Pelbagai Idea Rekaan yang Kreatif: Tidak semua orang di anugerahkan oleh Allah SWT dengan kemahiran dan idea yang kreatif. Hanya insan-insan terpilih mampu menzahirkan rekaan yang unik, kreatif dan menarik. Ini tidaklah bermakna yang anda bukanlah insan yang tidak istimewa disisiNya. 

Setiap insan mempunyai kemahiran dan kelebihan yang tersendiri. Hanya anda sendiri yang tahu akan potensi diri anda dan anda perlu tahu bagaimana hendak menggunakannya untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Belajarlah untuk mengenali potensi diri anda dan cara untuk mengekploitasinya.

Oleh itu menuntut ilmu dan pengalaman hidup amat penting dalam mencari potensi diri. Jangan hanya tahu mengharap bantuan dan hanya menunggu bak pungguk rindukan bulan. Usaha, doa dan tawakal menjadi asas ke arah kejayaan. 

Idea Rekaan yang Kreatif - beg untuk bayi

Seperti rekaan yang akan anda lihat disini... Mereka berjaya mengeluarkan idea dan kemahiran rekaan yang begitu menarik, unik dan berguna untuk kegunaan orang ramai. Idea tidak datang dengan sendirinya jika tidak ada ilmu dan kemahiran serta pengalaman dalam kehidupan. Mereka terpaksa berfikir dan mencari sumber-sumber untuk idea dan mencari kaedah terbaik untuk merealisasikannya.  

Rekaan Kreatif

Hasil rekaan ini bukan sahaja memudahkan tapi juga menarik serta selesa untuk di gunakan. Nikmati hasil rekaan-rekaan ini dan kembangkan minda anda agar sentiasa bersikap positif dan kreatif untuk minda yang sihat dan cerdas agar anda tidak menjadi insan yang ketinggalan.

Idea Rekaan Kreatif - meja gantung
Meja sangkut yang comel tapi amat praktikal untuk mereka yang inginkan membuat kerja sambil menikmati suasana serta udara luar yang segar di balkoni dan jendela anda rumah anda.

Idea Rekaan Kreatif - basikal serbaguna
Basikal yang mempunyai ruang mengangkut barang yang cukup besar dan serbaguna.
Ingin berjimat minyak disamping mendapat faedah kesihatan...inilah yang anda perlukan. 
Kemudahan untuk anda ke pasar dan kemana sahaja yang dekat dengan rumah anda.

Idea Rekaan Kreatif - kereta untuk oku
Kenderaan untuk mereka yang kurang upaya dan berkerusi roda. 
Kini impian mereka untuk memandu dan memiliki kenderaan sendiri sudah tersedia.
Kredit untuk penciptanya yang memahami masalah dan kehendak OKU. 

Idea Rekaan Kreatif - tangga dan gelongsor
Satu rekaan yang cukup 'simple' tapi sungguh menarik dan mengujakan.
Untuk kemudahan dan keseronokan. 

Idea Rekaan Kreatif - kasut dan selipar
Rekaan 2 dalam 1 yang begitu menarik. Kasut dan selipar hanya dalam satu rekaan.
Pasti anda juga berminat untuk memilikinya...

Idea Rekaan Kreatif - tempat majalah
Kreativiti dan seni bergabung menjadi satu hiasan kreatif dan unik di dinding tapi 
berguna juga sebagai tempat meyimpan majalah anda.

Idea Rekaan Kreatif - baldi canggih
Seringkali baldi menjadi masalah untuk anda menyimpannya. 
Dari masalah inilah rekaan ini terhasil, sebuah baldi yang boleh di ubah bentuknya.
Kini masalah anda telah selesai...

Idea Rekaan Kreatif - beg beroda
Jika anda sering ke lapangan terbang, anda pasti mengeluh kerana anda perlu berjalan jauh
Dari anda keluar sahaja dari pintu kereta hinggalah untuk ke pintu perlepasan, jaraknya sungguh memenatkan. Tambahan pula jika anda dalam situasi terlewat...pasti lagi bertambah-tambah le... 
Rekaan ini cuba untuk meringankan kepenatan dan mempercepatkan pergerakan anda. 
Pasti seronok dan memudahkan pergerakan anda.  


