Senibina masjid sangat menarik dan tinggi hasil keseniannya. Keindahan rekabentuknya menjadikan rumah Allah ini cukup mempersonakan. Jika dulu kebanyakan masjid di rekabentuk mengikut senibina Asia Barat dan India tetapi kini ianya di perkayakan dengan rekaan moden dan bercirikan budaya kesenian setempat.
Hasil gabungan rekabentuk ini menghasilkan kesenian senibina yang cukup menarik, unik dan indah. Namun ciri utama sebuah masjid iaitu sebuah ruang yang luas di bawah kubah dan menara mempunyai lambang bulan sabit dan bintang masih di kekalkan.
Ianya menjadi identiti yang cukup sinonim bagi sebuah masjid dan menjadikan ia satu "trade mark" yang sesebuah bangunan itu adalah tempat ibadat bagi umat Islam. Namun ianya bukanlah satu kemestian bagi sesebuah masjid kerana agama Islam lebih mementingkan fungsi dan keselesaan sesebuah masjid sebagai tempat ibadat.
Masjid simbol keagungan, kekuatan, dan perpaduan umat Islam di sesuatu kawasan. Senibina yang indah dengan bangunan yang gah cukup penting untuk melambangkan kebesaran agama Islam. Ia juga menjadi lambang kemajuan dan kemahiran umat Islam di dalam bidang senibina dan kesenian rekacipta.
Masjid Yang Indah
Bersama kita nikmati keindahan senibina masjid yang amat mempersonakan ini yang menjadi lambang keagungan Islam di seluruh pelusuk dunia.
Masjid di Jeddah, Arab Saudi
Masjid Besar di Abuja, Nigeria
Masjid Abu Al-Abbas Al-Mursi di Kaherah, Mesir
Masjid Aisha di Jeddah, Arab Saudi
Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin
Masjid Al-Qaromah di Martapura, Indonesia
Masjid Al-Farooq Omar Bin Al-Khattab di Dubai, UAE
Masjid Al-Fateh di Manama, Bahrain
Masjid Al-Nida di Baghdad, Iraq
Masjid Al-Nilin di Omdurman, Sudan
Masjid Al-Saleh di Sanaa, Yamen
Masjid Baitul Rahman di Barisal, Bangladesh
Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #21 - Keindahan Senibina Masjid
- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
- Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.- Post #21 - Keindahan Senibina Masjid
- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
- Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
4 comments - "Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid"
Indh n unik seni binaan islam..tu lh ke hebatan islam...
Mari bantu palestin bebaskn negara mereka dr rejim zionis...!!!
cantiknya senibina semua masjid ni..
Bersamalah kita membantu, sekurang-kurangnya dengan doa.
Thx SA.
Terima kasih atas kunjungan anda
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”