itu... Jangan mudah percaya hanya dengan sebuah gambar seandainya anda tidak tahu kisah sebenarnya. Fikirkan positif dan jauhi fitnah.
p/s: arahkan cursor pada gambar untuk penceritaan yang lebih jelas...
Admin...
39 comments - "Gambar Dan Cerita"
indahnya rasa pemandangan tersebut BM,
gamabr yg ada 1001 cerita
gambar yang bercerita...salam blogging.
Cantik tuu.. dan sangat hidup.. menggambarkan yang tersirat sebaliknya.. :D
ini dah mcm WW dah ni hehe
btw ada 1001 mcm cerita tersurat pada setiap gambar yg ditunjukkan..
tapi mata hanya terpikat pada dua orang budah berbaju sekolah & berpayungkan ddaun pisang.. wpun berhujan, jalan kaki, jalan pn tak ada tar.. tp muka diorang ttp happy =)
cuba kalau budak2 skrg... hujan sket malas nak pergi skolah.. hurmm
subhanallah.. cantiknyer pemandangan.. thanks for sharing :)
Sekeping gambr bole mnceritakan segalanya....
Mmg benar kata bro BM. Daripada gambar, sudah cukup banyak yg kita leh tafsirkan. Ada yg mudah ditafsirkan kerana gambar yg dipamerkan itu bersifat tersurat dan ada juga yang perlukan penafsiran mendalam bagi gambar yg penuh dgn rahsia.
Walaubagaimanapun, pastikan tafsiran yg terbaik...I Like This!
biar gambar bercerita..
mata yg memandang otak mentafsirkan
lbh baik tulis sedikit sebayak tentang gambar itu
br yg memangdang tak tersalah tafsiran
Entah kenapa kakak terharu melihat budak yg pegang cerek tuang air buat pakcik yg tua itu. Betullah dari gambar macam-macam entrepretasi boleh dibuat..
sekali pandang macam lukisan,dua kali pandang gambar sebenar,tapi memang cantik...gambar bercerita..
sekeping gambar mampu menceritakan segalanya.. ianya juga subjektif iaitu tafsirannya berbeza bagi setiap orang..
hebat blog nih... nrelate lagik... dulu aku guna lepas tu buang balik
gambar yang penuh 1001 satu penceritaan.. :)
As always gambar-gambar tu cutelah BM and I like it..setiap gambar pasti ada cerita tersendirikan..
Kan bagus kalau ada satu lagi gambar kat bawah tu.....'Tuan Blog dan Jin' hehe
Ya...macam WW tapi tak serupa... :)
Ya...pastikan tafsiran anda positif dan yg baik2 aje.
Adakah ianya mengingatkan akak kepada sesuatu?
Kehadiran cik akak sentiasa di nanti... Jika tiada bagaikan tidak lengkap rasanya...:) Nak kutuk di laman sendiri lebih terasa puasnya...hehehe
Ada apa2 masalah ke dgn nrelate ni?
betol tu..stiap gmbar pasti ada ceritanya =) ada je maksud tersurat dan tersirat..smua gmbar2 tu cantik..dah mcm hdr je
Kalau gambar jin ada... pasti ada yg menjerit pulak nanti! hehe
Kadang-kadang, gambar lebih banyak bercerita. Gambar lebih sarat dengan perasaan dan gambar mampu menjadi segalanya.
bermain dnegan gambar buat kita berfikir kita blh jadikan ia sebahagian dari motivasi kita ;)
Kenapa 1001 bukan 2001 atau nombor2 lain agaknye...hehe
tq berkongsi gambar2 ini meredakan sedikit kerisaun di hati KA
dengan melihat gambar tanpa huraian juga..kita kena bersangka baik...
amat suka dengan pemilihan gambar..penuh keindahan dan ketenangan..penuh jiwa si pemilik blog ini kala menggarap entrinya..
betul..begitu byk tafsiran hanya dgn sekeping gambar
yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)
satu gambar mengolah pelbagai cerita..ada kisah..ada tauladan..
salam blogging...lawat lagi
Cantiknya gambar2 BM... melawat di tengah malam yg sunyi...
Subhanallah.. 1001 maksud & jalan cerita.. ketenangan, kecekalan, sahabat, biasan syurga minda insan, pesona jiwa.. mcm2.. cantik lah BM.. :)
keindahan gambar itu yg menarik ...
cantiknya gambar..kagum kepada si jurufoto..macam bukan realiti..
Setuju sgt dgn BM..jgan terus menilai tanpa tahu cerita sebenar
gambar cumalah ilusi minda...kadang-kadang tidak berpegang kepada logik akal.
Cantiknya gambar yang BM pilih. Cemburu pula saya. Gambar nombor satu tu, sangat luar biasa. Mampu memikat burung datang bertandang dengan gesekan alat muziknya.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”