Idea Rekaan Kreatif - meja seterika
Rekaan yang memudahkan anda untuk menggosok seluar terutama seluar jean yang berat tu...
Adakah ianya praktikal untuk anda? 

Idea Rekaan Kreatif - satu payung dua orang
Satu payung berdua tidak cukup besar? Rekaan ini menggabungkan 2 payung menjadi 1...
Nah! Selesai masalah...anda pun tidak basah lagi.

Idea Rekaan Kreatif - bantal peluk
Sering di tinggal suami..asyik 'outstation'
Kini ada rekaan yang dapat mengurangkan kerinduan anda kepada yang tersayang. 
Kalau nak lagi 'feel' sarungkan baju yang belum di basuh....hehe..he


Rekaan yang kreatif selalunya terhasil dari masalah yang dihadapi keatas sesuatu barang serta mencari jalan untuk memudahkan kerja, penggunaan mahupun pergerakan. Pastinya anda juga mempunyai idea yang kreatif...cuba lah, mana tahu bakat terpendam anda mampu menghasilkan sesuatu yang amat menarik dan berguna...

Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-


Admin...

16 comments - "Pelbagai Idea Rekaan yang Kreatif"

umiawadah delete icon 7:53 PG

memang kreatif...tapi takde lah kat Malaysia kan...

noor azlan delete icon 8:26 PG

Sangat kreatif dan inovasi.. Keperluan harian yang memudahkan pengguna.. :-)

Unknown delete icon 9:13 PG

Salam semanis gula :)

Semuanya best in the world...so creative :D

Kenapalah xde kat sini...pasti ramai yg menggemarinya.
Thx UM.

Betul tu...keperluan yg memudahkan, itulah matlamat sesuatu rekaan.
Thx PD.

Salam manis jua buat Ummi,
kehadiran anda sentiasa di nanti...

Ingin menangkap si ikan pari,
Belayar jauh ke selat sunda,
Rekaan kreatif sukar di cari,
Sekadar tatapan pembuka minda.

Tanpa Nama delete icon 11:50 PG

kreatif sungguhlah theyalls ni kan !

BinMuhammad delete icon 12:13 PTG

Betul tu KA. Itulah anugerah Ilahi buat mereka.
Thx KA

THE AUTHOR delete icon 12:32 PTG

Gambar last tu memang awesome..hehehehe

BinMuhammad delete icon 1:24 PTG

Dah agak dah...hang mesti berkenan yg tu punye...hehe.
Buat satu utk yg tersayang.
Thx HI.

Unknown delete icon 4:23 PTG

haha kreatif dn lawak pn ade.. tertarik ngn kasut 2 in 1 tu, nk travel senang. ngan beg baby.
yg unik rekaan baldi tu.. yg xley blah tangan suami tu. haha ade jugak yee

BinMuhammad delete icon 5:08 PTG

Begitulah hasil kreativiti, yang pastinya ianya untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan.
Thx Mar,

p/s: buat lah satu bantal tu...hehe

kreatif giler!

Unknown delete icon 8:54 PTG

salam manis-manis garam :D

Hiasan motf di bubuh labuci,
Gelang tulen sarat di lengan;
Rekaan kreatif aduh di hati,
Hilang tensen pengubat kenangan. :D

BinMuhammad delete icon 12:03 PG

Salam manis semanis gula,
Kalau garam masin rasanya.

Indah nian istana kayangan,
Di bumi tidak di langit pun bukan,
Hilang tensen pengubat kenangan,
Itu matlamat Relaks Minda di wujudkan.

Blog Ummi apa kurangnya,
Pewaris khazanah budaya bangsa.

azam delete icon 4:35 PTG

menarik sungguh

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap